Saturday, February 29, 2020

Extra

Hari ini 29 Februari 2020, tarikh yang hanya muncul empat tahun sekali dalam kalendar. Jadi hari ini merupakan hari extra atau pun tambahan bagi tahun ini. Syukur alhamdulillah. Walaupun sehari, nilainya sangat tinggi.

Seawal pagi, saya santai-santai sahaja. Almaklumlah perempuan apabila uzur tentunya melepek di atas katil sampailah matahari segalah tingginya. Jam 7.52 suami pulang dari masjid bersama dua bungkus nasi untuk sarapan. Sedap dan mengenyangkan. Alhamdulillah.

Selalunya selesai sarapan suami saya akan keluar ke kedai kopi di depan sana tetapi hari ini entah kenapa kedai itu tutup. Maka beradalah dia di rumah menyebabkan saya tiada ruang untul bersantai dengan diri sendiri lagi.

Teringat yang dia ada banyak kerja sekolah yang perlu dibereskan dengan bantuan saya, yang sepatutnya kami buat malam nanti, saya terus mengajaknya untuk menyelesaikannya sekarang.

Kerja-kerja itu ialah menaip borang keberhasilan, nama murid dan tov etr, juga erph yang perlu diedit dan dicetak. Walaupun hakikatnya saya memang malas melakukan kerja sekolah di rumah, apatah lagi kerja orang lain, tetapi dek kerana dia ialah suami dan saya ini isteri, kami perlu saling tolong menolong. Saya mencuba untuk ikhlas di sini..

Selesai juga akhirnya pada jam sepuluh pagi.

Hari ini suami saya ada jemputan kenduri jadi saya seronoklah tak perlu masak! Saya meminta izin untuk ke rumah ma sementara dia bersolat Zohor di masjid nanti dan selepas dia habis kenduri bolehlah menjemput saya pulang. Alhamdulillah permohonan saya diluluskan.

Seronok pula saya pada hari extra ini, semoga Allah merahmati.

Eh! Kain belum dijemur. Saya pun belum mandi lagi. Jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment