Friday, April 30, 2010

Cuti tak jadi

Sebenarnya kami merancang untuk bercuti barang dua malam di Cameron Highlands minggu ini. Kebetulan cuti minggu ini agak panjang, iaitu Jumaat hingga Ahad kerana hari Pekerja (1 Mei) jatuh pada hari Sabtu.

Maka pagi ini, kami pun bersiaplah. Satu beg pakaian kami bawa bersama-sama kami ke kursus haji di Masjid Telipot kerana kami berhajat untuk terus menuju ke Cameron sebaik kursus selesai.

Jam 11.00 pagi, kursus tamat dan kami mula berkira-kira, hotel mana yang bakal kami inap. Dengan segera saya menelefon Cool Point Hotel di Tanah Rata bertanyakan bilik. Rupanya bilik sudah penuh untuk malam ini dan juga malam esok! Saya mencuba Rossa Passadena, jawapan sama juga diterima. Hmm, nampaknya kalau dua-dua hotel yang dikira popular ini penuh, tentu hotel yang lain pun sama juga… Saya sedikit kecewa tetapi tidaklah ralat sangat. Kami akhirnya pulang ke rumah, dan tidak jadi untuk bercuti!

Di rumah, saya masih berkira-kira untuk ke tempat lain selain Cameron Highlands. Saya hubungi Batu Buruk Beach Resort dan YT Midtown, Kuala Terengganu. Kedua-duanya juga sudah penuh. Pun saya tidak mengeluh. Mungkin kali ini kesempatan tiada kerana ruang tiga hari ini sebenarnya akan lebih berharga jika terisi dengan aktiviti lain. Hmmm… positive minded is me, right?

Akhirnya saya dan suami bersetuju untuk berada di “Villa Seri Chenok” sahaja, dan petang esok akan keluar makan-makan di Pantai Irama, Bachok. Siapa nak ikut, jom!!

Wednesday, April 28, 2010

Aminulrasyid Amzah


Entah mengapa, saya tidak dapat menahan sebak di dada hingga menangis teresak-esak sewaktu membaca berita kematian remaja 15 tahun ini yang ditembak polis dua hari lepas. Sesungguhnya saya begitu sedih, begitu terkilan dan tidak dapat membayangkan apa perasaan keluarganya.

Anak saya bukan seorang penjenayah - Norsiah

SHAH ALAM 27 April - Ahli keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah (gambar), 15, yang mati ditembak polis dalam satu kejadian di Seksyen 11 di sini awal pagi semalam, mahu pasukan itu melakukan siasatan secara telus dan adil serta tidak melindungi sesiapa bersalah.

Ibu mangsa, Norsiah Mohamad, 60, yang masih lagi sedih dengan kejadian menimpa anaknya itu, juga menegaskan bahawa anaknya bukan penjenayah seperti dilaporkan oleh media.

Sebagai seorang ibu, dia lebih arif tentang sikap dan tingkah laku Allahyarham yang bersopan santun serta menghormati orang lebih tua.

"Malah kami bukan daripada keluarga penjenayah. Saya akan berbincang dengan ahli keluarga lain bagi melantik peguam untuk tindakan selanjutnya agar anak saya mendapat pembelaan sewajarnya.

"Saya juga mahu pihak polis menjalankan siasatan telus dan tidak melindungi anggota-anggota polis peronda yang terlibat dalam insiden tersebut," katanya pada sidang akhbar di rumahnya di sini hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Seksyen 9 itu, terbunuh apabila terkena tembakan polis setelah mangsa dan rakannya yang menaiki kereta Proton Iswara cuba ditahan polis kira-kira pukul 2 pagi semalam.

Norsiah berkata, dia mendapat tahu anaknya keluar rumah secara senyap menggunakan kereta kakaknya untuk menonton perlawanan bola sepak di Seksyen 7 di sini. Namun katanya, rakan kepada anaknya yang berada di dalam kereta itu memberitahu, dalam perjalanan pulang mereka sempat membantu rakan yang kerosakan motosikal di Seksyen 2. Katanya lagi, malangnya selepas itu, kereta mereka terlanggar pula sebuah kereta Mercedez-Benz.

"Mereka panik kerana tiada lesen memandu lalu terus memecut laju menyebabkan beberapa buah motosikal mengejar kereta anak saya hingga bergesel dengan salah sebuah motosikal tersebut.

"Tiba-tiba mereka bertembung dengan sebuah kereta polis... Disebabkan takut mereka terus memecut laju dan enggan berhenti apabila diarahkan berbuat demikian," katanya.Tambahnya, polis yang mengejar kereta itu telah melepaskan tembakan dan mengenai salah satu tayar manakala satu das lagi menembusi cermin dan belakang kepala anaknya.

Katanya, keadaan itu menyebabkan anaknya melepaskan stereng kereta dan rebah ke pangkuan rakannya di sebelah, lalu menyebabkan kereta itu terus bergerak sebelum terbabas di dalam longkang.

"Oleh itu, saya meragui dengan kenyataan polis bahawa tembakan dilepaskan kerana kereta itu mengundur dan cuba merempuh anggota polis berkenaan," ujar beliau.

Seorang ahli kariah surau Seksyen 11 yang hanya ingin dikenali sebagai Abdullah berkata, kejadian tersebut memang mengejutkan penduduk kerana arwah kerap mengunjungi surau tersebut

"Dia kawan anak saya dan bukan budak rempit. Apabila polis mengesyaki arwah penjenayah, kami mengenali arwah sangat terluka dengan kenyataan itu kerana dia budak yang sangat baik, bukan seperti didakwa," ujarnya pula.

Guru Aminulrasyid yang enggan dikenali berkata, anak muridnya itu seorang pelajar ceria, mesra dan menghormati guru-guru serta aktif dalam kegiatan kokurikulum selain mewakili daerah Petaling Jaya dalam pertandingan bola sepak.

Sedih. Hanya itu yang dapat saya katakan. Hati saya yakin dia bukan penjenayah. Dia menjadi mangsa keadaan.

Semoga Allah mengampuninya.

Tuesday, April 27, 2010

Muiz masuk wad lagi...



Jam 4 petang Ahad 25/04, Muiz dan mama dan abahnya selamat pulang ke rumah tok ma. Doktor kata setakat ini Muiz ok, tetapi ujian ultrasound akan dibuat pada masa yang akan diberitahu kemudian. Temujanji seterusnya ialah pada 12hb Mei nanti.

Sebentar tadi, emak menelefon memberitahu Muiz masuk wad lagi. Kali ini kerana kuning. Harap-harap Muiz tidak apa-apa....

Ya Allah, pulihkanlah Muiz.

Sunday, April 25, 2010

Doa untuk Muiz

Sewaktu Aziah disahkan hamil, saya rasa sungguh teruja dan bahagia, dan sentiasa mendoakan agar Aziah selamat melalui tempoh sembilan bulan itu tanpa sebarang masalah. Semakin hampir tarikh melahirkan, saya semakin tidak sabar. Saya ingin sama-sama meraikan saat bahagia yang dinanti sejak 11 tahun yang lalu.

Selasa 20hb April, segala kebimbangan berakhir apabila Aziah selamat melahirkan secara normal. Bayi lelaki yang comel itu dinamakan Abdul Muiz Muttaqi dan dibawa pulang ke rumah pada pagi Rabu keesokannya.

