Bagi mengubati kesunyian hati Rosdi dan kesedihan Murad yang kehilangan Hayati, ayah Hayati mencadangkan agar Rosdi menikahi Hidayu, adik perempuan Hayati. Rosdi dan Hidayu menerima cadangan itu lalu bernikah. Hidup mereka bahagia dan diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki, Jojo.
Masa berlalu, setelah lebih sepuluh tahun hilang, barulah diketahui rupa-rupanya Hayati masih hidup. Dia sebenarnya hilang ingatan selepas kemalangan itu dan dijaga oleh sepasang suami isteri di sebuah kampung. Kini ingatannya sudah pulih dan dia mula mencari keluarganya.
Rosdi dan Hidayu menerima Hayati kembali ke rumah dan melayan Hayati dengan baik tetapi mereka merahsiakan perkahwinan mereka demi menjaga kesihatan Hayati yang baru pulih.
Walaupun begitu, Hidayu dan Rosdi sangat tertekan dengan keadaan. Rosdi perlu memilih antara Hayati dan Hidayu kerana mereka adik beradik, tidak boleh dimadukan. Hidup dalam satu rumah, mereka perlu berlakon seperti orang asing.
Kesudahannya, apabila rahsia tersingkap, Hayati kembali menjadi tidak stabil. Dia seperti tidak dapat menerima kenyataan dan bertindak di luar jangka. Dia dihantar ke hospital untuk dirawat kembali dan Rosdi kembali bersatu dengan Hidayu.
Tetapi sebenarnya, Hayati tidak sakit. Dia cuma bertindak begitu untuk memberi ruang kepada adik yang sangat dikasihinya itu dapat meneruskan hidup di sisi Rosdi. Hayati berkorban demi kasih yang tidak terhingga kepada Hidayu.
Tamat.
Pelakon:
Rosdi - Yusof Haslam
Hayati - Rubiah Suparman
Hidayu - Rosnah Mohd Noor
Murad - Raffi Hussin
Ayah - Idris Hashim
No comments:
Post a Comment