Ramailah yang beratur untuk harga jimat itu. Berbaloi, kerana selepas ini entah bilalah pula KFC akan bermurah hati untuk promo lagi. Kata kawan saya, dek janji dengan anak murid terpaksalah dia beratur juga semalam. Dua jam!
Untuk kita-kita ini mungkin tak rela beratur dan menunggu lama sebegitu hanya untuk diskaun beberapa ringgit, tetapi saya pasti mereka yang beratur itu ada seribu satu rasional yang memungkinkan mereka sanggup berjam-jam menunggu. Tidak mengapalah. Keutamaan kita berbeza, raikan saja.
Saya sendiri pun, kali pertama menikmati KFC ialah pada usia 18 tahun. Sebelum itu hanya mampu menonton iklan di televisyen dan tertanya-tanya sendiri, bagaimanalah rasa KFC ini. Terliur usah cerita, tetapi jangan harap mahu meminta kerana sedar ayah dan dan emak memang tidak akan membelinya.
Begitulah.

Sekurang-kurangnya KFC berjaya semalam. Jika dibanding dengan McD yang memberi baucer hari guru pada tahun lepas, timbul banyak kontroversi juga. Baiklah begini, tiada yang mengambil hak siapa-siapa dan tiada siapa yang marah-marah.
Saya terliur pula nak makan KFC, tetapi belum ada ruang. Nanti-nantilah.
No comments:
Post a Comment