Petang itu saya menziarahi mereka. Memang Muiz comel, dan Aziah kelihatan sihat dan gembira. Syukur ya Allah kerana memakbulkan permohonan hamba-Mu, dan memberi peluang buat Aziah menikmati kehidupan sebagai wanita yang sempurna.

Khamis 21hb April, saya tidak sempat menjenguk Aziah dan Muiz. Pagi Jumaat pula, saya menghadiri kursus haji di Masjid Telipot sehingga 11 pagi. Saya bercadang untuk menziarah mereka di rumah Ma pada petang nanti.

Tiba-tiba saya dikejutkan dengan panggilan telefon Ma pada jam 12.45 tengah hari. Ma memberitahu dia berada di hospital Kota Bharu kerana Muiz sakit. Hati saya mula tidak tenang. Ma kata, Muiz kencing berdarah dan terpaksa masuk wad. Saya ingin ke sana tapi kata Ma, tidak perlu kerana pelawat tidak dibenarkan masuk.

Hati saya benar-benar risau. Saya berdoa pada Allah agar Muiz tidak apa-apa. Saya rasa sayu sangat memikirkan perkara ini.

Hari ini, sudah dua hari Muiz di hospital. Doktor masih belum memberi apa-apa keputusan dan kami sabar menanti. Doa untuk Muiz tidak pernah putus. Semoga Muiz kembali pulih dan sihat semula. Amin...

Friday, April 23, 2010

Muiz masuk wad

Sejak tengah hari semalam, Muiz kerap menangis. Menangis seakan kesakitan. Rupanya Muiz bermasalah untuk membuang air kecil. Sedikit pendarahan berlaku dan Muiz dibawa ke hospital pada jam 10 pagi tadi.

Sekarang Muiz sudah kelihatan tenang dan dapat tidur dengan lena. Doktor telah melakukan x-ray dan keputusannya akan diketahui sedikit masa lagi.

Doakan agar Muiz tidak apa-apa dan kembali pulih.

Wajah-wajah Muiz yang diambil pada hari Rabu, 21/04 baru-baru ini.


Tuesday, April 20, 2010

Abdul Muiz Muttaqi, welcome to the world!


Tepat jam 6.40 petang, penantian selama 11 tahun berakhir dengan kehadiran Abdul Muiz Muttaqi bin Mohd Syahiman (panjangnya weh!) yang selamat diputerakan oleh adindaku Puan Noor Aziah Myiddin ditemani suami, Mohd Syahiman Samsuddin. Sayang saya tiada di sana meraikan detik-detik manis ini.

Sesungguhnya rahmat Allah itu berbeza-beza.

Semoga Muiz dewasa sebagai pejuang agama, seiring dengan Amin, Afnan, Areef dan Sufi. Kini bondaku Rahmah semakin bahagia memiliki sepuluh orang cucu - lima puteri dan lima putera.

Buat adinda-adindaku yang lain, tambahkanlah kebahagiaan bonda dengan menambahkan lagi bilangan cucunya ya!

Our Camry DAB1881



Sekadar berkongsi...



Alhamdulillah.

Akhirnya ia tiba jua!

Hari ini memang penat tetapi hati rasa puas dan gembira. Seperti yang pernah saya catat di sini sebelum ini betapa hati tergores dan jiwa kesasar dek sebuah penantian yang bagai enggan berakhir, kini semuanya selesai.

Selasa 13hb April, pihak Bank Muamalat menelefon dan mengemaskini data kami untuk urusan pinjaman kenderaan. Kami mula menghitung hari untuk menyudahkan sebuah penantian. Sangka saya, petang nanti mereka akan memanggil kami untuk menandatangani perjanjian pinjaman tetapi hampa. Kami bersabar lagi.

Esoknya, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah setelah tamat mengajar, pihak Bank menelefon kami memaklumkan permohonan kami diluluskan tetapi dengan kadar 3.4%. Kami kecewa lagi, tetapi kali ini kami tidak mahu memanjangkan cerita. Mulanya suami memaklumkan khabar ini kepada jurujual Toyota dan jurujual tersebut meminta kami jangan menandatangani lagi kerana dia akan cuba memohon kadar 3.3% juga. Lalu kami pun akur tetapi saya mula berfikir, perlukah kami menunggu dan menunggu lagi? Saya suarakan pada suami, jika kita mohon untuk kadar yang lebih rendah tentu memakan masa. Apalah sangat beza 0.1% itu jika dibandingkan dengan keinginan kami memiliki kereta yang membuak-buak ini. Suami saya menelefon jurujual itu lagi, dan dia maklumkan yang dia sudah menghubungi bank, dan bank memberitahu memang kadar tersebut sudah tidak dapat dikurangkan lagi. Lalu kami terus ke Bank untuk menandatangani perjanjian. Selesai segalanya, suami menelefon jurujual itu dan jurujual itu berjanji akan menyelesaikan segala urusan pendaftaran kereta secepat mungkin. Katanya hari Jumaat kami boleh dapatkan kereta itu.

Saya enggan teruja berlebihan. Saya jangka tentu Jumaat belum mampu menghadirkan kereta itu kepada kami. Saya rasa lebih selamat jika saya pahatkan dalam hati saya, "keretaku akan tiba pada hari Ahad."

Benarlah, Jumaat berlalu sepi dan saya tidak apa-apa.

Ahad, saya sudah tidak dapat menahan gelodak keinginan saya. Saya meminta suami menghubungi jurujual itu bertanya khabar. Malangnya tiada jawapan. Kali ini saya kecewa lagi. Berkali-kali menelefon, hanya mesin suara menjawab. Hati jadi tidak keruan. Mengapa begini? Apa yang tidak kena? Mereka ingin mempermain-mainkan kamikah? Geram juga bila tidak tahu khabar berita seperti ini.

Malam itu saya tidur bermimpikan kereta!

Isnin menjelma, saya redakan perasaan dengan enggan memikirkan perkara ini. Saya sibukkan diri (memang saya banyak kerja pun di sekolah!) dan lupa terus tentang kereta. Jam 3.45 petang baru saya menelefon suami, memintanya menjemput saya di sekolah. Sebaik dia tiba dengan Kancil buruk yang sudah penat membawa kami ke sana ke mari tanpa rehat itu, saya bertanyakan soalan cepu mas, "Camry macam mana?"

Rupanya hari ini suami saya sudah dua kali menelefon jurujual itu tanpa sebarang jawapan. Jam 2.30 petang suami saya nekad untuk ke kedai kereta itu bertanyakan apa sudah jadi dengan kereta kami. Sebelum sempat sampai, jurujual itu menghubungi suami saya memaklumkan kereta sudah sedia untuk dipandu pulang. Dia bersungguh-sungguh memohon maaf kerana tidak menjawab panggilan suami sebelum ini, kerana tidak tahu jawapan yang bagaimana harus diberi atas kelewatan yang tidak dijangka. Suami berpatah balik pulang ke rumah dan berjanji untuk mengambil kereta tersebut selepas Asar nanti.

