Friday, March 16, 2018

Tahniah Anak-anakku



Khamis 15 Mac 2018, tarikh yang penuh debar di dada seorang guru seperti saya. Mahu sahaja saya nafikan perasaan ini tetapi nyatanya, debar itu tetap ada.

Jam 10.30 pagi, Cikgu Yuswadi membawa pulang keputusan SPM sekolah kami yang diambil dari PPD dan menyerahkan kepada saya untuk dianalisis. Segera saya mencari nama Nursyarah Ilina binti Mahadi dan menyalin keputusannya untuk dikongsi bersama ahli keluarga. Syukur sungguh saya melihat pencapaian anak manis yang pendiam ini. 7A yang dicapai cukup berharga dan saya melafazkan tahniah buatnya dalam kumpulan WhatsApp keluarga kami.

Hati masih belum tenteram. Masih menanti satu lagi berita dari jauh, nun di Selangor sana. Selesai analisis pun masih belum saya menerima berita tentang permata hati Anis Radhiah binti Mohd Lutfi. Hanya pada jam 1.21 barulah ibunya menyampaikan, Anis dapat 11A.

Alhamdulillah. Tiada air mata, tiada tangisan. Yang ada cuma syukur yang berpanjangan serta doa agar kecemerlangan ini menerbitkan redha-Nya jua. 

Mereka ini - Anis dan Lina - adalah bakal peneraju masa hadapan. Semoga Allah memudahkan jalan kalian dalam meniti hari-hari mendatang, dan meneruskan sebuah perjuangan dengan penuh ketabahan.

Selamat berjuang. Jadilah permata di hati kami dan di hati semua.


No comments:

Post a Comment