Thursday, February 28, 2019

Ibu oh Ibu


Sehari dua ini saya sedikit cengeng. Mengenang upaya saya yang terhad untuk menemani ibu yang semakin menginjak usia, saya jadi sayu. Betapa saya tidak mampu mentafsir sebuah hakikat kehidupan yang sewaktu kita kecil dahulu ibu berkorban apa sahaja, harta dan nyawa, hanya untuk ditinggal berseorangan pada masa tuanya!

Jika ditanya impian saya saat ini, tiada lain hanyalah mahu hidup di sisi ibu sampai hujung usia kami. Tetapi saya tahu ia sukar. Ibu tetap mahu berada di rumahnya sendiri walau berkali-kali anak-anak mengajak tinggal bersama. Anak-anak pula tertakluk pada tanggungjawab lain yang menghalang daripada tinggal di rumah ibu. Itulah dilema yang payah dileraikan.

Saya mahu mencuba untuk memecahkan kebuntuan yang ada, tetapi bagaimana? Hanya pada Tuhan saya berdoa setiap hari, jagalah ibu saya dalam sebaik- baik jagaan. Saya tahu hatinya sepi, sunyi, rindu, risau, takut dan segala rasa yang tidak enak saat bersendirian di rumah walaupun setiap kali ditanya dia tetap mengatakan dia baik-baik sahaja.

Saya hanya mampu bertemu ibu hanya pada hujung minggu. Pada hari lain, saya hanya akan menanggung rindu. 

Tuesday, February 26, 2019

Baca Kemudian

Ada beberapa tulisan atau artikel yang saya tersapa di alam maya tetapi tidak sempat untuk saya baca, maka saya tampalkan ia di blog ini untuk saya baca kemudian. Apa yang saya tampal aka kongsi itu tidak semestinya sealiran dengan pemikiran saya, sekadar mencari sedikit maklumat dan membuat bandingbeza.

Jika pun tulisan itu bukan sama setuju dengan saya, masih saya akan kekalkan ia di sini untuk rujukan pada masa akan datang.

Semasa

Menyusuri media sosial belakangan ini, isu yang terhidang dan disambut meriah ialah tentang doula dan anti vaksin. Keberanian TV Hijrah mengadakan program Analisis tentang kedua-dua isu ini membuka sedikit sebanyak ruang untuk masyarakat berfikir. Walaupun jelas dan nyata di pihak mana kebenaran berada, tetap masih ramai yang mahu menjadi duri dalam daging dan menghujah dengan kecetekan ilmu.

Dalam riuh rendah isu ini berlegar di ruang maya, rupa-rupanya masih ramai yang langsung tidak cakna tentangnya.

Doula? Apa tu?

Eh, ada ya yang tak vaksinkan anak? Tak apa ke?

Dan kata-kata itu keluar dari mulut guru, bukan seorang tetapi ramai.

Saya meraung dalam hati menyaksikan kepekaan mereka terhadap persekitaran. Jujurnya, saya kecewa. Malah saya lebih senang untuk tidak membincangkan isu ini langsung dengan mereka kerana mereka tidak ambil tahu pun. Saya rindu untuk berkongsi isu dan bermain fakta dengan adik beradik saya yang ternyata lebih peka dengan segala isu. Juga membaca perbincangan kumpulan WhatsApp sahabat MRSM saya dahulu yang lebih ilmiah. Malu saya dengan guru-guru yang tidak pernah mahu menghiraukan persekitaran pada hal semuanya di hujung jari.

Maafkanlah saya jika begitu skeptik dengan golongan guru begini. Bukan saya merasakan saya lebih baik, cuma saya mahu kecaknaan para guru lebih luas dan tidak terbatas kepada hal sekolah dan bergossip sahaja.

Stress

Tiba-tiba saya berasa hidup saya dikelilingi oleh sahabat-sahabat dan kaum keluarga yang tertekan. Saban hari saya mendengar rungutan betapa penat dan tertekannya mereka dengan tugas yang bertimpa-timpa. Di sekolah saya mendengar rintihan rakan-rakan guru. Di rumah pula saya mendengar keluhan suami, dan di merata-rata, saya membaca rungutan tentang tekanan menjadi guru yang tidak pernah habis sama ada di WhatsApp, di Facebook atau di blog-blog yang bertebaran.

Perlukah saya turut tertekan?

Saya tidak mahu. Malah saya bersyukur kerana semakin tahun saya berasa seperti beban saya semakin berkurang. Alhamdulillah. Saya diberi jadual mengajar sebanyak dua puluh lima waktu seminggu untuk empat kelas dan pada saya ia berbaloi-baloi. Walaupun jadual saya padat pada Selasa dan Khamis, saya punya banyak ruang pada tiga hari yang lain.

Tugas-tugas lain yang diberi pula adalah semuanya yang saya seronok melakukannya. Saya suka menyiapkan jadual ganti setiap pagi. Saya seronok melakukan analisis peperiksaan setiap penggal. Saya bahagia menyediakan Headcount setiap pelajar sepanjang tahun. Saya gembira menyelesaikan urusan SAPS dan apabila diberi tugas untuk hari sukan, saya memohon untuk menjaga bahagian Statistik dan Sijil kerana saya ceria melakukannya. Pada PIBG juga saya diberi tugas yang sama. Begitu juga setiap kali acara-acara lain berlangsung, jika tidak menyiapkan sijil saya akan diminta menyiapkan buku program atau pamplet. Sesekali saya ditugaskan di bahagian Persegaran dan saya tetap seronok melakukannya.

Jika ada mesyuarat atau kelas tambahan atau latihan sukan, saya akan setia menunggu di sekolah tanpa perlu bergegas pulang dahulu kemudian datang kembali. Saya tidak apa-apa bersendirian di bilik peperiksaan sambil melayari internet atau menulisi blog kerana jiwa saya sentiasa tenang apabila bersendirian.

Jadi di mana tekanannya?

Kawan saya mengeluh betapa dia tertekan dengan e-RPH. Setiap minggu dia terkial-kial untuk menyiapkannya dan apabila menghantar ke Google Classroom, tidak sampai pula. Semakin rimas dia dengan keadaan begini. Sebagai sahabat, saya bersimpati dengannya tetapi apalah yang mampu saya bantu. Sedang di pihak saya betapa e-RPH sangat memudahkan urusan dan menjimatkan masa saya berganda-ganda. Jika dibanding dengan kaedah lama, rasanya saya lebih gemarkan e-RPH. Rupanya bukan semua seperti saya kerana "computer fear" mereka masih gagal dibuang. Natijahnya, dia mula berkira-kira untuk memohon bersara awal.

Walaupun saya pernah berhasrat untuk bersara sebelum enam puluh tahun, tatapi buat masa ini rasanya saya masih mampu menggalas tugas sebagai guru di sekolah ini. Lainlah jika tanpa isyarat saya ditukarkan ke sekolah lain dan suasan menjadi berbeza, mungkin pada waktu itu saya akan mengubah fikiran. Tetapi di SMKKC ini hati saya amat tenang menjalankan tugas sebagai guru.

Terima kasih Tuhan kerana memberi rasa ini untuk saya, pada saat usia sudah semakin senja. Semoga beginilah berterusan untuk tahun-tahun mendatang, sehingga tiba masa saya bersara atau dipanggil pulang.

Monday, February 25, 2019

Pilihan

Masyarakat Islam telah diajar dari kecil untuk berpegang pada sesuatu syariat tanpa mengetahui perdebatan disebalik sesebuah pensyariatan. Tidak pelik kerana kita sering dimarahi dan dikafirkan jika mempersoalkan sesuatu perkara, seolah-olah akal fikiran tidak ada gunanya.

Pemakaian tudung bukanlah wajib bagi segelintir Ulama yang mengkaji dan mendalami Islam secara syumul, bukan berasaskan teks literal agama semata tetapi aspek lain seperti politik dan sosial diambil kira secara kritis. Tuduhan "menafsir mengikut hawa nafsu" ataupun "tidak mempunyai kelayakan" tidak timbul, kerana Ulama yang dirujuk ialah lelaki dan adapun perempuan, mereka juga memakai tudung berpendidikan agama tinggi.

Pada tahun 2012, Ulama Universiti Al Azhar,Sheikh Mustapha Mohamed Rashedmempertahankan sebuah thesis calon PhD yang mengatakan pemakaian hijab bukanlah satu kewajipan dalam Islam. Sheikh Mustapha juga menekankan bahawa Al Quran tidak pernah menyebut perkataan "menutup kepala" dan bersetuju bahawa Ulama sebelumnya telah bercanggah dengan kehendak maqasid syariah dan tafsir yang sahih.

Majoriti Ulama terdahulu juga menolak penggunaan alasan munasabah, menyimpang dari Al Minhaj As sahih atau jalan benar dalam menafsirkan ayat-ayat Allah mengikut konteks sejarah dan Asbab An Nuzul atau sebab penurunan ayat Al Quran. Dalam hal ini, IjtihadUlama sentiasa terbuka untuk memastikan ilmu pengetahuan Islam berkembang dan menepati cabaran semasa.

Dr. Abou El Fadl menjelaskan di dalamfatwanya mengenai "kebenaran untuk tidak memakai tudung", menjelaskan bahawa penafsiran ayat Al Quran tentang hijab perlu dibaca mengikut konteks masyarakat dan budaya. Perintah Allah supaya berpakaian sopan, menundukkan pandangan dan tidak menayangkan hiasan peribadi berbeza mengikut penerimaan sesebuah masyarakat dan budaya. Apa yang diamalkan oleh masyarakat arab tidak semestinya terpakai pada masyarakat lain.


