Satu minggu ni macam-macam emotional roller-coaster ride. Plot twist dia kalah movie Avengers, masalahnya bukan takat 2 jam tapi sampai 7 hari pun tak settle-settle lagi. Sampai exhausted jadinya. Pengajaran nya, jangan percaya dengan orang politik ini, serban, doktor ijazah, ustaz, demi melayu itu semua pemanis dan alat masa hendak merayu undi. Bila time berkuasa, prinsip semua di campak ke longkang.
Dulu bukan main cerita tolak penyamun dan perompak, kini penyamun yang sama cuba di bebaskan janji di beri sokongan jadi Perdana Menteri. Ada yang dah jadi PM sampai 2 kali pula mahu lagi jadi yang ke 3, siap mahu jadi supreme leader. Bahana kuasa, apa pun boleh terjadi. Mereka bukan kisah, ekonomi makin teruk masuk ke longkang, janji dapat rampas kuasa melalui kudeta.
Kalau beginilah kemaruknya orang politik berkuasa, jangan mimpi negara hendak maju. Dia akan sampai satu tahap yang rakyat sudah muak dan tak peduli lagi apa yang hendak jadi pada negara. Saya sudah penah berfikir sampai tidor pun tak cukup. Kalau esok kerajaan penyamun dan pengkhianat naik, mungkin ada baiknya. Ramai orang Melayu, lemah daya cognitif, benda kalau kita cakap susah nak faham. Bila dah jadi depan mata baru mereka mengerti.
Masa mereka sibuk rancang kudeta, LGE, Dr Zul masih lagi sibuk berkerja siapkan stimulus ekonomi. Azmin bukan kira pun kejatuhan saham berbillion2, janji dapat kuasa. Orang yang macam ini boleh di percaya akan tingkatkan ekonomi? Tugasan pertama dia nanti hanya lah menjilat Yidin, setiap tweet mesti akan tag Yidin. Lepas tu kalau ada menteri lain punya kerja, dia akan cuba selit nama. Memang satu resepi untuk kemusnahan. Tapi tak mengapa, janji DAP tidak berkuasakan?
Link: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157021682418317&id=504573316
No comments:
Post a Comment