Kelakar juga ya! Mengapa membiarkan kami tertanya-tanya sendiri? Kami cuma ingin tahu bila boleh diambil kereta itu sahaja. Kalau lambat, cakap lambat. Bukan kami nak pergi bom kedai dia pun!

Jam 5.00 petang, suami turun ke kedai kereta dan selamat pulang bersama kereta baru kami pada jam 7.30 petang. Solat hajat diadakan di surau depan rumah kami, dan suami menempah roti canai sebagai hidangan buat sahabat-sahabat di surau.

Saya yang sudah tidak sabar-sabar 'menikmati' kereta itu, mengajak suami keluar makan dan ronda-ronda kawasan sekitar. Seronok rasanya berada di atas kereta kami sendiri, yang kami tunggu sekian lama!

Sahabatku, saudaraku, aku bukan ingin berbangga dengan apa yang aku miliki. Aku bukan ingin bermegah dengan apa yang aku perolehi. Aku cuma ingin merasai kebahagiaan dan keseronokan berkongsi kenderaan yang aku idamkan sejak sekian lama, dengan suami tercinta. Kereta ini kami beli bersama, dan insya Allah menjadi lambang sebuah perkongsian kasih sayang yang akan kami jaga hingga ke akhir masa. Kami ingin meneruskan episod kasih sayang kami sampai bila-bila, biar apa pun badai yang melanda. Semoga Allah melindungi dan merahmati rumah tangga kami.

Dan kereta kami.

Amin.


Monday, April 19, 2010

Me today

It is kind of difficult to organise my thoughts to pen down anything worth reading because of my acute fatigue. Days when I could spend hours in front of my PC are probably long gone. I need more time to recover from one task to another but unfortunately time is what I don't have in abundance.

It is getting harder for me to cope with this kind of difficulties, but I hope I can manage.

Yesterday, I wrote my feeling of anxiety in my FB status. Guess what, I got a message from an old friend asking whether I am ok or not. She cares, and I'm touched...

Well, I know I have to be very smart in handling my life. As a teacher, as a wife, as a daughter, as a sister. And the most important task is as a Khaleefa in this world. I will pray for my strength, and I know Allah will always be there for me.

Why do we read The Holy Quran, even if we can't understand a single Arabic word?

This is a beautiful story.

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, 'Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Quran do?'

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, 'Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.'

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, 'You'll have to move a little faster next time,' and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, 'I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,' and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, 'See Grandpa, it's useless!'

'So you think it is useless?' The old man said, 'Look at the basket.'

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out..

'Son, that's what happens when you read the Quran. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.'

Friday, April 16, 2010

Lagu kanak-kanak

Sekarang macam dah tak ada dah lagu-lagu yang sesuai dengan kanak-kanak, kan?

Pada 1983, dunia hiburan tanah air telah mengalami satu fenomena baru apabila pasangan duet kanak-kanak Annuar dan Ellina meledakkan dunia seni suara dengan album mereka. Siapa sangka, album mereka yang berjudul "Hidup Berbudi" keluaran EMI Records mendapat sambutan yang cukup luar biasa. Saya sendiri menghafal semua sepuluh lagu dalam album itu. Saya tidak membelinya, kerana kekangan kewangan tetapi tumpang dengar di rumah rakan. Mereka pula selalu membawa kulit album tersebut yang ada semua lirik lagu ke sekolah. Apa lagi, kami menyanyi tak kira masa!

Bukan kisah Annuar Ellina yang ingin saya tonjolkan di sini tetapi pengisian lagu dalam album mereka. Lagu-lagunya sarat dengan pesanan dan panduan, bukan sekadar lagu kosong sahaja. Bila kanak-kanak menyanyikan lagu-lagu itu, secara tidak langsung ada mesej yang tersimpan di fikiran mereka.

Lagu-lagu sekarang sudah tidak begitu. Kasihan melihat kanak-kanak menyanyi lagu yang tidak sesuai dengan usia mereka.

Hidup Berpesan-pesan (Ellina)

Hidup ini tak bererti
andai kita tak berbudi
paras rupa harta benda
semuanya sementara
usah kita merasa megah

segalanya pinjam-pinjaman
tiba masa dikembalikan
yang berkekalan hanya amalan
elok kita berpesan-pesan

pohon rimbun kering kaku
daun-daun kuning layu
begitulah kita semua
bila nanti tiba masa
akhir pulang pada yang Esa


Bila Dewasa (Annuar)

Ayah ibu selalu
bertanyakan padaku
bila dewasa nanti
apa aku nak jadi
Cikguku bertanya
tanpa jawapan jua
kutanyakan diriku
masihku tidak tahu

Ho...
susah juga nak jadi dewasa
Ho...
kalau boleh nak begini saja
begini saja

Nenekku pun bertanya
aku geleng kepala
lalu ia berkata memberikan jawabnya
bila nanti dewasa
jadi orang berguna
berjasa pada nusa
berjasa pada bangsa


Lagi-lagi Kenangan...!

Hari ini, terkenang lagi zaman sekolah dulu-dulu...

1984 - Darjah enam di SK Mulong.

Betullah kata cikgu Norriha, apabila kita teringat balik masa sekolah rendah, darjah enam adalah masa paling indah dan penuh warna warni.

Kami tidak mendepani apa-apa peperiksaan besar pada darjah enam kerana telah tamat berjuang bermati-matian sewaktu darjah lima. Keputusan pun sudah diumumkan dan kami tiada apa-apa bebanan, apatah lagi tekanan. Apa yang kami alami setiap hari ialah keseronokan dan keriangan. Walaupun tiada peperiksaan besar, guru-guru tetap komited mengajar kami dan menghabiskan silibus darjah enam tanpa tergendala.

Apa yang menyeronokkan, guru-guru melayan kami seperti orang dewasa kerana hakikatnya kami sudah hampir ke alam itu. Mereka suka meminta kami membantu tugas-tugas mereka seperti menyusun buku di perpustakaan, membungkus kuih pada mesyuarat PIBG, menyiapkan lembaran markah kelas mereka dan pelbagai lagi.

Saya masih menyimpan ingatan pada guru-guru yang mengajar saya pada darjah enam. Antaranya ialah Allahyarham Cikgu Wan Yusof Wan Ali yang mengajar kami Bahasa Inggeris. Beliau sangat baik dan peramah. Mengingatinya, saya rasa rindu sangat. Dia pernah mengajar kami semasa darjah empat jadi kami sudah agak mesra dengannya. Semoga Allah mengampuni dan merahmati Cikgu Wan Yusof.

Sekitar bulan April, kami menerima kehadiran guru bahasa Inggeris yang baru iaitu Cikgu Norriha Abdul Rahman. Dia baru sahaja mendapat keputusan STPM dan sedang menunggu panggilan universiti. Seronok juga belajar dengannya walaupun dia hanya guru sementara.

Guru Matematik kami pula ialah Tn. Hj. Mahmood Bongsu. Beliau sangat rajin mengajar, dan telah mengajar kami Matematik silibus sekolah menengah! Memang seronok sangat kerana bila masuk tingkatan satu, saya sudah tahu banyak formula yang kawan-kawan saya belum tahu.

Guru-guru lain ialah Cikgu Saadiah (Sejarah), Cikgu Wan Nawang (Geografi) dan Penolong Kanan (saya lupa namanya) mengajar Bahasa Melayu.