Malah dari segi sejarah dan syariat agama lain, pemakaian tudung sudah lama termaktub dalam sebahagian mazhab Kristian dan Yahudi disokong oleh teks-teks kitab mereka dan lebih syadid atau keras dalam amalannya. Pemakaian tudung dalam masyarakat Muslim hanya dianggap sebahagian daripada syariat pada tahun 1970-an.

Sheikh Javed Ahmad Ghamidi merupakan Ulama Pakistan yang berpendapat bahawa kewajipan bertudung hanyalah terpakai kepada isteri-isteri nabi sahaja.

Allah hanya menyuruh untuk menundukkan pandangan, memakai pakaian yang sopan dan tidak menayangkan barng hiasan peribadi kepada bukan mahram.


Sahabat Ulama beliau yang lain seperti,Farhad Shafti dan Moiz Amjad dalam fatwa mereka mempunyai nada yang sama dengan Sheikh Javed, perkataan khimar tidak membawa maksud "tudung kepala" dan bukan perintah wajib dalam agama.

Sheikh Abdullah bin Bayyah merupakan Ulama dunia tersohor, pernah mendapat pendidikan di Universiti Jeddah, Arab Saudi mengambil pendekatan "keperluan". Jika terdapat kesusahan untuk memakai tudung seperti kisah isteri-isteri Nabi, SaidatinaAishah and Umm Salamah yang tidak menutup rambut mereka semasa membantu sekumpulan askar di medan perang.


Beliau jugamemetik pendapat Ibn Ashur yang membenarkan wanita untuk tidak menutup rambut mereka di tempat awam. Sheikh Abdullah juga menegaskan bahawa, "undang-undang itu dicipta untuk berkhidmat kepada insan, bukan kita yang berkhidmat untuk undang-undang. Kita dicipta untuk mentaati Allah, jadi jika undang-undang tidak berkhidmat untuk insan malah memudaratkan, kita berhak untuk meninggalkannya…"

Dr. Musdah Mulia, Ulama wanita Indonesia mengatakan keberatan beliau untuk mewajibkan pemakaian tudung walaupun beliau sendiri memakai tudung. Ini kerana, apa yang penting ialah bercakap dari lensa keadilan, iaitu tiada kewajipan dalam Islam yang mengatakan rambut itu aurat dan Ulama berselisih pendapat dalam hal ini. Jadi pendekatan yang perlu diambil ialah, memberikan kebebasan kepada kaum wanita untuk memilih tanpa paksaan.

 

Saturday, February 23, 2019

Doula

Analisis Al Hijrah TV
Topik  - Doula : Peneman ibu atau pengganti doktor?

Note : Dari pihak team produksi memberitahu bahawa kedua dua panel tidak memperoleh sebarang soalan daripada team produksi. Tiada soalan bocor seperti yang dikata.

Panel : 
Prof Dr Imelda Balchin ( Pakar Perunding Obstetrik dan Gynaecology) 
Hayati Muzaffar (Freelance Doula ) sebagai wakil Doula

1.Soalan pertama pada Prof Imelda. 
Isu doula hangat diperkatakan kini namun apakah sebenarnya perbezaan doula dan bidan terlatih?

Doula  adalah peneman. Istilah doula sebagai peneman seperti suami, ibu kakak. Zaman sekarang doula adalah seorang yang professional yang menerima bayaran untuk meneman ibu mengandung. Hanya sebagai PENEMAN. 

Bidan terlatih adalah pengamal kesihatan terlatih, berdaftar dan professional dalam mengendalikan kesejahteraan dan kesihatan ibu semasa mengandung, semasa kelahiran bayi bagi ibu mengandung dan selepas kelahiran bayi. Bidan terlatih tertakluk di bawah Akta bidan 1966 – iaitu pengamal kesihatan yang berdaftar dan terlatih juga dibenarkan menyambut kelahiran bayi,dan mengendalikan bayi baru lahir, dimana Doula TIDAK BOLEH langsung melakukan tugas bidan terlatih.

2.Bagaimana pandangan Puan Hayati pula, apa yg membuatkan puan menjadi Doula.

Kita amalkan konsep tabbayun (definisi Tabbayun : perkhabaran laporan tentang sesuatu hal atau kejadian)  di mana di amalkan bahawa kita berikan mereka yang ahli akan menjawab perihal bidang  tertentu yang dipersoalkan. 

Hayati bukan mewakili Doula 1 Malaysia. Title freelance doula, adalah memberi khidmat sebagai peneman, TANPA BAYARAN. Doula berkhidmat pada komuniti tempatan secara sukarela dan mengikut jemputan permintaan ibu bapa yang menghendaki Doula. 

Doula Yatt bekerja doula bukan profesi sebab TIDAK TERIMA BAYARAN dan terjebak dalam perihal Doula bermula pada konvensyen di Jakarta, seorang doctor juga pelatih Yoga yang memberi sinar Doula pada beliau. 

Doula Yatt memberitahu Tarikh 22 Mac World Doula Week dimana minggu 22 Mac adalah waktu  spring equinox (simbol musim bunga) dimana dikatakan mampu mengembalikan kesuburan wanita. Doula Yatt telah  mengikuti World Doula Week pada tahun 2011, di mana Doula Yatt sendiri menjadi ibu yang mengandung. Seperti yang Doula Yatt katakan, daun yang gugur juga ditentukan dimana dan bila, jadi beliau terpanggil untuk berkhidmat menjadi seorang Doula. Doula Yatt lahirkan anak secara SVD

2.1 Berapa ramai ibu yang telah memanggil Doula Yatt untuk jadi peneman.

Jawapan yang diberikan : Jumlah ibu saya tak kira. 
Kerja sebagai Doula bermula pada tahun 2012, dimana Doula Yatt sedang hamil anak kedua dalam tempoh lapan bulan. Kebanyakan klien adalah dijemput oleh kawan sendiri, menemankan kawan-kawan dan aktiviti ini di lakukan di hospital swasta dan dikatakan mendapat persetujuan doktor dan pakar obstetric dan gynaekologi sebagai PENEMAN.

Di rumah pernah meneman? Pernah tapi saya tak pernah kira.
Saya tak kira berapa banyak ibu bapa – jawapan SIMPLE. 

3. Media sosial melabel : Doula ekstremis. Bagaimana pendapat Doula Yatt ini boleh muncul ?

Yatt : Oh kita ajarkan doa Afiyyah untuk semua, dan kita mengajar supaya ibu serta pasangan cara kelahiran bayi agar dipermudahkan kelahiran secara mudah di mana mana namun kita tau hampir 99 peratus bayi kini dilahirkan  di fasiliti kesihatan kerajaan di Malaysia. 1 peratus sahaja di fasiliti swasta.

3.1 Apa pandangan Doula Yatt mengenai tanggapan doula ekstermis, wujud ke di Malaysia?

Oh, tiada doula ekstremis di Malaysia, itu hanya tanggapan di berikan oleh netizen/masyarakat/rakyat sendiri.

(Hello, orang tak label kalau kau tak bersifat ekstremis kot?)

Kita jumpa Doula tu sendiri baru kita tahu.(Ekstremis)

Jawapan :  Ada tu ha tengah duduk kat ruang tetamu tengah tengok kau. Huhu.

4. Prof Imelda, bagaimana pula ibu ibu yang menyuarakan perasaan dukacita untuk melahirkan bayi di hospital – seperti kerana mereka mahu melahirkan secara alami, tiada Pitocin, di urut suami sepanjang kontraksi,  tidak dapat memilih posisi pilihan ibu, tidak mesra graviti, tiada bidan atau doctor yang menjerit suruh meneran, tiada mesin CTG dipasangkan di perut yang merimaskan, tiada seluk menyeluk dan ujian Vaginal Examination ,ketuban tidak dipecahkan  dan dapat delayed cord clamping?

Prof Imelda nak komen mengenai Doula ekstremis.

Perkembangan kemajuan kesihatan menunjukkan bahawa peneman memberi kesan pada ibu, dimana apabila ibu hamil, 84 peratus ibu akan mengalami psikososial stress akibat kehamilan (sumberk kajian). Ibu hamil menjadi  gelisah, bimbang selain berlaku perubahan anatomi dan fisiologi terutama ibu pertama. Disinilah peranan peneman itu sangat penting dalam membantu mengurangkan stress ibu semasa kelahiran di samping doktor dan bidan terlatih dan sekaligus memberi kesan baik daripada kesihatan ibu dan bayi. Dapat mengalami proses kelahiran dan membantu mengawal kesakitan dan ketenangan ibu. 
Kajian luar negara – Doula di negara maju mempunyai pertubuhan dan persatuan doula yang berdaftar dan di iktiraf. Di iktiraf dan berdaftar berdasarkan kualiti perkhidmatan yang diberikan. Doula mestilah berdaftar dan mengikuti kursus sebagai Doula sebelum di beri pengesahan (validation) yang di iktiraf oleh pihak kesihatan. 

Contoh : DoulaUk.org. @ australiandoula.com. 

Kursus doula awal 6 hari baru dapat Lesen L (pelatih), kemudian jadi pelatih doula mesti di bawah penyeliaan Doula Senior, dan perlu melepasi 3 kali pemberian perkhidmatan yang memuaskan baru boleh melepasi kriteria sebagai Doula, dan dilakukan di bawah penyeliaan Doula senior selain mengikut garis panduan dan Standard Of Procedure (SOP). Ada termaktub yang Doula boleh buat, dan ada Doula tidak boleh buat dan perlu berdaftar.

Doula tidak boleh memberi apa juga nasihat perubatan (samada natural atau Caesar), tidak boleh membuat birth plan sendiri tanpa persetujuan kakitangan kesihatan. Doula perlu memastikan ibu bekerjasama dengan doktor dan tidak boleh menakutkan ibu - fear mongering mengenai perkhidmatan kesihatan sedia ada. 

