Tiba Februari kali ini dimulai dengan cuti selama seminggu sempena Tahun Baharu Cina. Memang zahirnya cuti itu menyeronokkan dan tentunya ada perancangan untuk memenuhi cuti yang agak panjang ini. Seperti selalu, suami saya akan mencadangkan kami bercuti sehari dua ke mana-mana destinasi di negara ini.
Hakikatnya, saya bukanlah seorang yang gemarkan perjalanan jauh. Apatah lagi ke tempat yang tidak biasa dikunjungi. Ia akan lebih seronok jika perjalanan itu tidak memerlukan saya memikir dan mencari arah, hanya bersandar di kerusi kereta sambil melayan perasaan dibuai alunan muzik yang indah dengan mata terpejam. Sungguh ia tidak begitu. Saya sentiasa memegang telefon dan menatap GPS demi sebuah perjalanan yang tidak menyesatkan. Itu pun sering dalam kekeliruan kerana berselisih antara GPS dan papan tanda. Maaf, ia sungguh tidak menenangkan.
Tetapi begitulah. Saya hanya mampu bersabar dan memujuk hati agar bertenang sepanjang perjalanan.
Ini kisah perjalanan kami selama tiga hari dua malam itu.
Jam 8.20 pagi Isnin 4 Februari itu kami bergerak turun dari teratak kami menuju ke Kuantan. Rumah yang kami tinggalkan dijaga oleh sahabat suami saya yang akan bermalam di rumah kami dan memberi makan binatang peliharaan suami. Sarapan pagi kami selesaikan di rumah iaitu mi goreng yang kami nikmati seawal jam 7 pagi lagi.
Perjalanan agak lancar dan tiada kesesakan yang teruk. Tiba berhampiran dengan bandar Kuala Terengganu, suami meminta saya memulakan operasi Google Maps untuk perjalanan seterusnya. Kali ini saya sedikit terkial-kial kerana suami saya tidak mahu menggunakan LPT, tetapi Google Maps selalu membawa kami ke arah itu. Agak tertekan juga saya untuk menentukan carian apa yang sesuai untuk perjalanan sebegini.
Perancangan awal, kami mahu bermalam di Dungun tetapi entah kenapa suami saya mengubah fikiran untuk terus menuju ke Kuantan. Oh ya, makan tengah hari kami selesaikan di Medan Selera Batu Buruk sekitar jam 2 petang.
Diringkaskan cerita, kami tiba di hotel penginapan Grand Continental, Kuantan pada jam 4.30 petang. Agak lewat kerana pelbagai situasi tidak dijangka berlaku akibat percaturan yang salah. Seperti biasa, saya tidak mahu tertekan dengan keadaan. Saya akan sentiasa sabar dan tenang.
Usai solat jamak taakhir, sekitar jam 5.45 petang kami keluar ke Teluk Cempedak. Pantainya memang cantik dan pengunjung sangatlah ramai. Kami menikmati minum petang yang agak berat di sini - kue teow kungfu untuk saya dan mi goreng mamak untuk suami saya. Nyamannya mengambil angin di sini, tetapi tidaklah berlama-lama kerana menjelang malam kami menuju ke Tanjung Lumpur pula.
Restoran Ana Ikan Bakar Petai menyambut kami dengan girang dan kami menempah menu makan malam kami dengan segera. Pengunjung yang ramai menyebabkan kami terpaksa menunggu lebih kurang setengah jam. Ikan siakap bakar petainya pada saya agak menyelerakan tetapi suami saya tidak suka. terpaksalah saya menghabiskan ikan itu. Mujur ia tidak sebesar mana.
Esoknya, 5 Februari ialah hari sambutan Tahun Baharu Cina. Kami sarapan di restoran hotel, dan menunya bagi saya sama seperti hotel-hotel lain juga. Ada nasi goreng, mihun goreng, sosej, telur hancur, roti pita dan kuah kari, bubur nasi, roti dan buah-buahan. Saya sentiasa berselera dan merasa semuanya kecuali sosej, roti dan buah. Suami saya pula agak tidak menyukai hidangan di sini. Duia makan sedikit sahaja berbanding saya. Aduhai! Saya jugalah yang senang untuk ke mana-mana kerana semua makanan saya suka.
Ini kisah perjalanan kami selama tiga hari dua malam itu.
Jam 8.20 pagi Isnin 4 Februari itu kami bergerak turun dari teratak kami menuju ke Kuantan. Rumah yang kami tinggalkan dijaga oleh sahabat suami saya yang akan bermalam di rumah kami dan memberi makan binatang peliharaan suami. Sarapan pagi kami selesaikan di rumah iaitu mi goreng yang kami nikmati seawal jam 7 pagi lagi.