Cikgu Naaimah Ahmad juga amat saya ingati walaupun dia tidak mengajar saya pada darjah Enam. Beliau guru Bahasa Inggeris saya sewaktu saya darjah dua dan darjah lima tetapi sewaktu saya darjah enam, dia menjadi guru perpustakaan. Kelas saya pula memang dekat dengan perpustakaan jadi saya suka melepak di sana setiap kali habis waktu sekolah. Sekolah tamat jam 12.45 tengah hari tetapi saya tidak terus pulang ke rumah. Saya dan beberapa orang rakan saya (Wan Fairoz, Amilah) akan ke perpustakaan untuk membaca buku-buku yang baru sampai. Kebetulan waktu itu banyak sungguh buku baru, dari novel melayu hinggalah buku cerita fairy tales. Cikgu Naaimah selalunya akan pulang jam 2 petang kerana dia menyiapkan urusan berkaitan perpustakaan. Jadi kami akan berada di situ hinggalah cikgu Naaimah berkata, "ok, cikgu nak balik dah!"

Waktu petang pun saya gemar ke sekolah. Saya dan kawan-kawan akan bermain 'rounders' di padang sekolah. Seronok sungguh mengenang zaman itu. Zaman yang penuh bunga, tiada tekanan kerja apa lagi tanggungjawab lain. Hanya keseronokan.

Kini, masa berlalu dan tahun 1984 hanya tinggal kenangan. Setiap kali saya melintasi SK Mulong, saya akan terbayang kembali detik-detik keriangan saya itu walaupun sudah 26 tahun ditinggalkan.


Thursday, April 15, 2010

Pesan Abang - Sudirman

Adikku muda remaja
awasi bila melangkah
wajahmu manis bak gula
pasti ramai kan tergoda
tidak dilarang kau bersuka
asal tahu kan batasnya
jangan sampai adik terlupa
harapan dan cita-cita

ibu dan ayah menaruh harapan
agar kau berjaya di hari kemudian

bila tiba waktu petang
dari sekolah kau pulang
bergalas buku di pinggang
siapa lihat tertawan
adik masih bersekolah
awas segala dugaan
adik kan ambil periksa
agar senang masa depan

tumpukan perhatian dengan sepenuhnya
serahkan selainnya kepada yang Esa

bila adik telah berjaya
abang kan turut gembira
tapi andai sebaliknya
usahlah adik kecewa
sekali adik terkandas
bukan untuk selamanya
di hati sematkan pesanan
ingat abang.... tetap sayang!!


Wednesday, April 14, 2010

Membelek kenangan

1987, saya di tingkatan tiga. Tahun yang dianggap mencabar kerana SRP menanti di hujungnya. Entah mengapa bila saya belek-belek semula kenangan kehidupan saya pada tahun tersebut, saya tidak bertemu satu saat pun perasaan tertekan dengan pelajaran. Hairan juga, padahal ayah ibu di kampung menaruh harapan tinggi. Guru-guru juga memberi semangat dan motivasi tanpa henti tetapi saya belajar dengan penuh ketenangan, penuh kerehatan dan bahagia seadanya melayari musim remaja penuh bunga! Tiada istilah tension, stress atau depressed!

Rutin saya, seawal pagi jam 7.30 beratur untuk berdoa di hadapan asrama dan berjalan beramai-ramai ke bangunan akademik. Sesi pengajian berlangsung hingga jam 2.05. Tamat belajar, kami beratur pula di dewan makan dan bila kenyang, kami pulang ke asrama untuk mandi dan solat zohor. Jam 3.30 petang waktu belajar mengaji Quran(3 kali seminggu) dan jika bukan giliran saya mengaji hari itu, saya tidur di bilik atau jika rajin, ke kelas untuk prep petang. Lepas Asar, saya dan kawan-kawan suka sekali meronda sekeliling sekolah. Berjalan-jalan sahaja, santai gitu...

Jam enam waktu untuk makan malam dan selepas maghrib kami akan ke kelas prep (8 - 10 malam). Tamat prep, solat isya' dan balik ke asrama semula untuk berehat dan bergurau senda lagi dengan kawan-kawan sehinggalah 'lights off' pada jam 11.15 malam.

Esok, rutin yang sama saya tempuhi lagi.

Hari Jumaat, kami bergotong royong membersihkan asrama dan warden akan datang memeriksa setiap asrama untuk diberi markah. Asrama terbersih dan tercantik akan diumumkan pada majlis perhimpunan dan diberi hadiah beserta piala pusingan.

Sabtu pula kami dibenarkan keluar ke bandar untuk membeli belah.

Alangkah berbeza rasanya dengan suasana pelajar di sekolah tempat saya mengajar sekarang. Mereka belum boleh berehat selepas jam 2 petang kerana ada kelas tambahan dan malam ada kelas malam pula. Sabtu pula hadir ke tuisyen berbayar.

Apakah pelajar sekarang hanya disogokkan dengan belajar, belajar, dan belajar? Kasihan pada mereka ya... tiada langsung kegembiraan meneroka alam remaja sendiri-sendiri seperti mana yang saya nikmati dulu.

Mungkin masa mengubah segalanya. Pun saya amat mensyukuri pengalaman yang saya lalui sepanjang lima tahun di sekolah menengah kerana saya bahagia dan tenang menyusun langkah menuju puncak. Tiada tekanan, kecuali semangat untuk mencipta kejayaan. Terima kasih ibu bapaku, terima kasih guru-guruku, terima kasih rakan-rakanku, dan terima kasih keluargaku. Kalian meniup semangat tanpa memberi sebarang tekanan pun. Alhamdulillah!

Tuesday, April 13, 2010

Akan tibakah Camry itu?

Ini sambungan luahan rasaku tentang penantian sebuah Camry...

Selepas berperang dengan perasaan sedih, pilu, terkilan dan sakit hati, akhirnya pada hari Sabtu lalu suamiku menyuarakan keputusannya kepada wakil jualan Toyota itu. Kata suamiku, "jika masih tidak dapat diselesaikan segala kemelut yang berlaku ini saya tidak akan meneruskan hasrat saya untuk membeli Toyota Camry. Saya boleh sahaja ke kedai Honda atau Nissan meninjau-ninjau model-model kereta mereka."

Agaknya barulah mereka rasa tercabar. Selama ini mereka menganggap suamiku tergila-gilakan sangat Toyota Camry agaknya! Jawab jurujual itu, "Eh! Jangan begitu bang! Kami akan cuba usahakan agar perkara ini selesai. Percayalah, kereta itu akan dapat dengan segera dan abang tak perlu susah hati. Yakinlah dengan kami."

Begitu sekali!

Petang Ahad, suamiku menerima panggilan dari wakil jualan Toyota itu memaklumkan segalanya telah selesai. Pertelingkahan antara dua wakil Toyota itu telah pun tamat dan suamiku boleh mendapatkan Camry itu dalam minggu ini.

Rasa sedikit lega, tapi aku masih tidak mampu untuk yakin dengan janji-janji mereka. Sukar untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan yang telah tercalar ini.