(Bukannya kursus 21 jam secara online, dah iktiraf diri sebagai Doula!)

Doula Yatt : Macam mana dapat statistik ibu stress tersebut? (Mencelah) Di USA, negara maju – Oh, bukan ibu-ibu di Malaysia ye?

(Dah start mencelah ni, kena lah balik kan?)

Penjelasan Prof Imelda adalah jitu dan tepat, beza Doula di Malaysia, label Doula esktremis yang ada di Malaysia kerana tiada pemantauan, tidak berdaftar, tiada kursus khas daripada KKM. Stop.

5.Commercial Break – Ada tetamu kurang ajar dan tidak beradab naik ke pentas,dan membisikkan sesuatu pada Doula Yatt. Hello, kau ingat ni apa? Selamber kau sesuka hati naik pentas? Takde Adab! Boleh teka la siapa kan? Jemput jadi panel bagi pelbagai alasan, tapi muka tak malu naik pentas macam masuk kolam dalam rumah. Teruk betul.

6. Kembali pada persoalan tadi. Mengapa perlunya Doula ini?

Prof Imelda menjawab : 

Demi keselesaan dan birth experience yang baik untuk ibu mengandung dan melahirkan bayi.Tahun 1930, kebanyakkan ibu tak pergi ke hospital, dimana perkhidmatan kesihatan agak susah di dapati. Pada masa ini ibu ibu mendapat pengalaman Gentle Births melalui peneman peneman masa lalu.

Namun begitu, nisbah kematian ibu yang bersalin di rumah adalah 20x ganda risikonya berbanding bersalin di hospital. Perubahan perlu bagi menyelamatkan ibu bersalin, terutamanya dalam mengurangkan kejadian tumpahan darah selepas bersalin masa kini. Lebih ramai kakitangan diperlukan bagi memastikan keselesaan ibu ibu. Ibu mengadung perlu pemantauan bayiu atau Fetal Heart Rate Monitoring. Bagi keselesaan maksimum pada ibu, memerlukan nisbah seorang ibu : seorang bidan. Memerlukan 1 to 1 care, namun begitu ada kekangan dari kekurangan kakitangan kesihatan masa kini.

Tidak kira jika ibu ingin posisi bersalin bagaimana, merangkak, semasa berjalan, menungeng sekalipun, boleh jika ada pemerhatian seorang bidan terlatih khas bagi seorang ibu mengandung. Masalah kekangan berlaku apabila contohnya seorang bidan perlu menjaga 4 orang ibu mengandung, tidak dapat menjaga 3 orang ibu yang lain semasa berlakunya proses bersalin seorang ibu. Contoh mudah, boleh faham. 

(Memang masalah logistik Doula Yatt, dari fear mongering yang kau dah buat termasuk juga ibu ibu yang tak memahami. Kadang kadang kakitangan sekarang tak menang tangan nak melayan setiap permintaan, lebih lagi bila satu wad 30 orang ibu mengandung hendak dijaga dengan kekuatan 4 orang bidan + 1 doktor setiap shif. 
Ye memang tak cukup kakitangan. Kadang kadang muka yang sama setiap hari kan?)

7. Puan Hayati buka kelas kelahiran, selain buka kelas kelahiran, adakah ada nasihatkan ibu untuk mendapatkan bidan bertauliah untuk menyambut kelahiran bayi?

(TAK JAWAB SOALAN)

Doula Yatt nak berkongsi ilmu iaitu pada tahun 2020, WHO telah memberitahu bahawa tahun 2020 adalah tahun bidan dan jururawat. Merekalah Wira yang tidak di dendang yang boleh memberi 1 to 1 care.

Di Malaysia setahu Doula Yatt tiada bidan direct entry.  90 % ibu memilih hospital kerajaan jadi siapa teman ibu semasa bukaan OS dari 1cm ke OS fully dilated.
Masyarakat kurang membaca, kekangan fahaman?
Doula ni peneman sahaja, Childbirth Educator yang buat kelas. Kalau nak cerita pasal medical jumpa doctor lah.

(Prof tak kacau pun kau pun. Rileks je dia mendengar.)

Apa Doula Yatt akan buat kalau ibu taknak jumpa doctor masa lahir. Saya nk lahir sendiri kat rumah. Apa nasihat puan ?
Faham konteks, di Malaysia. Sy dah buat analisis sendiri. Dilatih .

Sekejap saya nak mencelah. (Prof Imelda)

Apa training doula dah buat? Adakah di iktiraf KKM?

Saya dilatih jadi doula tahun 2012, melalui kepimpinan seorang doktor yang bekerja di Jakarta sebagai pakar kecemasan yang juga sebagai trainer yoga. 

Tak Jawab, adakah di iktiraf KKM? 

Training ni  dan training Amani birth – dipanggil aisah al hajar, bla bla bla.

Ada di iktiraf tak KKM, di daftar? 
Di Malaysia tiada keperluan, tapi adakah dipantau? 

Ada dipantau, di pantau oleh IBU BAPA!

Jika ada aduan, nak adu  pada biro aduan mana?  
Biro aduan KKM lah.. 

(Konfius jap)

8. Doula Yatt akan berada di mana semasa ibu melahirkan?

Dimana-dimana sahaja ibu perlukan. Doula dilatih untuk tidak memegang bayi, tidak membuat kerja bidan. 
Macamana kalau berlaku bayi songsang dan tiada bidan?
Doula kongsikan ilmu, mereka hands off jika bayi songsang. 
Sekarang Doula Yatt nak tunjuk posisi mesra solat, mesra graviti. 

Adakah dihadiri bidan ketika itu?

Tak, ni situasi di hospital swasta.

Kalau di rumah, apa nak buat kalau ada komplikasi?

Situasi kecemasan secara rasionalnya akan suruh pergi ke hospital.

Prof Imelda nak mencelah di sini.

Doula tiada training kecemasan. Tiada training, akan terlambat. Lambat boleh menyebabkan kematian.

Posisi mesra solat Doula Yatt selamat. 
Anak kembar songsang. Di sambut sendiri oleh ibu. Tau tau baby dah keluar.

Commercial Break 
Gosh perlu ke tunjuk posisi tu uolls?

9. Kebanyakan ibu lahir secara alami percaya uri boleh lahir secara semulajadi, mereka tak mahu controlled cord traction dilakukan.

Kematian ibu bersalin banyak disebabkan pendarahan yang berlebihan. Kita akan memberi suntikan sintometrin yang akan mengecutkan rahim – placenta dpt dr ibu 800ml//minit. Lepas bayi lahir, placenta mula tanggal dari permukaan rahim, jika tak tanggal seluruhnya akan berlaku pendarahan yang banyak. 

Kedua Clamp cord – tak semestinya serta merta/immediately.
Ketiga keluarkan uri – controlled cord traction mengurangkan pertumpahan darah sebanyak 50 percent. Informed consent di dapati dari ibu. Ibu tau dan ibu faham. Ini gentle birthing – pilihan ibu sendiri bagaimana nak melahirkan.

Patient centered care di luar negara dapat memberi kepuasan pada ibu tapi ada akibat dan komplikasi - perlu tindakan segera jika berlaku komplikasi.

Pada tahun 2015, pihak kerajaan UK telah mengeluarkan satu report (report of Morecambe bay Investigation) Link https://www.gov.uk/government/organisations/morecambe-bay-investigation 

Report mengenai satu hospital yang terlampau memberi Gentle Birth supaya ibu dapat melahirkan secara alami secara all cost – dan mengabaikan keselamatan ibu dan anak. Tidak panggil doktor- lambat. Bidan bidan mendapat kritikan teruk dimana berlaku 3 kematian ibu,16 kematian bayi. Lebih  200 muka surat terpampang laporan tersebut supaya pengajaran agar tidak terlampau GB dan tidak mengambil tindakan pada ibu yang melahirkan.

Doula Yatt –

10. Apa Doula Yatt akan lakukan sekiranya dalam tempoh masa 30 minit hingga 1 jam selepas bayi lahir, uri tak keluar? Jika uri dah keluar, macammana Doula Yatt pastikan tiada sisa uri di dalam Rahim.

( Jawapan yang bukan jawapan pada persoalan ).

Kalau ikutkan polisi KKM , polisi penjagaan mesra ibu dan breastfeeding friendly iniciative KKM - dalam garis panduan ini memberitahu apabila bayi lahir, bayi akan terus mendapat sentuhan skin to skin (ke dada ibu)iaitu kontek  bayi terus pada ibu. Kontek ini akan menyebabkan  Oksitosin mencanak di kelenjar pituitary ibu, jadi ibu dapat terus lahirkan placenta ibu. Bla bla bla terus hantar signal pada ibu, sebelum cord dipotong scara paksa.

10.1 
Jika 30 minit hingga 1 jam tak berlaku (uri tak keluar), adakah akan telefon ambulan ataupun tunggu sahaja?

Lihat keadaan ibu, ibu akan interested pada bayi.

10.1 - Jika uri tidak keluar? Apa Doula Yatt akan buat?

Maaflah Prof Imelda mencelah. Puan Finaz bertanya pada Doula Yatt macam Yatt tu reti pulak nak buat apa, dan sepatutnya Doula tak buat keputusan bila berlaku sebegini. Patutnya panggil bidan.

Memandangkan Doula Yatt selalu bersama ibu, itu yang Finaz tanya tu Prof Imelda. (Soalan menarik sebenarnya)

Lain kali kita panggil bidan sepatutnya. Yatt tak tahu cara nk handle, bidan yang patut handle.

