Isnin itu, saya berkelas tambahan di sekolah. Seawal jam 7.20 pagi lagi saya dan suami keluar, bersarapan nasi kerabu dahulu di kedai Cik Siti sebelum dia menghantar saya ke sekolah.
Kelas tambahan saya tamat pada jam 12.00 tengah hari.
Usai makan tengah hari, saya berehat-rehat di bilik menunggu Zohor. Tiba-tiba pesanan WhatsApp saya masuk.
Elyn.
Dia mengajak saya ke kenduri keluarga Suriani di Kadok. Saya setuju sahaja, dan meminta suami saya menghantar saya ke simpang dan menunggu Elyn menjemput saya.
Jam sekitar 3.50 petang, Elyn tiba dengan Toyota Vios hitamnya bersama-sama Edi dan Reena. Kenduri bertempat di Dewan Citra Kadok, yang cuma tiga minit perjalanan dari simpang rumah saya itu.
Di tempat kenduri, Su sedia menanti dan Liza sudah pun selesai makan. Tidak lama kemudian Shyne pula tiba bersama suaminya.
Berkumpullah kami bertujuh seumpama reunion kecil. Lama kami di situ, sehingga majlis tamat pun kami belum pulang.
Memang apabila bertemu rakan lama, akan banyak sekali bualnya. Semua cerita mahu dikongsi seakan jiwa masih remaja lagi. Sungguh. Masa jadi cepat benar bila berbual-bual begini.
Jam 5.45 petang baru kami bergerak pulang.
Sent from my Samsung Galaxy smartphone.
No comments:
Post a Comment