Hari Isnin, suamiku mengambil cuti rehat. Benar dia sangat letih. Letih fizikal dan juga mental. Kasihan suamiku yang seakan terperangkap dengan keadaan. Mujur dia cekal, tidak mudah melatah. Selepas menghantar aku ke sekolah, dia menuju ke syarikat jualan itu untuk bertanya dengan sejelas-jelasnya. Benarlah, Camry itu sedang menanti waktu untuk dihantar kepada kami!

Suami menghubungi aku, meminta aku menyediakan dokumen-dokumen (salinan slip gaji dan kad pengenalan) untuk proses pinjaman. Suamiku sebagai peminjam dan aku bertindak sebagai penjamin. Sekali lagi kami bernasib malang. Permohonan pinjaman kami dengan AmBank yang telah diluluskan pada Januari lalu sebanyak RM122300 dengan kadar 2.9% selama 9 tahun sudah terbatal kerana tempoh permohonan telah melebihi 3 bulan. Kami perlu memohon semula tetapi kali ini kadar sudah dinaikkan kepada 3.5%. Hmm.. nak kata apa lagi?

Mujur juga jurujual itu sudi menolong dengan menghubungi beberapa buah bank lagi dan akhirnya kami berurusan dengan bank Muamalat yang memberikan kadar 3.3%. Bila dihitung-hitung, kami kerugian hampir RM4000 atas kenaikan kadar tersebut. Jika sebelum ini ansuran bulanan kami yang dluluskan oleh AmBank ialah RM1428 sebulan, kini ia meningkat kepada RM1469. Perbezaan sebanyak RM41 sebulan bukanlah jumlah yang sedikit jika didarab dengan 108 bulan! Pun, kami redha. Rezeki kami tersurat begitu.

Tamat sekolah, kami ke bank mengeluarkan sejumlah wang untuk bayaran pendahuluan. Sebagaimana yang telah kami sepakati, kami berkongsi sejumlah RM35 000 untuk tujuan tersebut. Dengan hati yang berbunga-bunga indah (walaupun masih dalam 'mode' tidak berapa stabil) suamiku menyerahkan wang tersebut ke syarikat jualan itu. Jurujual itu meminta kami menunggu sehari dua untuk proses kelulusan pinjaman itu. Jika tiada apa-apa masalah, esok kami boleh daftar kereta itu dan Khamis nanti kereta itu boleh kami bawa pulang.

Kini, yang belum selesai ialah wang deposit sebanyak RM3 000 yang masih berada di kedai kereta Z. Suamiku menghubungi jurujualnya dan jurujual tersebut meminta suami memulangkan resit untuk diproses. Katanya, dalam seminggu dua lagi wang itu akan dipulangkan. Bila ditanya apakah wang itu akan dipulangkan seluruhnya tanpa potongan, jurujual itu hanya tersenyum dan menjawab, "harapnya begitulah!".

Aku tidak mengharap apa-apa lagi. Aku akan belajar untuk redha dengan apa sahaja kemungkinan. Pengalaman sesukar ini untuk membeli sebuah Toyota Camry 2.0G akan tetap tersimpan dalam hati. Walau apa pun hikmahnya, aku sudah serik untuk berurusan dengan kedai itu lagi kerana sehingga kini pun mereka masih tidak mampu menjawab soalan kami, "apa yang tidak kena dengan tempahan kami hingga dilewatkan begitu sekali?"

Senyuman jurujualnya memang manis, tapi tidak mampu mengubat sakit di hati kami!

Confessions of a Cikgu

A senior teacher talks about how she is fast losing her enthusiasm for the job because of the ever-increasing non-teaching chores she has to take on.

IT was recently announced that a committee, headed by Education Director-General Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, and comprising representatives from various teachers’ unions, has been directed to look into complaints by teachers on how they have been burdened with other chores instead of focusing on their primary duty — teaching.

However, it is comforting to know that the Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin, has himself said that he feels that there is a basis to teachers’ concerns. He wants the committee to thrash out problems and get back to him with sound recommendations to improve the lot of teachers in the country. The deadline? Two months.

Let’s keep our fingers crossed. Teachers are looking forward to some positive and workable recommendations from the committee.

The story below is of a teacher with 27 years of experience whom I shall refer to as Tee. Tee loves sharing her knowledge with students. She even takes pride in class projects and thoroughly enjoys the interaction with her charges.

However, over the years, she has been burdened with paper work and has been constantly called to work on Saturday and dumped with more responsibilities.


Teachers are bogged down by unnecessary paper work which leaves them with little time to focus on teaching. — File photo


Such duties which can easily be carried out by a clerk, is taking a toll on Tee, 52, who is losing her enthusiasm for teaching. It will be a shame if the country has to lose dedicated teachers like her.

A steady job

Tee was born in a small town in Selangor, and is the eldest of 10 children. Tee’s father was a lorry driver and her mother, a rubber tapper. After completing her secondary school education, she decided to teach and had applied for a place in the then teacher training college (it is now known as teacher training institute).

“It had always been my ambition to be a teacher and my parents had no objections, so long as their eldest daughter had a steady job, or as they would refer to it, an ‘iron rice bowl’ job.”

However, before that materialised, she accepted a JPA (Public Services Commission) teaching scholarship at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) to pursue a Bachelor’s degree in Science and graduated with honours in 1983. She obtained a Diploma in Education from UKM the following year.

Tee started teaching in a secondary school in Karak, Pahang and had stints in Sekinchan, Sg. Pelek and Selayang all in Selangor, before she was posted to her present school in Petaling Jaya in 2004.

“When I began to teach in the eighties in small towns, students then were very simple and they respected their teachers.
They did not seek much outside help or tuition for the subjects they were weak in, as they do today.

“At that time, their only source of knowledge and solution to their problems lay in doing the homework we gave them in school.

“As such, the the teacher-student relationhip was good. I could actually chart the personal development my students made under my tutelage. We teachers were instrumental in shaping their personality and character,” she says proudly.

Tee does not mince her words when she is asked to comment on how teaching was like, more than two decades ago.
“Those days, all I had to do was to teach, guide and to get to know my students as well as I could. If there was paperwork, it was minimal.

“If you look at students today, you can see that, because of their exposure, they are more knowledgeable. They have higher expectations and demand more from their teachers. I even feel that some of them are very egotistical.”

There’s one aspect of her job that Tee feels has changed for the better — preparing and setting examination questions.
“It was a more difficult task back then, but now, with the advent of numerous workbooks, the computer and educational DVDs, the job has become so much easier.”

I ask her if she is satisfied being a teacher.Tee thinks hard before responding.

“When I first began teaching, my salary was very low but I was a happy teacher. Today, my salary is much higher, and rightfully I should be happy, but I am not.”

“The clerical work I have to do, is becoming unbearable. You see, as a Mathematics teacher, I already have a lot of preparation, planning and marking to do.

“Now, on top of that, there are many other deadlines to be met. All parties, including parents, the principal, colleagues and students have high expectations.”

As a ketua bidang (head of department), life at school is even more stressful for Tee.

She is in charge of several academic programmes and for her, the documentation and filing she has to oversee, is literally back-breaking.

At 52, and with menopausal symptoms, particularly hot flushes, plaguing her, Tee’s sentiments about school have not changed.

In fact, for the first time in her teaching career, she was stressed and worried when the new school year began in January.
“I was anxious about my work and the ever-increasing responsibilities for the entire year. Could I take all this and more for another year?” she asks with a frown.