Berlaku pertumpahan darah – telefon kecemasan (Doula Yat, 2019)

11. Prof, apa berlaku jika pertumpahan darah berlaku?
Kematian ibu boleh terjadi disebabkan oleh retain placenta (uri tertinggal). Darah tak dihentikan. Uri perlu dikeluakran sebelum berlakunya pertumpahan darah. Bila mana lagi tiada bantuan doctor, bukan kat tempat yang ada kelengkapan lagilah kena cepat ambil tindakan. 

(Nak buat tindakan macam mana kalau dalam kolam kat rumah ye tak?)

12. AMTSL – Active management of Third Stage Of Labour 
Kajian AMTSL membuktikan kadar kejayaan 60 hingga70 peratus pengurangan pertumpahan darah. Adakah itu satu jaminan keselamatan pada ibu dan bayi? 

Komen Doula Yatt? 

Saya banyak belajar daripada penulisan prof Imelda, mengenai Obstrestrik embolism. Penerangan dalam artikel memberitahu di Malaysia, daripada 100 ibu yang meninggal semasa kelahiran, 60 orang adalah  daripada embotic embolism. 90 peratus  ibu di bedah caesarean, dimana peratusan caesarean mencapai 30 peratus bagi kelahiran berisiko.Pembedahan Caesarean ini  menyebabkan embolisme.

12.1 - Adakah sebab peratusan yang tinggi ini, Doula Yatt nak menolak bidan dan segala teknologi canggih daripada KKM?

Tidak, tahun 98 , garis panduan Baby Friendly Hospital Initiative (BFHI bukan AEFI) dan penjagaan mesra ibu sepatutnya dapat menurunkan kadar caesaraeran pada ibu mengandung. Selain Iatrogenik PPH berlaku di hospital kerajaan juga 

(Tak jawab soalan pun. Hak aduh)

Oh yeke? Tak faham ke jawapan saya. Minta maaf minta maaf~

Commercial Break

Prof Imelda
13. - Jika seorang ibu memilih untuk VBAC (Vaginal Delibery after Caesarean) ,namun tak mahu ke hospital,  nak bersalin secara alami, apa risiko yang boleh berlaku?

5 faktor harus menjalani pembedahan caesaran.
1- Jika placenta uri di bahagian bawah, jika bersalin normal akan berlaku pendarahan
2- Bagaimana mendapat pembedahan LSCS sebelum ini? Pembedahan di atas rahim dilakuakan jadi risiko mendapat rahim pecah boleh berlaku . Jgn cuba natural
3- Jika ada obstruction – fibroid/ketumbuhan
4- Anak melintang – tak boleh alami
5- Lebih dari 2 LSCS

Seeloknya bersalin di hospital. 1000 ibu yang pernah mendapat satu 1 LSCS , 4 orang ibu boleh alami rahim pecah.
Jika di hospital ada transfusi darah, boleh di masukkan  ke dewan bedah segera bagi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi pula boleh  di selamatkan dengan adanya pasukan perubatan Paedatrik.

14. Doula Yatt apa pendapat sesetengah doula yang menasihati ibu untuk bersalin seperti Maryam AS, melahirkan anak di rumah secara alami.

Tentang nasihat, jika kita lihat white ribbon alliance ada meletakkan 7 hak asasi ibu iaitu 1- ibu ada hak autonomi pilihan/keputusan, ibu berhak dapat pilihan tanpa paksaan dan dorongan. 

Guna BRAIN :
B – brain ,guna otak untuk fikir
R – Menimbang tara jika ada risiko 
A – Alternatif di beri kepada ibu. 
I – Istiqarah/ Instinct 
N – Pilihan lain/boleh ke pakar lain. 
Jangan paksa ibu,pandu pada o&g. Tak patut patuh pada pengaruh, ibu kena buat kajian sendiri.

15. - Doula tak sepatutnya nasihatkan ibu agar mengikuti Maryam AS.

Takde kene mengena dengan Maryam AS ni (Yeke Yatt..)
Itu orang, orang tak berinteraksi dengan Doula, orang yang tak kenal Doula dia akan cakap macam macam. Itu saya tak tahu, itu peribadi – saya tak sentuh

Mufti WP pun dah sentuh mengenai perihal itu, dimana berlaku atas kehendak ALLAH swt.
Harap tiada lagi doula gunakan istilah contohi Maryam AS

16. Apa akan berlaku pada negara jika kes kematian ibu dan bayi meningkat akibat kelahiran tidak selamat?
Kena bagi awareness dan kesedaran pada ibu ibu - melahirkan anak tanpa pengawasan bidan terlatih atau doctor adalah merbahaya.

Satu kematian tidak masuk statistik di Malaysia iaitu Doula Malaysia sendiri yang melahirkan anak  sendiri di rumah tanpa pengawasan bidan semasa berada di negara UK. 
Tahun 2014 – nama Doula tersebut telah masuk statsitik – siasatan telah dibuat,apakah  yang terjadi dan bagaimana boleh mencegah daripada berlaku semula . Pakar di UK bertanya pada Prof Imelda, adakah ini Doula Malaysia? Bagaimana saya nak jawab?

Doula di UK tidak suka nama di cemarkan, jadi mereka bertanyakan , adakah ini doula dari Malaysia?
Jawapan Prof Imelda : Doula ini tidak berdaftar dengan mana mana  pertubuhan dengan KKM

Nasihat – kalau nak gunakan perkhidmatan doula, Doula mestilah berdaftar dan di iktiraf KKM, aktiviti di pantau dengan penyelian,  di bolehkan  membuat aduan (pada pihak yang betul bukan biro aduan ibu bapa). Doula mesti berkualiti , seiring dengan perkhidmatan diberikan. Kita tak mahu kematian ibu dan bayi berlaku akibat doula.

17. - Mengikut statistik BPKK KKM ada 2 kematian ibu bersalin (2013), 2 bayi 2016 dan 2018 akibat kelahiran tak selamat. Akta 436 memberitahu, selain doctor, hanya anggota terlatih dalam bidang perbidanan dan berdaftar dgn lembaga bidan sahaja boleh mengendalikan kelahiran. Adakah ibu ibu yang mengikuti kelas Doula Yatt cakna tentang akta ini dimana sewaktu kelahiran perlu ada bidan terlatih dan doktor?.

Doula Yatt : Mereka tahu dan mereka akan ke hospital.

17.1 - Kalau ada yang nak lahirkan bayi di rumah, Doula Yatt ada bagi nasihat?
Kita tak bagi nasihat, kita cuma berkongsi tentang proses fisiologi, bagaimana kawal emosi ,pernafasan. 
Terpulang pada ibu, tak boleh bagi birth plan semua kan

17.2 - Macam Doula Yatt ada pernah melebihi batas seorang Doula?

TAK ADA

17.3 - Doula Yatt jika berlaku kematian atau tragedi dalam proses kelahiran alami, walaupun mengikut persetujuan ibu dan bapa, apakah tindakan yang akan Doula Yatt lakukan dlm keadaan kecemasan itu??

Akan terus hubungi hospital atau talian kecemasan, atau kalau boleh pergi ke fasiliti kesihatan terdekat dengan cepat.

Prof pesan pada para ibu –
Keselamatan ibu dan anak itu kami diutamakan, dan kami nak ibu dapat birth experience yang indah. Kita cuba nak memuaskan hati semua ibu, namun jika kecemasan walaupun risiko rendah , mesti di bantu secara kecemaasan juga. Perlu ada bidan terlatih utk sambut kelahiran sebab bidan terlatih telah dilatih cara kenalpasti masalah sebelum menjadi kecemasan. Kita tak boleh jangka apa yang berlaku semasa kelahiran.

18 . - Doula Yatt minta ibu belajar cara penjagaan mesra ibu minta daripada nurse o&g kerana  sepatutnya dapat menurunkan sebarang risiko dan sebab itu dijadikan garis panduan para ibu. Kita akan kongsi panduan ini, dan minta staff KKM kerjasama utk jalankan garis panduan itu sepenuhnya.

19 . - Konklusi Finaz. 
Doula tak boleh dipersalahkan

Kewujudan doula ekstrem yang telah mencemarkan peranan pembantu ini. Sekiranya seorang Doula itu menjalankan tugasnya sahaja sebagai penyokong emosi semasa kehamilan, ilmu kehamilan, sokongan fizikal melalui urutan dan sentuhan pada para ibu tanpa menasihatkan ibu agar bersalin di rumah, tanpa tidak mengabaikan sebarang ubatan dan rawatan sepanjang tempoh kehamilan, selagi itu jasa Doula patut dihargai. 

Pegang Ayat Isra 36, janganlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran , penglihatan dan hati semuanya akan dipertanggungjawabkan.

Khidmat doula tidak boleh di lakukan tanpa pemerhatian doctor atau bidan terlatih – Mufti WP

Sekian Ringkasan
Euforia Is

Friday, February 22, 2019

Ku Menunggu

Ku begini seperti selalu 
membilang waktu berlalu 
entah berapa lama 
aku tak sedarinya 
berapa lama harus menunggu?
 
Aku mimpikan suram cahaya 
bertukar cahaya indah 
semoga tiba hari 
bersinar ruang hati 
menyuluh arah jalan kembali
 
Kutunggu angin perubahan
barat, utara, timur, selatan
meniti doa malam dan siang 
teranyamnya semula ikatan
 
Sayang semua hanyalah mimpi 
kenyataannya langit dan bumi
aku di sini, engkau di sana
sayup jauh terpisah
 
Entahkan kerana sayangku
atau pun kerana sabarku
ku menunggu
 
Air mata dan senyuman
antara mimpi dan harapan
adalah rindu sembilu
menghiris kalbu
 
Yang terlalu menyayangi
di akhirnya terkorban diri
menyedari itu aku putuskan
pasrah segala pada Tuhan
 
 
Lagu/Lirik: Aidit Alfian Mohd Dom/Habsah Hassan 
 
Ku Menunggu lyrics © Indah Karya Publishing M. Sdn. Bhd.

