Saturday, February 22, 2020

Harta

Tiba-tiba kisah perebutan harta pusaka menjadi trending sehari dua ini apabila adik beradik arwah Abam berbalah dengan balunya kerana harta selepas baru beberapa minggu Abam menimggal.

Saya tidak mahu campur, biarlah mereka selesaikan sendiri. Semoga Allah permudahkan.

Cuma yang menjentik rasa saya ialah betapa besarnya upaya harta dalam memecahbelahkan persaudaraan. Betapa sukarnya untuk mengurus dan mengagih harta pusaka sehingga terpalit pelbagai isu yang tidak diingini dan membuka aib di sana sini. Lalu apa kesimpulannya?

Berpada-padalah. Harta itu raja yang akan berangkat, manakala akal itulah menteri yang menasihat. Didiklah anak-anak agar tahu ilmu dan memiliki sifat amanah yang tinggi serta tidak beremosi. Rujuklah mereka yang pakar untuk mendapatkan penjelasan dan penyelesaian. Paling penting ialah kesepakatan. Usah besarkan ego diri tetapi berbincanglah hati ke hati.

Semoga Allah jauhkan perpecahan dalam keluarga hanya kerana harta.

No comments:

Post a Comment