Tee tells me of an ex-colleague who had just passed away due to breast cancer, and of another one, who was currently undergoing treatment for uterine cancer.

When Tee herself went for a mammogram recently at the University Malaya Medical Centre (UMMC), she was startled to hear from a nurse at the Radiotherapy Department that nine out of 10 patients undergoing chemotherapy at the hospital were teachers.

“Do you think it’s caused by stress?” she asks.

I found her question disturbing to say the least. Can it be?

Blank expressions

“You know,” she tells me, “I also find myself thinking a lot about my students these days. Sometimes, when I see ‘blank expressions’ on their faces, especially from those who are academically weaker, I wonder to myself ‘Why are they here? What do they feel about having to learn something that is not relevant to their daily life?

“For some of them, Mathematics is such an alien subject that even I begin to wonder what I am doing with them. On top of that, I feel that students today have to learn too many subjects and this makes life very challenging for the weaker students.”

Tee is of the opinion that the Government should set up more vocational schools to provide living skills training to this group of students.

“At least then we can help produce our own skilled workers, rather than having to import them.”

Tee feels that these days, she is more like a clerk doing paperwork instead of spending time giving personal attention to her academically-challenged students.

“Just think. Each class has about 30 to 40 students, so to be efficient, one has to have classroom management skills too. With the type of students we have, it is no easy task managing them. Many young teachers are afraid when they have to enter a classroom.”

Tee also regrets that with her increasing workload, she has little time to mentor and guide young teachers at her school.
“These teachers lack experience badly, and I feel they need to be guided for at least a year.

“With senior teachers being bogged down with non-teaching duties, there is hardly any time to develop a young teacher’s potential, or help boost their self-confidence.

“Often, they just get thrown into the deep end of the pool and unlike us — the teachers of the older generation, who had so much more grit and resilience — this group of young teachers take a longer time to adjust and cope.”

Tee tells me that despite being graduates, many of them lack communicational skills.

“For the teaching of Science and Maths in the higher forms, young teachers simply aren’t competent in the language of instruction.

“Students then start complaining and parents start calling up the school demanding an explanation.”

Tee shakes her head. “If I’m given the choice today, I don’t think I’ll choose to be a teacher anymore. I’m not against teaching; I enjoy being with my students. In fact, I’m at my happiest when I’m in the classroom. But our job today isn’t just to teach and deal with students, is it?”

“Don’t get me wrong. In class, I still do all I can for my students. I know they view me as a stern person because I follow the rules and I mean business when I am teaching them. I’m a hardworking and responsible teacher.

“I do sometimes crack a joke or two, and we all laugh together. Sometimes I tell them stories about my difficult childhood and how I had to be like a mother to all my younger siblings — how I had to act responsibly even when I was just a teen and the amount of housework I had to do and how difficult life was for me.

“I know my students admire me for the determination I have shown through the years to make something of myself. We have a good relationship – my students and I. I am firm but kind. I even treat them with sweets and chocolates.”

Tee also shares with me what she thinks about her relationship with her students.

“Oh, without question - they are very bold, talkative and not as disciplined. They want to be treated as friends rather than as students. In class, they are quick with their comments and remarks.

“In fact, I get aggravated when my students are rude or indifferent.

“But, personally, I’m a cheerful person so I do let down my guard once in a while and have some fun with them. As a teacher, I realise that they have needs that I must meet.

“For their sake therefore, I have to be prepared mentally and emotionally, as well as be sound in my own knowledge, especially in the subject that I teach. So far, that has not been a problem with me.

“When they tell me that I’m the best Additional Mathematics teacher they’ve had, I feel truly rewarded.

“When they get good results in Maths, some of them have even hugged and thanked me for being their teacher.

“I like getting positive feedback from my students, and I must admit that I feel young because I’m always surrounded by them.

“So, you see, it’s not the teaching part I don’t like. It’s the other chores that get me down.”

I ask Tee what is the best compliment she has received as a teacher. She is wistful, but her answer moves me as it still does her.

“One of the happiest moments in my life was when a mother thanked me for helping her son to be a cheerful, confident young man.

“The mother told me that her relationship with her son had improved tremendously because of me. It felt very good that I had such an effect on someone’s life.”

Does Tee have any advice for young teachers?

“Be committed, be knowledgeable and be prepared for what you are supposed to do. Always remember that if you want your own children to be taught by good teachers, then be a good teacher to the children of others. What goes around comes around.”

On a serious note, Tee is already thinking of applying for optional retirement next year simply because of the ever-increasing non-teaching chores.

Monday, April 12, 2010

Ain Aliah, Selamat Ulangtahun!



Sabtu, 12hb April 2003.

Pagi lagi emak menelefon, memberitahu kakak iparku Kak Zaiha sedang berada di wad bersalin HUSM. Sebenarnya Kak Zaiha on call malam tadi. Dia tidak pulang ke rumah sejak Khamis lagi dan sudah pun menyediakan segala kelengkapan yang perlu jika tiba-tiba dia sakit bersalin sewaktu bertugas. Dan itulah yang berlaku. Kak Zaiha meminta rakan setugasnya menelefon emak dan emak pula menelefon aku.

Dengan suamiku sebagai pemandu, kami bertolak ke hospital pagi itu. Setiba di sana, kami hanya menunggu beberapa ketika sebelum rakan Kak Zaiha memaklumkan yang Kak Zaiha sudah selamat bersalin. Lega rasanya dan kami terus menuju ke biliknya di tingkat 8 Timur. Memang selesa tempatnya kerana sebagai doktor di hospital itu, Kak Zaiha diberi keistimewaan untuk berada di dalam bilik yang privasi.

Bayi comel itu kelihatan kecil sekali. Lahirnya seberat 2.85 kg, dan begitu nyenyak tidurnya. Aku memang mudah tersentuh melihat bayi yang baru lahir. Entah kerana kekuranganku, atau kerana kekagumanku dengan kuasa al-Khaliq, atau mungkin kerana kesucian bayi itu yang masih belum dicemari titik-titik noda dunia. Mataku berkaca, hatiku berdoa. Ya Allah, Engkau jadikanlah bayi ini hamba-Mu yang mulia, di dunia dan di akhirat.

Kini sudah tujuh tahun bayi yang diberi nama Ain Aliah itu menjenguk dunia. Sudah sunti, sudah petah berbicara malah bijak pula bermain kata. Kami berkongsi tempat yang sama - sebagai anak kedua. Anak kedua yang sering dikaitkan dengan unsur air - sejuk dan menyejukkan!

Biar pun hubungan sekadar anak saudara, kasih tertumpah buatmu Ain lebih daripada itu. Sesuai dengan panggilan Umi, aku menganggap Ain (dan semua anak saudaraku) sebagai anakku sendiri. Mereka bebas menggauli aku, sebagaimana bebasnya mereka menggauli ibu bapanya.

Ah.. rindu pula rasa hati pada anak-anak saudaraku ini!

Ain, selamat ulangtahun. Umi doakan semoga dewasamu bersama rahmat Ilahi, kasih-sayang keluarga dan kemuliaan di dunia dan di akhirat.

Thursday, April 08, 2010

Camry oh Camry!!!

