Sunday, February 03, 2019

Berubat

Tidak pernah saya jemu menuju ke tempat yang satu ini. Tertulis dalam aturan-Nya takdir saya begini dan saya amat redha. HUSM saya kunjungi saban waktu demi sebuah ikhtiar dan selagi nyawa di badan.

Dua bulan lalu doktor mempreskripsi empat jenis ubat untuk saya. Pil hormon provera, pil tranexamic acid, pil naproxen dan pil amlodipine. Saya perlu mengambilnya setiap dua bulan sehingga bertemu janji lagi dengan doktor pakar pada Julai nanti.

Hari ini, di kaunter ubat saya meminta pil hormon provera dan amlodipine sahaja kerana naproxen dan tranexamic acid masih belum saya guna. Alhamdulillah tiada pendarahan yang berpanjangan dan tiada kesakitan yang kuat saya alami menyebabkan pil-pil itu tidak langsung saya sentuh. 

Jam 10.26 pagi saya tiba di hospital dan jam 11.04 pagi saya selesai berurusan di kaunter farmasi. Tidaklah terlalu lama walaupun pesakit agak ramai kerana kaunter yang dibuka banyak.

Semoga Allah memberi saya kesembuhan dan melindungi saya daripada penyakit-penyakit lain, dan mengampuni segala dosa-dosa saya.

No comments:

Post a Comment