Arafah, 1431 Hijrah |
Salam 9 Zulhijjah dan selamat berwukuf kepada semua jemaah haji. Pada jam ini, 1:38 tengah hari waktu Malaysia bersamaan dengan jam 8:38 pagi di Arab Saudi, jemaah telah selesai berwukuf kerana 9 Zulhijjah di sana awal sehari. Sekarang mereka sudah pun berada di Mina.
Setiap kali Zulhijjah menjelang, pastinya kenangan Haji akan menyapa. Sungguh, sesiapa pun yang pernah ke sana akan sentiasa merindui suasana dan persekitarannya. Walaupun sudah empat belas tahun berlalu, segalanya jelas dan terang dalam ingatan saya.
Impian untuk berhaji lagi tidak pernah padam dalam hati saya. Mungkin seperti sukar, tetapi saya tetap berdoa agar ada ruang itu sebelum saya hilang di dunia ini. Walaupun suami saya pernah berkata, "cukuplah sekali kita pergi haji, jika rindu kita pergi umrah saja" apabila saya menyatakan hasrat saya kerana dia tidak mahu menyekat peluang orang lain, tetapi saya berharap agar nanti kuota haji Malaysia bertambah juga. Mana tahu, Arab Saudi berkenan memberi kuota sehingga 60 ribu setahun, tentu waktu itu saya boleh menyelit juga. Insya Allah.
Apa pun, haji adalah pengalaman tidak terlupakan selama hidup saya. Ia mengajar saya banyak perkara, terutama tentang sabar dan reda.
Muzdalifah |
No comments:
Post a Comment