Thursday, February 21, 2019

Sukantara

Hari ini berlangsung acara Sukantara di sekolah saya. Sejak bertahun di sini, inilah kali pertama Sukantara berlangsung pada sebelah pagi dengan membatalkan semua sesi PdPc. Selalunya pada tahun-tahun sebelum ini Sukantara akan bermula pada jam 3.30 petang dan berlangsung selama dua hari. Bayangkan kepenatan para guru yang baru sahaja selesai mengajar pada jam 2.10 petang dan terpaksa bersegera untuk Sukantara pula.

Terima kasih kepada PK Kokurikulum kami yang baru, YM Tuan Nor Zakiah kerana begitu prihatin dengan kondisi para guru. Hasil perbincangan beliau dengan pihak pentadbirlah maka kami dapat melaksanakan Sukantara pada sebelah pagi pada tahun ini. Terima kasih daun keladi Kak Yah. Saya doakan agar Kak Yah akan terus cemerlang dan nanti menjawat jawatan Pengetua pula. Saya akan berasa sangat bahagia jika berpengetuakan Kak Yah.

Seperti biasa, tugas saya dalam mana-mana acara sukan pun ialah di bahagian Statistik. Saya bersyukur sangat-sangat dengan tugas ini yang membolehkan saya berehat sahaja pada hari ini. Semua guru lain dan murid-murid berada di padang untuk acara 100M, Lompat Jauh, Lempar Cakera dan Lontar Peluru. Saya hanya menanti keputusan untuk dimasukkan ke dalam program yang telah disediakan oleh Cikgu Mohd Rusok. Sementara menanti keputusan, banyak kerja saya boleh selesaikan di bilik peperiksaan ini termasuklah menulis hantaran ini, juga berselfie.


Kemuncak Kejohanan Sukan akan berlangsung pada Khamis depan dan sekali lagi saya akan meneruskan tugas sebagai Pegawai Statistik. Saya akan mengangkut laptop dan printer saya ke padang, dan berada di bawah khemah untuk memasukkan keputusan semua acara seterusnya menentukan juara keseluruhan. Saya seronok begitu, kerana saya tidak perlu berpanasan dan saya boleh sahaja menonton semua acara yang berlangsung dari tempat duduk saya.

Begitulah. Semakin tahun saya berasa semakin senang dengan tugas-tugas yang diberi kepada saya, tiada tekanan apa lagi bebanan. Bahagia saya dengan persekitaran sebegini dan semoga perasaan ini Allah kekalkan untuk tempoh yang lebih lama.

Seperti Mesyuarat Agung PIBG yang akan berlangsung Sabtu nanti, saya hanya diberi tugas di bahagian Sijil sahaja. Betapa mudahnya tugas itu dan saya sudah selesaikan semuanya pada Selasa. Sijil Kecemerlangan Pelajar, Sijil Penghargaan Guru dan Sijil AJK PIBG semuanya telah bercetak dan bertanda tangan. Kebetulan Sabtu ini saya akan berada di Perak untuk menziarah saudara di sana, maka saya mohon untuk tidak hadir mesyuarat itu dan bercuti rehat sehari pada Ahad. Permohonan saya sudah pun diluluskan, Alhamdulillah.

Terima kasih Tuhan atas anugerah yang tidak terhingga. Walaupun ada waktu-waktunya hati masih merintih dan menangisi kepedihan, masih ada sinar pelangi yang indah yang tiba sebaik hujan berhenti.

Alhamdulillah.

Tuesday, February 19, 2019

Tabung Haji

KELEMAHAN TABUNG HAJI & PEMINDAHAN ASET YANG MEMULIH TABUNG HAJI ATAU MEROSAK?

Lembaga Tabung Haji (TH) sudah mula proses pembaikpulihannya dengan pemindahan aset kurang untung dan ruginya berganti pegangan sukuk dan RCPS dari syarikat SPV khas bernama Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) yang mewakili kerajaan Malaysia, walaupun proses yang dilaksanakan bukanlah suatu yang ideal namun ia adalah tindakan paling sesuai buat masa ini bagi menyelamatkan Tabung Haji dan mempastikan Tabung Haji mampu terus memberikan hibah kepada pendepositnya sekitar 9.3 juta orang. 

Pengurusan Tabung Haji juga bakal diperkukuhkan, ia berita baik buat pendepositor dan seluruh umat Islam seluruhnya. Ada yang tidak sedar bahawa sebelum ini, Tabung Haji adalah ibarat syurga simpanan buat orang kaya bumiputra Muslim tapi jika ianya diurus dengan tadbir urus yang lemah atau salah guna, ia bakal memendekkan jangka hayat TH. 

KELEMAHAN TABUNG HAJI YANG PERLU DIBAIKI
Cuba pembaca fahami setiap point saya beriku yang merangkumkan beberapa kelemahan sedia ada TH yang perlu diperbaiki:

1. Setiap sen simpanan pendepositor TH adalah dijamin oleh kerajaan berbanding simpanan di Bank yang hanya dijamin setakat RM 250 ribu sahaja oleh PIDM. Ini menyebabkan orang-orang kaya berduyun menyimpan di TH dan merasa sangat selamat depositnya selamat. Ia baik untuk penyimpan tapi kurang sustainable bagi institusi TH.

2. Tambahan pula TH sebelum ini (walaupun dalam keadaan liabiliti melebihi aset dan melanggar akta Tabung haji) telah secara konsisten memberikan hibah yang tinggi iaitu pada kadar 6.25 – 8.25 % tahun 2013 -2017 itu jauh melebihi kadar keuntungan 3 % yang mampu diberikan oleh akaun fixed deposit oleh bank-bank. Walaupun memberi hibah tinggi itu adalah amalan terpuji oleh TH dan disukai oleh penyimpan, tetapi pemberian itu bercanggah dengan peruntukan akta Tabung Haji 1995 serta dilaksanakan dengan cara yang kurang beretika serta boleh menjerumuskan masa depan TH ke dalam ketidaktentuan dan kebahayaan. Menurut laporan PWC, ia menggunakan :- 

- kaedah penciptaan keuntungan 'palsu' sebanyak RM 553 juta hasil penjualan saham BIMB yang bernilai RM 2.551 bil, sedangkan ianya dibeli semula empat hari (atau dikenali contra trading) selepasnya dengan harga yang sama (iaitu sebagai contoh dijual dengan harga RM 4 per share, dan dibeli balik dengan harga RM 4 selepas itu). Kononnya pengurusan bijak mengurus dan mencipta keuntungan, padahal ia hanya di atas kertas namun yang hakikatnya tiada malah rugi terpaksa pula membayar kos upah sehingga RM 36 juta kepada para broker. Benar, cara ini adakalanya digunakan oleh sebahagian institusi dan syarikat besar serta dianggap masih legal tetapi tidak beretika.  Dalam kes TH, ia digunakan bagi melanggar akta Tabung Haji dan merisikokan TH untuk jangka panjang serta menutup kelemahan pengurusan. Institusi dan syarikat mungkin wujudnya campuran shareholder fund dan depositor fund, namun TH tiada shareholder fund.
- juga hasil istiharan dividen oleh anak-anak syarikat sebanyak RM 510 juta yang hakikat tidak dibayar sepenuhnya oleh anak syarikat terbabit sehingga akhir tahun 2017, namun hanya sekitar RM 200 juta yang dibayar.
- dan juga melalui cara merekodkan deposit penyimpan sebagai rizab yang termasuk dalam kategori aset sedangkan hakikatnya ia adalah liabiliti.
- Mengelakkan nilai impairment loss dari direkodkan di dalam Profit & Loss statement tetapi diubah sehingga tidak terzahir dalam sebagai kerugian rosot nilai. Ia juga bercanggah dengan polisi perakaunan TH.

3. Selain itu, simpanan TH juga bersifat Demand Deposit iaitu ia boleh dimasukkan dan dikeluarkan sesuka hati oleh pendepositor tanpa had harian sama sekali jika penyimpan menggunakan pengeluaran cek dan TT (berbanding Fund di bawah PNB yang menghadkan sebanyak RM 250,000 bagi menjaga tabungannya). Simpanan tanpa had bagi seseorang pendepositor menjadikan TH 'vulnerable', berisiko dan terdedah kepada 'bank run', contohnya sekiranya seorang pendepositor besar menarik keluar wang mereka, maka akan berlaku pengurangan besar dan pastinya berlaku panik. Menurut statistiknya 1.3%, atau sekitar 117,000 dari penyimpan TH telah menyumbang sebanyak 50% dari keseluruhan RM 74 bil deposit. Justeru itu, adalah baik TH mengkaji polisi had pengeluaran dan had simpanan pendepositor untuk akan datang.

4. Lebih serius dari itu, sebelum ini, penyimpan TH boleh dengan mudah terlepas dari lensa Anti Money Laundering Act kerana berada di luar pemerhatian dan regulasi BNM. Malah etika pengurusan kewangan dan rizabnya juga diurus sendiri, maka rizab statutory TH pada tahun 2017 hanya sekitar RM70 juta berbanding simpanan pendepositor sebanyak RM 70 bil iaitu hanya 0.1% berbanding liabilitinya. Ini sama sekali tidak sihat, sewajarnya jika menurut standard perbankan ia adalah pada kadar 4 % iaitu 2.8 bil atau sekurang-kurangnya 2.5 % iaitu RM 1.75 bil. Ini perlu diperbaiki agar pengurusan tabung dana haji ini lebih kukuh. Duit rizab pula mesti dari hasil keuntungan operasi TH dan bukannya dari wang pendepositor. Inilah antara sebab BNM diminta menyelia agar dapat memastikan rizab yang sihat, kecairan atau liquiditi TH yang baik serta peratusan pelaburan ekuiti dan dalam instrument tinggi risiko berbanding simpanan berada pada tahap peratusan yang sihat dan bukannya terlalu tinggi sebagaimana yang berlaku dalam pengurusan TH yang lepas. Sekaligus mendedahkan wang penyimpan dalam pelaburan tinggi risiko.