Bukan niat nak men'condemn' siapa-siapa, sekadar luahan perasaan sahaja!

Akhir Disember 2009, setelah berbincang dan mempertimbangkan dari pelbagai segi, saya dan suami bersetuju untuk menukar kereta kami kepada sebuah kereta yang lebih besar dan selesa. Pilihan kami waktu itu ialah Toyota Camry 2.0G berwarna hitam yang berharga RM154 990. Atas saranan sahabat suami saya, kami menuju ke sebuah syarikat kereta yang terletak di bandar Kota Bharu. Berurusan dengan jurujualnya, Z, kami diberi kesempatan meninjau-ninjau kereta idaman kami itu dan sangat berpuas hati dan berminat dengan segala spesifikasinya. Hati rasa tidak sabar untuk memiliki kereta tersebut tetapi Z yang lembut dan bersopan itu memaklumkan stok kereta Camry 2010 hanya akan tiba pada bulan Februari nanti.

Dengan membayar wang tempahan RM3000, kami bersabar menunggu tarikh ketibaan kereta kami ini. Dalam hati sudah terbayang-bayang untuk pergi bercuti dan berehat ke tempat-tempat peranginan dengan kereta baru! Sementara itu, kami menggunakan kereta Perodua Kancil yang sudah berusia 12 tahun untuk bergerak ke sana ke mari.

Tiba Februari, kami menelefon Z tersebut bertanyakan kereta kami. Malangnya stok belum tiba. Dia minta kami bersabar untuk beberapa waktu lagi.

Kebetulan seorang guru wanita yang mengajar di sekolah yang sama dengan suami saya memberitahu, dia juga menempah sebuah Toyota Camry 2.oG berwarna hitam di sebuah syarikat kereta yang lain. Lalu kami pun sama-sama menunggu dan tentunya berharap kereta kami akan tiba dahulu.

Apa yang berlaku, pada Mac baru-baru ini guru wanita tersebut telah pun menerima Toyota Camrynya, sedangkan kami masih ternanti-nanti. Memang kami rasa sangat tidak senang dengan syarikat kereta kami, tapi tidak mengapalah, mungkin tidak berapa lama lagi kereta kami pula menyusul.

Hendak dijadikan cerita, seorang teman suami pula memaklumkan sahabatnya yang juga menempah Toyota Camry sekitar awal tahun ini sudah pun menerima kereta tersebut. Kali ini kami rasa amat kecewa. Apa yang tidak kena sebenarnya sehingga orang yang menempah lebih lewat dari kami terlebih dahulu mendapat kereta itu?

Suami saya menelefon Z, dan meminta untuk berurusan dengan bossnya tetapi bossnya pula tiada. Hati sudah rasa tidak senang. Suami memberitahu Z jika kereta masih belum tiba sekitar April ini, dia ingin membatalkan tempahan dan berurusan dengan syarikat lain pula. Z bersetuju sahaja.

Semalam, seorang rakan memberitahu ada sebuah Toyota Camry 2.0G di kedai A dan suami terus ke sana untuk bertanya. Selepas berbincang beberapa ketika, mereka setuju menjualkan kereta tersebut kepada suami saya. Suami memaklumkan kepada boss kedai Z yang dia ingin membatalkan tempahan di kedai Z. Bossnya bersetuju sahaja dan tidak banyak bertanya.

Hari ini, pulang dari sekolah suami terus ke kedai A untuk menguruskan pembelian Camry itu. Segalanya berjalan lancar sehinggalah petang tadi, jurujual di kedai A memaklumkan boss Z menelefonnya dan marah-marah kerana mengambil pelanggannya (suami saya). Katanya tindakan mengambil pelanggan syarikat lain seperti itu tidak beretika dan dia minta pulangkan pelanggannya! Aduh... mengapa begini? Mengapa susah sangat kami nak dapat sebuah kereta baru?

Jurujual kedai A memberitahu lagi, Camry tersebut akan di hantar ke kedai Z dan suami saya kena berurusan di sana. Sekali lagi kami rasa tidak senang. Mengapa jadi begini? Kami sungguh tidak faham!

Dalam keadaan yang bercelaru dan keliru ini, suami saya memaklumkan kepada jurujual A, jika dia perlu berurusan di kedai Z, dia akan membatalkan tempahan ini. Biarlah tidak dapat Camry pun, daripada mendepani situasi yang sesukar ini!

Entahlah, mungkin Allah nak uji kesabaran kami, kewarasan tindakan kami juga keikhlasan hati kami. Kali ini saya memberitahu suami, batalkan sahaja tempahan itu. Mungkin Camry bukan rezeki kita. Banyak lagi kereta jenama lain di luar sana yang boleh kita beli!

Hmmmmm...

Sunday, April 04, 2010

Salam Ulangtahun Suamiku!


Hari ini, 45 tahun yang lalu dia - Rosdi bin Salleh - dilahirkan di kampung Batu 8, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan. Lahir sebagai anak ketiga dan satu-satunya anak lelaki dari lima orang adik beradik. Bapanya Salleh Ahmad hanya seorang petani dan ibunya, Siti Ra'ana Omar suri rumah yang ada waktu-waktunya membantu suami di kebun. Mempunyai dua orang kakak - Rohaizan dan Rohaini, serta dua orang adik perempuan - Rohaimah dan Norhafizah. Membesar dalam keluarga yang tergolong susah menjadikan dia seorang yang bersemangat tinggi untuk mengubah suasana keluarganya.

Dia menerima pendidikan awal di SK Kor dari tahun 1972 hingga 1977, dan meneruskan pengajian menengah di SMK Kadok dari 1978 hingga tamat SPM pada 1982. Dia meninggalkan SMK Kadok dengan kenangan paling manis dalam sejarah pengajiannya kerana muncul sebagai satu-satunya pelajar yang mendapat gred 1 dalam SPM 1982 lantas melayakkannya menyandang gelaran pelajar terbaik. Seterusnya dia meneruskan pengajian tingkatan 6 di SMK Ismail Petra, Kota Bharu.

Selesai menduduki STPM pada hujung tahun 1984, dia mencuba memohon untuk belajar di Maktab Perguruan menggunakan sijil SPMnya. Nasib menyebelahinya dan diterima ke Maktab Perguruan Kota Bharu, Pengkalan Chepa sebelum keputusan STPM diumumkan. Dia mendaftar ke Maktab tersebut pada Januari 1985.

Mac 1985, keputusan STPM diumumkan dan dia berjaya mendapat 4P. Keputusan itu membolehkan dia memohon untuk belajar di universiti tetapi statusnya sebagai pelajar maktab perguruan menghalang dia. Ada sedikit rasa terkilan di hati, tetapi dia meneruskan pengajian di maktab sehingga tamat pada 1987.

Januari 1988 dia ditempatkan di SMK Ahmad Shah, Cameron Highland dan bertugas sebagai guru Geografi sehingga Jun 1993. Dek kerana impian untuk menggenggam ijazah masih terpahat di hatinya, dia memohon untuk cuti separuh gaji dan menyambung pengajian dalam bidang Pendidikan di USM Pulau Pinang pada 1993. Alhamdulillah, dia berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan dan menerima ijazah secara rasmi di majlis konvokesyen USM 1997.