Perjalanan agak lancar dan tiada kesesakan yang teruk. Tiba berhampiran dengan bandar Kuala Terengganu, suami meminta saya memulakan operasi Google Maps untuk perjalanan seterusnya. Kali ini saya sedikit terkial-kial kerana suami saya tidak mahu menggunakan LPT, tetapi Google Maps selalu membawa kami ke arah itu. Agak tertekan juga saya untuk menentukan carian apa yang sesuai untuk perjalanan sebegini.
Makan tengah hari di Medan Selera Batu Buruk |
Perancangan awal, kami mahu bermalam di Dungun tetapi entah kenapa suami saya mengubah fikiran untuk terus menuju ke Kuantan. Oh ya, makan tengah hari kami selesaikan di Medan Selera Batu Buruk sekitar jam 2 petang.
Diringkaskan cerita, kami tiba di hotel penginapan Grand Continental, Kuantan pada jam 4.30 petang. Agak lewat kerana pelbagai situasi tidak dijangka berlaku akibat percaturan yang salah. Seperti biasa, saya tidak mahu tertekan dengan keadaan. Saya akan sentiasa sabar dan tenang.
Usai solat jamak taakhir, sekitar jam 5.45 petang kami keluar ke Teluk Cempedak. Pantainya memang cantik dan pengunjung sangatlah ramai. Kami menikmati minum petang yang agak berat di sini - kue teow kungfu untuk saya dan mi goreng mamak untuk suami saya. Nyamannya mengambil angin di sini, tetapi tidaklah berlama-lama kerana menjelang malam kami menuju ke Tanjung Lumpur pula.
Menanti mi goreng dan kue teow kungfu |
Pantai Teluk Cempedak |
Sabar menanti hidangan |
Pengunjung sangatlah ramai |
Ini ikan siakap bakar petai yang saya suka |
Esoknya, 5 Februari ialah hari sambutan Tahun Baharu Cina. Kami sarapan di restoran hotel, dan menunya bagi saya sama seperti hotel-hotel lain juga. Ada nasi goreng, mihun goreng, sosej, telur hancur, roti pita dan kuah kari, bubur nasi, roti dan buah-buahan. Saya sentiasa berselera dan merasa semuanya kecuali sosej, roti dan buah. Suami saya pula agak tidak menyukai hidangan di sini. Duia makan sedikit sahaja berbanding saya. Aduhai! Saya jugalah yang senang untuk ke mana-mana kerana semua makanan saya suka.
Sarapan di Hotel Grand Continental |
Dari Kuantan, kami bergerak pula ke Batu
Buruk sekitar jam 10.30 pagi untuk singgahan kedua kami. Perjalanan tidak
melenakan kerana saya perlu memerhati papan tanda dan juga GPS sepanjang
masa kerana suami saya kurang arif laluan ini. Kami berhenti sekejap di Dungun untuk bertemu rakan tetapi mereka tiada di rumah.
Diringkaskan
cerita, kami tiba di Batu Buruk Beach Resort sekitar jam 2.45 petang
dan Alhamdulillah masih ada bilik untuk kami inap. Pengunjung memang
ramai walaupun penginapan ini tidak begitu terjaga. Tempatnya yang
strategik menjadi asbab ramai yang memilih menginap di sini. Kedai makan
yang banyak di sekitar dan pantai yang cantik dan dekat (kami berjalan
kaki sahaja untuk ke pantai dan ke kedai makan) memang memudahkan. Harga
bilik cuma RM150.
Acara makan kami hanya tiga kali sahaja, iaitu tengah hari Selasa, petang Selasa dan pagi Rabu.
Tengah
hari dan petang Selasa itu kami makan di Mayang Food Court. Jam 3.00
makan tengah hari dan jam 6.00 makan petang. Tentulah pada malamnya kami
kekenyangan jadi kami tidak keluar makan lagi.
Pagi
esoknya kami makan di Medan Selera Batu Buruk pula, iaitu nasi dagang
ikan dan telur untuk suami saya dan nasi kuning kurma daging untuk saya.
Seterusnya,
kami bertolak pulang pada jam 11.30. Kami singgah makan tengah hari di
Hasnik, Penarik dan bersolat di Jerteh. Alhamdulillah kami selamat tiba
di Chenok pada jam 3.52 petang.
No comments:
Post a Comment