5. Menurut laporan PWC dan pengurusan Tabung Haji terkini, pernah berlaku bahawa hibah diberikan dari wang pendepositor dan bukan dari lebihan keuntungan. Jika elemen skim beri hibah dari wang penyimpan ini terus berlaku; itulah elemen pak man telo atau skim cepat kaya yang inigin kita jauhi dari operasi Tabung Haji. 

Semua perkara di atas ini boleh jadi resepi kehancuran TH untuk jangka masa panjang dan menjadikannya sasaran salah laku kerana kurang pemantauan. Semua ini mesti dan bakal diperbaiki oleh pengurusan terkini, kerajaan juga mesti menghulurkan bantuan kerana semuanya dijamin oleh kerajaan juga, atas sebab itu TH bakal diselia oleh BNM dari sudut-sudut lemah yang dinyatakan tadi termasuk juga hal ehwal pengurusan wang pendeposit yang terbaik.

Kita juga patut bersyukur kerana berdasarkan tindakan pengurusan TH terkini yang mengambil tindakan ke atas pengurusan TH yang lalu. Yang mungkin disebabkan kurang pemantauan dan regulasi ke atas TH, telah berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan urusan kewangan dalam pengurusan dahulu, laporan polis oleh TH dan laporan SPRM telah dibuat. Kini menanti perkembangan selanjutnya. Sebahagian perincian kesalahan mungkin belum boleh didedahkan kepada awam oleh pengurusan sekarang disebabkan ia menunggu prosedur perundangan. Apapun bagi orang awam dan umat Islam yang mencarum dan pencinta Islam, ini sepatutnya meningkatkan kelegaan kita selaku umat Islam di Malaysia dan mempublistikan salah laku dan kesalahan pentadbiran lalu sama ada disengajakan atau tidak, ia turut membawa kebaikan jua kerana ia suatu bukti ketelusan pentadbiran semasa yang tidak berkompromi sifat amanah dan jujur serta integrity, tiada kesalahan yang boleh berselindung di sebalik apa jua nama sama ada Menteri, kaum atau agama. Malah pendedahan awam dituntut jika ia melibatkan hak awam bagi memastikan keyakinan awam ditingkatkan. 

Justeru itu adalah kurang tepat pada hemat saya, untuk mendakwa pendedahan terbuka ini meruntuh imej Islam, bahkan ia sebenarnya mencantikkan institusi Islam dari salah guna dan penyelewengan dan seterusnya meningkatkan reputasi TH dan Islam itu sendiri.

Selain hal di atas, saya juga telah mentelaah sedalam mungkin akan isu dan fakta transaksi pemulihan Tabung Haji dari sumber-sumber autoriti dan berwibawa, maka kesimpulan saya adalah berikut :-

1) KENAPA PERLU PINDAHKAN ASET SEDANGKAN SEBAHAGIAN KELIHATAN ASET YANG BERHARGA?

Menurut TH, aset Tabung Haji yang dipindahkan kepada Urus Jemaah Sdn Bhd (SPV di bawah MOF) adalah apabila ia mempunyai ciri berikut:-
a- Harta tanah tanpa sekatan yang punyai pulangan kurang dari 2 %.
b- Pelaburan dalam sekuriti ekuiti domestik (kecuali anak syarikat TH) dan syarikat tidak tersenarai yang mempunyai kejatuhan nilai melbihi 20 % bagi tempoh 3 tahun lepas.

ULASAN SAYA :

Semua aset ini jika masih dikekal dalam 'buku' tabung haji, ia bakal menjadikan tanggugan (liabiliti) Tabung Haji melebihi asetnya. Akibatnya, menuurt Akta Tabung Haji, TH tidak boleh memberikan Hibah kepada pendepositnya walaupun mempunyai keuntungan operasi. Menurut akta Tabung Haji klausa 3 (a) menyatakan tiada pengagihan keuntungan boleh dilakukan oleh Tabung Haji kecuali Lembaga Tabung Haji mestilah terlebih dahulu mempastikan aset adalah tidak kurang dari aggregate liabiliti Tabung Haji.

TH telah melaporkan liabiliti sebanyak RM74.4 billion berbanding aset keseluruhan sebanyak RM70.3 billion, iaitu total defisit sebanyak RM4.1 billion, pada Dec 31, 2017. Antara puncanya adalah keuntungan TH dari operasi perniagaannya termasuk seluruh anak-anak syarikat serta syarikat bersekutu dan pelaburannya, semua tidak cukup banyak untuk mendahului tanggungan (liabiliti) TH. Selain itu, peningkatan liabiliti juga adalah dari punca penurunan dan kekurangan keuntungan aset ekuiti dari kerana pasaran saham yang tidak memberangsangkan, angka sebenar menunjukan semua ini menyebabkan defisit asetnya mencecah RM 4.1 bilion. Benar, kelemahan pasaran saham memainkan peranan kepada bermasalahnya akaun TH dan meningkatnya liabilitinya, namun itu bukan satu-satunya penyebab kerana kerugian amat banyak dicatatkan juga oleh anak syarikat yang tidak tersenarai, hartanah dan lain-lain.

Maka bagi membolehkan Tabung Haji merawat meningkatkan jumlah aset serta melupuskan kurang untung yang telah menambahkan liabilitinya ini, maka proses pemindahan aset kepada pihak luar diperlukan segera atau Tabung Haji akan gagal memberikan apa-apa hibah yang boleh menyebabkan masalah lebih besar kepada kelangsungan Tabung Haji itu sendiri iaitu dibimbangi 'bank run' atau pengeluaran besar-besaran berlaku. Malah tanpa proses ini, Tabung Haji dijangka tidak mampu memberikan sebarang dividen sepanjang 5 tahun akan datang kerana kejatuhan nilai saham yang tersenarai atau yang tidak tersenarai di bursa dan juga hartanah yang dipegang oleh Tabung Haji tidak dijangka akan mampu pulih dengan pantas dalam hanya 2-4 tahun. Bayangkan sebagai contoh saham seperti FGV yang dahulunya bernilai RM 4.40 telah jatuh kepada 93 sen. Ketahuilah bahawa TH sebelum ini memegang sebanyak 283 juta saham FGV. 

Lihatlah Tabung Haji juga merupakan pemegang terbesar Irredeemable Convertible Preferences Shares (ICPS) yang diterbitkan oleh TH Heavy Egineering Bhd.ia sebanyak 99.75 % oleh TH. Jika ICPS itu ditukar ke saham ekuiti TH dalam syrikat itu akan menjadi 64% . Malangnya saham THHE menjunam dari RM 0.90 pada tahun 2014 kepada hanya RM 0.04 pada 4 Jan 2019. Terdapat lebih 100 syarikat pegangan TH yang jatuh teruk dan kekal jatuh lebih 20 % berbanding harga sewaktu belian dan ia melebihi 3 tahun.

Justeru, berapa lamakah akan diambil untuk menunggu nilai FGV, dan semua nilai syarikat yang berjumlah 106 buah ini untuk naik semula ke harga belian TH dahulu? Atau melebihinya? Sudah tentu sukar digambarkan ia boleh pulih dalam 3-4 tahun ini. Maka aset sekuriti seperti ini mesti dikeluarkan dari buku TH agar tidak merosakkan Balance Sheet TH disebabkan keperluan rekod perakaunan menurut standard Financial reporting standard consensus no 14 di bawah 'impairment' mengkehendaki TH merekodkan semua ini sebagai kerugian.

Sememangnya difahami melepaskan pegangan ke atas aset tersebut adalah pedih namun tiada pilihan terbaik pada masa ini kecuali dengan bantuan kerajaan (yang juga penjamin TH) ia perlu dipindahkan. Teknik ini pernah dilakukan dahulu oleh Danaharta dan ia bukanlah sesuatu yang luar biasa, malah Felda juga mungkin akan menggunakan Teknik ini akan datang juga bagi memulihkan Felda. 

Apa yang penting juga, bukanlah aset tadi dijual oleh Tabung Haji kepada non bumiputra kerana aset dijual kepada Urusharta Jemaah Sdn Bhd iaitu mewakili kerajaan dan bukan hak mutlak Menteri Kewangan. 

Malah menurut maklumat sahih yang saya perolehi, semua asset yang dipindah adalah dengan harga yang sangat bagus berbanding harga pasaran sedang terlalu rendah. Menurut kiraannya sebahagian aset tersebut dipindahkan kepada Urus Jemaah Sdn Bhd pada kadar premium 55 % secara purata, lebih tinggi dari harga pasaran semasa. Yang mana ia adalah suatu 'deal' yang baik bersifat win-win bagi membantu TH pulih semula. Antara pegangan ekuiti TH yang jatuh nilai semenjak 3 tahun lepas yang akan dilepaskan kepada UJSB adalah UEM Sunrise Bhd, Boustead Heavy Industries Corp Bhd, Alam Maritim Resources Bhd, Mah Sing Group Bhd, UEM Sunrise Bhd, FGV Holdings Bhd, Brahim's Holdings Bhd, Puncak Niaga Holdings Bhd, Parkson Holdings Bhd, White Horse Bhd, MCT Bhd, MMC Corp Bhd, Suria Capital Holdings Bhd, Axiata Group Bhd, Malaysia Marine & Heavy Engineering Holdings Bhd dan kesemuanya berjumlah 106 syarikat yang nilai rosotnya jatuh pada range 20 % hingga ke 93.5 % dan sudah berkekalan begitu selama 3 tahun!.