Sebaik tamat pengajiannya, dia ditempatkan sebagai guru Bahasa dan Pengajian Am di SMU(A) Rahmaniah, Kuala Krai pada Mei 1997.

Dalam usia 32 tahun, dia mula menginginkan kehidupan berkeluarga. Lalu disuarakan hasrat mencari pasangan hidup kepada rakan dan sahabat-sahabatnya. Ramai yang memperkenal dan mencadangkan beberapa orang calon, tetapi tiada satu pun yang menjadi.

Akhirnya, ibu tersayang pula bertanya, "Betul ke nak cari isteri ni?" Dia mengesahkan hasrat yang terpendam kepada ibunya dan ibunya mencadangkan dia untuk 'melihat' anak gadis jiran sebelah!

Dipendekkan cerita, rupanya jodohnya hanya di sebelah rumah.. iaitu diriku ini, hehe... 27 Disember 1997 kami ditunangkan dan 2 Januari 1998 kami dinikahkan dalam majlis yang sangat ringkas. Benarlah, jika sudah jodoh segalanya menjadi sangat mudah dan pantas. Kenduri kami dilangsungkan pada 19 Februari 1998, serentak dengan majlis menyambut Kak Zaiha, isteri abang Lutfi.

Kini, sudah 12 tahun 3 bulan kita hidup bersama sebagai suami isteri dan sudah 13 kali hari lahir kita raikan bersama-sama (kadang-kada ada hadiah, kadang-kadang wak dekkk je...!) Alhamdulillah setiap rintangan, cabaran dan dugaan berjaya kita harungi dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang. Semoga hari-hari mendatang akan menjadi semakin indah bersinar, cerah terang benderang dipenuhi rahmat Allah, dan rezeki yang murah biarpun wajah kita makin berkedut dimakan usia.

Salam ulangtahun ke-45 buat suami tercinta. Semoga Allah merahmatimu....




Saturday, April 03, 2010

Cokelat oh cokelat!!

Tak pernah lagi selama saya hidup di dunia ini saya menghabiskan duit sampai beratus-ratus ringgit hanya untuk cokelat! Tetapi ini berlaku ketika di Langkawi baru-baru ini. Saya membelanjakan lebih RM200 hanya untuk membeli cokelat! Dan bila pulang ke rumah, saya rasa masih belum cukup dan menyesal kerana tidak beli lebih banyak kerana selepas saya bahagi-bahagikan kepada saudara mara sahabat handai jiran tetangga, cokelat saya tinggal sikit sahaja. Uwaaaaa!!!
Rupa-rupanya memang seronok beli cokelat di Langkawi ya! Harganya yang murah menyebabkan kita tak berkira langsung. Kebetulan pula saya sangat sukakan cokelat.

Ini dia antara cokelat yang saya beli.



Buat adik-adikku yang nak makan cokelat, setakat ini saya masih menyimpan bahagian anda tetapi tidak berapa berani nak jamin adakah simpanan itu akan kekal tersimpan sehingga anda semua pulang kerana saya ini jenis tidak tahan godaan! Haha!


Pulau Mahsuri

Assalamualaikum. Selamat pagi Sabtu.

Sudah dua malam tidur dengan lenanya di rumah, selepas dua malam tidur dengan tidak selesanya di atas bas. Perjalanan ke Langkawi pada malam Selasa baru-baru ini agak tidak selesa kerana sudah lama tidak tidur atas bas. Walau bagaimanapun, tidur tetap tidur.....

Rombongan ke Pulau Langkawi yang saya sertai ini ialah anjuran Kelab Guru SMK Kadok yang diketuai dengan jayanya oleh Pengerusi Kelab Gurunya, En. Rosdi Salleh (suamikulah!). Sudah sebulan lebih beliau bertungkus lumus menyediakan segala yang diperlukan bagi memastikan program ini terlaksana dengan baik dan lancar. Maka malam ini bermulalah perjalanan kami ke sana, disertai 38 orang guru dan keluarga, termasuk Puan Pengetua yang sangat baik hati.

Kami tiba di jeti Kuala Perlis pada jam 7 pagi dan menaiki feri jam 8 pagi ke Pulau Langkawi. Laut yang tenang begitu menyamankan dan sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan tayangan filem "Adnan Sempit" tetapi tak sempat habis pun. Lebih kurang jam 9.25 kami tiba di Pulau Langkawi dan bas telah sedia menunggu. Kami dibawa ke tempat pemprosesan gamat untuk melawat dan membeli belah, sebelum dibawa ke restoran untuk mengisi perut! Memang kelaparan sungguh kerana belum sarapan. Jadi kami makan dengan penuh berselera sekali.

Selesai makan, kami dibawa ke Makam Mahsuri dan Padang Matsirat. Seterusnya pada jam 2 petang kami dibawa ke tempat penginapan kami iaitu Hotel Region dan acara berikutnya ialah tidur!! Hehe.. sebenarnya semua sudah kepenatan, maka acara sekarang ialah bebas.

Jam 4 petang, saya dan suami mengambil teksi untuk ke bandar Kuah. Di sana kami meronda-ronda sambil membeli sedikit sebanyak. Terserempak juga dengan beberapa orang sahabat guru dari SMK Salor yang juga mengadakan rombongan ke sini. Memang Pulau Langkawi dipenuhi pelawat-pelawat dari Kelantan sahaja kerana cuti Keputeraan Sultan Kelantan yang agak panjang. Selain Kadok dan Salor, Naim lilbanat juga ada di sini.

Jam 5.30 petang, rakan lama suami - Ustaz Fauzi - yang sudah tiga tahun tinggal di Langkawi kerana bertugas di sini mengambil kami dengan Toyota Wishnya untuk meronda-ronda pulau lagenda ini. Isteri dan anak-anaknya juga turut serta. Kami dibawa ke Pantai Pasir Hitam, Tanjung Rhu dan makan malam di rumahnya. Lepas Maghrib, kami dihantar pulang ke hotel. Saya meneruskan agenda dengan menonton tv sementara suami keluar lagi, kali ini bersantai dengan guru-guru lelaki di kedai kopi! Jam 11 saya sudah lena dan tidak sedar langsung suami saya pulang pada jam 12.30 malam!

Esoknya, selesai solat subuh, kami mengemas dan bersedia untuk check out. Bas tiba jam 8 pagi untuk 'mengangkut' kami ke destinasi seterusnya. Tempat pertama semestinya kedai makan sebab kami sedang kelaparan semuanya! Selesai sarapan kami dibawa ke tempat kereta kabel, underwater world dan idaman suri. Jam 2.00 petang, kami ronda-ronda dan makan tengah hari di bandar Kuah sebelum dibawa ke destinasi terakhir kami iaitu Dataran Helang, dan akhirnya ke jeti.

Jam 4.00 petang kami menaiki feri untuk pulang ke Kuala Perlis dan jam 5.20 tiba di sana. Kami solat zohor dan asar di masjid simpang empat Perlis, berhenti makan di Pekan Rabu dan solat maghrib dan isya di Gurun.

Alhamdulillah, kami selamat tiba di rumah pada jam 5.30 pagi Khamis.

Selamat tinggal Langkawi. Ada umur jumpa lagi...