Kadang-kadang hari sekolah lebih memberi ketenangan berbanding cuti hujung minggu begini. Kerja di sekolah tidak sesusah kerja di rumah. Walaupun banyak, ia boleh diselesaikan dengan tenang. Tetapi kerja di rumah?
Saya masih boleh berkompromi dengan acara membasuh, menggosok atau mengemas. Walaupun malas, ia boleh dibuat perlahan-lahan dan dipilih-pilih. Tetapi memasak?
Tolonglah!
Saya cukup tidak gemar memasak, apatah lagi lauk yang bukan kegemaran saya. Kadang-kadang, masakan kegemaran pun tidak menjadi. Tekak sendiri bolehlah dipaksa telan, tekak orang?
Dahlah tak suka memasak, idea untuk memasak pun sentiasa tiada. Buntu memanjang!
Saya tidak tahu apa penyelesaian untuk masalah ini. Cepatlah hari Ahad. Saya mahu ke sekolah!
No comments:
Post a Comment