CEO Tabung Haji juga menyatakan Tanah TRX dibeli dengan harga RM 198 juta, namun masih terbiar kosong tanpa sebarang hasil kepada TH, justeru menurut beliau ia termasuk dalam ciri hartanah TH yang tidak memberikan pulangan melebihi 2 % dalam tempoh panjang 3 tahun. Sebab itu ia dipindahkan ke SPV dan dengan harga yang baik iaitu sekitar RM 400 juta, semua harga pemindahan ini telah termasuk dalam kiraan penerbitan sukuk, tiada tunai tetapi dalam bentuk 'receivable' kepada TH hasil pemegangan Sukuk kelak.

Kerajaan juga tiada banyak pilihan kecuali perlu mengusahakan sesuatu buat Tabung Haji kerana termaktub dalam akta Tabung Haji klausa 24 (1) yang memberi maksud bahawa apa sahaja yang terjadi wang pendepositor Tabung Haji, semuanya akan dijamin oleh kerajaan. Tercatat jelas dalam akta seperti berikut "If any expenditure of the Lembaga in relation to withdrawals by depositors cannot be met out of the Fund or reserve Fund it shall be charged on and payable out of the Consolidated Fund". Maka sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku ke atas Tabung Haji, sewajarnya kerajaan mengambil inisiatif mengukuhkannya melalui transaksi pemindahan ini.

2) KENAPA TIDAK DIJUAL KEPADA PIHAK LUAR DAN PEROLEH LEBIH UNTUNG?

Sudah tentu ia bakal mengambil masa malah amat amat sukar mendapatkan pembeli yang sanggup membeli dengan harga premium berbanding dari harga pasaran aset terbabit.  Malah, TH juga memindah milik kepada SPV Urusharta Jemaah Sdn Bhd sebagai jalan selamat dari membiarkan semua pegangan aset jatuh ke pemilikan pihak luar yang mungkin hanya memikirkan keuntungan berbanding SPV yang mewakili kerajaan Malaysia yang juga merupakan penjamin kepada deposit TH. 

3) APA JADI SELEPAS SEMPURNA PEMINDAHAN KEPADA SPV UJSB?

Dengan sempurnanya pemindahan aset kepada SPV Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) tersebut, SPV akan menerbitkan Sukuk bernilai RM 10 billion berkupon sifar dengan tempoh matang 7 tahun, ia diterbitkan dengan diskaun kepada TH pada RM 10 bil. Ini bermakna di hujung tahun ke 7 Sukuk terbabit TH layak menerima penebusan bernilai 14.1 bil (iaitu menurut kiraan 5 % setahun). Juga diterbitkan RCPS-I pada nilai RM 9.9 billion. Kesemua Sukuk dan RCPS-i yang bakal dipegang oleh TH ini bakal menyaksikan ia memasuki buku TH sebagai 'receivable' atau aset bernilai RM 19.9 billion. 

Jelas, transaksi itu akan meningkatkan jumlah aset serta pada waktu yang sama melepaskan sejumlah besar asset berliabiliti tinggi kepada Urusharta Jemaah Sdn Bhd. Hasilnya, Tabung Haji dijangka dapat menyaksikan lebihan 'surplus' aset berbanding liabiliti pada masa terdekat yang membolehkan ia memberikan hibah dan seterusnya memulakan proses pemulihan dengan menumpukan perhatian kepada aset-aset yang terbaik sahaja. Ia amat penting bagi kelangsungan Tabung Haji. Jika tidak, Tabung Haji bakal tenggelam dengan liabiliti besar yang mampu menggagalkan TH dari memberi dividen untuk tahun-tahun mendatang, yang mana kesan buruk dari hal itu adalah sangat membimbangkan ekonomi Malaysia secara umum.

MUNGKIN AKAN ADAKAH HIBAH DAN DIVIDEN OLEH TH ?

CEO TH menyatakan dalam PC hari ini, akan ada dividen tetapi ia bakal menyaksikan kadar yang rendah kerana TH seolah baru sedikit pulih dari demam. Disebabkan oleh pemindahan terbaru itu kelak, saya menjangkakan TH bakal mampu memberi sedikit Hibah mungkin pada kadar 1-2 % (bukan dari wang pendepositor seperti dahulu tetapi keuntungan dan lebihan aset dari liabiliti) berbanding tanpa pemindahan, TH bakal gagal memberi sebarang Hibah untuk 3 atau 4 tahun lagi, mungkin. Walaupun rendah, ia sudah dikira permulaan yang baik, dengan urusan yang lebih telus, bersih dan semua akaunnya diperkemas semula. Tiada guna hibah yang tinggi sedangkan ia bakal membahaykan kelangsungan TH disebabkan tadbir urus yang berkecamuk bercampur.

SPV INI BONEKA PARTI TERTENTU ATAU APA?

SPV yang bernama Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan hasil perbincangan panjang lebar pihak Tabung Haji dan semua yang terlibat adalah sepenuhnya dikuasai oleh orang Islam. Ia ternyata apabila empat orang ahli Lembaga pengarahnya adalah terdiri dari kalangan Muslim yang merupakan para pegawai tinggi di Kementerian Kewangan iaitu Datin Rashidah Sies, Hj Mohd Hassan Ahmad, Imri Dolhadi Abd Wahab dan Dato' Mohd Shukri Hussin (wakil yang bukan dari Kementerian). Namun, tiga dari empat orang ahli ini adalah dari Kementerian Kewangan itu sendiri. Justeru, pada hemat saya semua aset yang dipindahkan kepa SPV kini di bawah kuasa ahli Lembaga pengarah ini untuk menentukan pembeli aset-aset yang dipindahkan kelak. 

Bagi mempastikan aset strategik yang dipindahkan itu benar-benar diyakini diurus dengan telus tanpa sebarang kongkongan atau campurtangan Menteri sebagaimana yang kerap dimomokkan oleh sebahagian orang, saya mencadangkan agar ditambah lagi ahli Lembaga Pengarah dari kalangan pihak luar Kementerian Kewangan bagi memberikan keyakinan untuk mengimbangi sebarang keputusan SPV Urusharta Jemaah Sdn Bhd itu kelak.  

Selain itu, jika tiba-tiba TH merasakan (atas apa jua sebab) ingin menguasai Urusharta Jemaah Sdn Bhd, mereka turut boleh berbuat demikian dengan menukarkan RCPS-i kepada saham pegangan terhadap syarikat SPV Urusharta Jemaah Sdn Bhd tersebut dan sekaligus menjadi pemegang terbesar. Ini kerana RCPS-i  itu sifatnya memberikan pilihan kepada Tabung Haji untuk pegang dan menunggu UJSB menebuskan dengan tunai atau TH boleh menukarkannya kepada pegangan utama dalam SPV UJSB. Namun itu bukan pilihan baik kerana memiliki SPV UJSB tersebut beerti akaun dan seluruh liabiliti yang dipindahkan ke UJSB akan kembali ke akuan disatukan di bawah kumpulan TH. Maka bertambah semula liabiliti, kecuali jika majoriti aset yang dipindahkan itu telah kembali pulih sebelum tempoh 7 tahun, maka itu mungkin dilakukan. 

Atas sebab itu, saya tidak merasakan sesiapa jua perlu untuk terlalu sensitif tidak bertempat dan bersangka buruk dalam hal pemindahan aset ini kerana bagi saya ia adalah benar-benar didasari keputusan korporat yang ingin membantu TH dan seluruh pendeposit dan bukannya ingin menjatuh dan merosakkan TH. 

Akhir sekali, saya menulis adalah berdasarkan kajian dan temuramah pihak berkuasa yang sepenuhnya atas semangat korporat dan memulihkan TH serta keinginan penuh memberi gambaran sebenar bagi memulihkan TH, saya tidak melihat data dan fakta dari perspektif politik kepartian dan simpang siur bacaan politik. Ini adalah kerana pelaksanaan yang dilakukan juga adalah 'purely based' atas dasar menyelamat dan memulihkan TH, bukan menjatuhkannya. JIka ada kesilapan saya terbuka untuk dibetulkan, namun setiap fakta dan data dalam tulisan ini telah disemak sebaik mungkin dari sumber-sumber autoriti.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden 
MURSHID
15 Jan 2019

Monday, February 18, 2019

Sukan

Awal tahun sebegini, kami para guru akan mengaktifkan diri di padang-padang dan di gelanggang- gelanggang. Untung saya bukan guru yang diberi tanggungjawab sebagai guru penasihat permainan, maka saya tidak ditugaskan untuk membawa murid ke perlawanan peringkat luar sekolah. Mungkin kerana saya tidak memandu maka mereka tidak memilih saya. Alhamdulillah.

Tetapi bukanlah saya boleh melepas diri dari kegiatan sukan sepenuhnya. Pada peringkat sekolah saya masih ada tanggungjawab. Minggu ini bermula latihan pada setiap Ahad dan Isnin, jam 3.30 hingga 5.00 petang. Saya tentunya tidak boleh memonteng.

Semalam saya tidak tahu latihan bermula pada Ahad. Sangka saya seperti tahun lepas ia berlangsung Isnin dan Rabu. Memandangkan jadual saya agak longgar pada Ahad, saya berpuasa ganti. Tiba di sekolah baru saya tahu ada latihan, tetapi saya tidak kisah pun. Apa kaitan berpuasa dan latihan sukan? Boleh sahaja digandingkan, bukan?

Tamat sesi pengajaran pada jam 2.10, saya tidak pulang. Saya tidak suka terkejar-kejar, apatah lagi menyusahkan orang. Jika saya pulang dan perlu datang semula pada 3.30 petang tentu saya terkejar-kejar dan menyusahkan suami saya. Mudahnya, saya berehat sahaja di sekolah sementara menunggu latihan. Lebih lapang dan tenang.

Sementara menanti, saya mengisi masa saya dengan mengedit gambar. Ini hasilnya.


Agaknya, inilah wajah saya jika saya seorang artis. Apakan daya, sebagai guru saya hanya mampu berilusi memiliki wajah se'flawless' ini dengan menggunakan aplikasi di smartphone sahaja. Anda berminat? Muat turun sahaja Makeup Plus dari Google Play. Pasti anda puas hati.

Hari ini, latihan diteruskan dan saya mahu menunggu juga kerana saya seorang guru yang patuh. Jam 1.35 tengah hari saya pun ke kantin untuk makan tengah hari. Ah! Kantin tutup rupanya. Bagaimana ini? Saya lapar, mahu keluar makan saya tak punya kereta. Takkan saya mahu berlapar hingga jam 5.00 petang? Selepas sarapan pada 8.00 pagi tadi, saya belum makan apa-apa.

Saya mencari kak Safura, ketua rumah saya yang baik hati itu. Saya maklumkan padanya saya tidak dapat hadir petang nanti dan dia memberi kebenaran. Lega rasanya kerana saya boleh balik makan tengah hari lepas ini. Alhamdulillah.

Terus saya maklumkan pada suami saya untuk menjemput saya seperti biasa kerana saya tidak jadi hadir latihan.

Kesimpulannya, saya tidak bersalah. Saya tidak dapat hadir kerana saya kelaparan. Yang bersalah ialah tuan kantin itu kerana menutup kantin terlalu awal. Jika kantin buka, saya pasti tidak memonteng.

Sekian.

Monday, February 11, 2019

Doa Buat Huda

Anakandaku Nur Huda tiba-tiba mengalami bengkak di pipi dan mata semalam, tanpa diketahui puncanya. Pada jam 11.59 tengah hari semalam, adinda saya Noor Ismah mengirim gambar Huda ke kumpulan WhatsApp adik beradik kami. Saya menjadi risau tetapi tetap tenangkan hati dan berdoa agar tiada apa-apa yang menyakitkan dan akan sembuh kembali nanti.

Malam tadi, sewaktu saya sedang bersiap-siap untuk keluar menghantar adik ipar saya menaiki bas ke Kamunting selepas Maghrib, adik saya mengirim pula gambar ini. Kelihatannya bengkak pada wajah Huda semakin teruk. Saya tidak mampu menahan rasa, sedih melihat Huda yang comel berkeadaan begitu. Risau pun ya, kalau-kalau ada sesuatu yang tidak kena. Hati jadi tidak tentu, dan sepanjang masa saya berdoa agar Huda sembuh. Baru lagi rasanya bermain-main dengan Huda yang ceria, tidak sanggup rasanya menatap wajahnya begitu.

Saya meminta adik saya segera membawah Huda ke klinik tetapi dia mahu menunggu hingga esok. Ya Allah, tidak keruan rasanya dalam hati saya.



Pagi ini, wajah huda semakin membengkak. Saya semakin tidak mampu menahan rasa. Tolonglah Ya Allah, sembuhkanlah Huda kembali.

Ya Allah, sembuhkanlah Huda, anak kecil yang bakal dewasa menjadi pejuang agama-Mu ini!

Sunday, February 10, 2019

Kuantan dan Batu Buruk

Tiba Februari kali ini dimulai dengan cuti selama seminggu sempena Tahun Baharu Cina. Memang zahirnya cuti itu menyeronokkan dan tentunya ada perancangan untuk memenuhi cuti yang agak panjang ini. Seperti selalu, suami saya akan mencadangkan kami bercuti sehari dua ke mana-mana destinasi di negara ini.

Hakikatnya, saya bukanlah seorang yang gemarkan perjalanan jauh. Apatah lagi ke tempat yang tidak biasa dikunjungi. Ia akan lebih seronok jika perjalanan itu tidak memerlukan saya memikir dan mencari arah, hanya bersandar di kerusi kereta sambil melayan perasaan dibuai alunan muzik yang indah dengan mata terpejam. Sungguh ia tidak begitu. Saya sentiasa memegang telefon dan menatap GPS demi sebuah perjalanan yang tidak menyesatkan. Itu pun sering dalam kekeliruan kerana berselisih antara GPS dan papan tanda. Maaf, ia sungguh tidak menenangkan.

Tetapi begitulah. Saya hanya mampu bersabar dan memujuk hati agar bertenang sepanjang perjalanan.

Ini kisah perjalanan kami selama tiga hari dua malam itu.




Jam 8.20 pagi Isnin 4 Februari itu kami bergerak turun dari teratak kami menuju ke Kuantan. Rumah yang kami tinggalkan dijaga oleh sahabat suami saya yang akan bermalam di rumah kami dan memberi makan binatang peliharaan suami. Sarapan pagi kami selesaikan di rumah iaitu mi goreng yang kami nikmati seawal jam 7 pagi lagi.

Perjalanan agak lancar dan tiada kesesakan yang teruk. Tiba berhampiran dengan bandar Kuala Terengganu, suami meminta saya memulakan operasi Google Maps untuk perjalanan seterusnya. Kali ini saya sedikit terkial-kial kerana suami saya tidak mahu menggunakan LPT, tetapi Google Maps selalu membawa kami ke arah itu. Agak tertekan juga saya untuk menentukan carian apa yang sesuai untuk perjalanan sebegini.

Makan tengah hari di Medan Selera Batu Buruk

Perancangan awal, kami mahu bermalam di Dungun tetapi entah kenapa suami saya mengubah fikiran untuk terus menuju ke Kuantan. Oh ya, makan tengah hari kami selesaikan di Medan Selera Batu Buruk sekitar jam 2 petang.

Diringkaskan cerita, kami tiba di hotel penginapan Grand Continental, Kuantan pada jam 4.30 petang. Agak lewat kerana pelbagai situasi tidak dijangka berlaku akibat percaturan yang salah. Seperti biasa, saya tidak mahu tertekan dengan keadaan. Saya akan sentiasa sabar dan tenang.

Usai solat jamak taakhir, sekitar jam 5.45 petang kami keluar ke Teluk Cempedak. Pantainya memang cantik dan pengunjung sangatlah ramai. Kami menikmati minum petang yang agak berat di sini - kue teow kungfu untuk saya dan mi goreng mamak untuk suami saya. Nyamannya mengambil angin di sini, tetapi tidaklah berlama-lama kerana menjelang malam kami menuju ke Tanjung Lumpur pula.

Menanti mi goreng dan kue teow kungfu

Pantai Teluk Cempedak
Restoran Ana Ikan Bakar Petai menyambut kami dengan girang dan kami menempah menu makan malam kami dengan segera. Pengunjung yang ramai menyebabkan kami terpaksa menunggu lebih kurang setengah jam. Ikan siakap bakar petainya pada saya agak menyelerakan tetapi suami saya tidak suka. terpaksalah saya menghabiskan ikan itu. Mujur ia tidak sebesar mana.
Sabar menanti hidangan

Pengunjung sangatlah ramai

Ini ikan siakap bakar petai yang saya suka

Esoknya, 5 Februari ialah hari sambutan Tahun Baharu Cina. Kami sarapan di restoran hotel, dan menunya bagi saya sama seperti hotel-hotel lain juga. Ada nasi goreng, mihun goreng, sosej, telur hancur, roti pita dan kuah kari, bubur nasi, roti dan buah-buahan. Saya sentiasa berselera dan merasa semuanya kecuali sosej, roti dan buah. Suami saya pula agak tidak menyukai hidangan di sini. Duia makan sedikit sahaja berbanding saya. Aduhai! Saya jugalah yang senang untuk ke mana-mana kerana semua makanan saya suka.

Sarapan di Hotel Grand Continental

Dari Kuantan, kami bergerak pula ke Batu Buruk sekitar jam 10.30 pagi untuk singgahan kedua kami. Perjalanan tidak melenakan kerana saya perlu memerhati papan tanda dan juga GPS sepanjang masa kerana suami saya kurang arif laluan ini. Kami berhenti sekejap di Dungun untuk bertemu rakan tetapi mereka tiada di rumah.

Diringkaskan cerita, kami tiba di Batu Buruk Beach Resort sekitar jam 2.45 petang dan Alhamdulillah masih ada bilik untuk kami inap. Pengunjung memang ramai walaupun penginapan ini tidak begitu terjaga. Tempatnya yang strategik menjadi asbab ramai yang memilih menginap di sini. Kedai makan yang banyak di sekitar dan pantai yang cantik dan dekat (kami berjalan kaki sahaja untuk ke pantai dan ke kedai makan) memang memudahkan. Harga bilik cuma RM150.




Acara makan kami hanya tiga kali sahaja, iaitu tengah hari Selasa, petang Selasa dan pagi Rabu.

Tengah hari dan petang Selasa itu kami makan di Mayang Food Court. Jam 3.00 makan tengah hari dan jam 6.00 makan petang. Tentulah pada malamnya kami kekenyangan jadi kami tidak keluar makan lagi.

Pagi esoknya kami makan di Medan Selera Batu Buruk pula, iaitu nasi dagang ikan dan telur untuk suami saya dan nasi kuning kurma daging untuk saya.

Seterusnya, kami bertolak pulang pada jam 11.30. Kami singgah makan tengah hari di Hasnik, Penarik dan bersolat di Jerteh. Alhamdulillah kami selamat tiba di Chenok pada jam 3.52 petang.