Penawar Untuk Sara - Suria Matilda (Jelita Nov 2002)
Telah kusiapkan satu daerah paling sunyi
dalam hati ini untuk kau isi
sebagai isteri
untuk kaupenuhi dengan kemuliaan seorang wanita
untuk kauberi erti dengan kelembutan
untuk kauhargai dengan kasih sayang
Klik. Lagu yang berkumandang itu tiba-tiba terhenti. Aku menjenguk dari pintu kamar yang separuh terbuka dan sempat melihat kelibat Ina terburu-buru menuruni tangga. Adikku yang satu itu, sejak akhir-akhir ini bagaikan mempunyai hobi yang baru. Menutup radio setiap kali lagu itu berkumandang!
Pintu kamar kututup. Di luar sana semuanya tidak lagi seperti dulu. Dunia pun mengkin sudah tidak lagi berputar pada paksinya. Senda dan tawa tidak lagi kedengaran di rumah ini. Hanya sunyi dan sepi. Wajah manis Ina kini sudah bertukar murung. Sinar matanya yang bercahaya dan ceria kini redup dan mendung. Mama juga kian kurus dan cengkung. Ah, hanya aku yang tidak berubah di sini. Hanya aku yang masih kekal sebagai diriku. Tetap menjadi Sara yang dahulu.
Sara yang pernah Adi cintai dan sayangi. Sara yang meniti remaja bersama Adi, juga berkongsi kedewasaan bersama-sama. Bukankah dari dulu Sara dan Adi tidak boleh dipisahkan? Seperti usikan teman-teman, kalau mendengar tawa Adi, pasti Saralah sedang bercanda dan kalau terdengar tangis Sara, pasti Adilah dilanda duka. Masih ingatkah Adi pada jalan kenangan itu?
Masihkah Adi ingat pada kasih yang pernah kita kongsi? Pada kebahagiaan yang pernah kita miliki? Rumah mama yang sering meriah setiap kali kita pulang bercuti, kini kosong dan sangat sepi. Mereka lebih berduka daripada aku Adi! Dan kalaulah kautahu kesan keputusanmu itu kepada kami, kepada rumah ini, kepada dunia sekeliling kami, pastinya tak mungkin kaulakukan. Aku pasti kau akan menimbangkannya seribu kali, kerana Adi tidak pernah kejam kepada sesiapa pun apalagi kepada Sara yang pernah Adi cintai. Masihkah Sara Adi cintai?
Kalaulah Sara masih Adi cintai, mengapa semudah itu Adi kuburkan segala janji? Mengapa hanya setelah dua tahun kita abadikan kasih sedekad dengan ikatan ini, ia tiba-tiba luput dari hati Adi? Apa dosa Sara kepada Adi? Di mana salah Sara di mata Adi? Sara sendiri tidak tahu kerana Adi sendiri tidak sudi memberitahu. Sara tidak mungkin akan tahu kerana Adi pergi begitu sahaja. Meninggalkan Sara tertanya-tanya.
"Adi akan cuba balik pada hari jadi Sara. Adi janji," katanya ketika mengucup keningku. Tangannya menggenggam tanganku.
"Bawa hadiah sekali!" ucapku dalam tawa, mencium tangannya.
"Nak Adi ke nak hadiah?" Tanyanya mengerut kening. Mama dan Ina tersenyum melihat gelagat kami.
"Nak hadiah!" Jawabku mengusiknya.
"Kalau macam tu, biar hadiah sajalah yang balik!" Katanya pura-pura merajuk.
Aku melambai hingga Satria GTi itu hilang dari pandangan. Hari itu 24 September 1999. Seminggu lagi hari jadiku. Dan sebagaimana janji lain yang tidak dia tepati, janji untuk kembali pada hari jadiku turut dia mungkiri. Berpusing-pusing aku mencari jawapan. Mengapa senekad itu keputusan Adi?
Semalaman aku menggosok pakaiannya untuk kursus yang dikatakan seminggu itu. Yang ini untuk Adi pakai hari Isnin, yang itu untuk Selasa, dan yang itu pula untuk Rabu. Nyata segala-galanya dusta. Dia mendustai segala-galanya! Dia pergi sudah berbilang Isnin, berbilang Selasa. Sudah berbilang minggu dan sudah berbilang bulan. Pakaian yang kususun teratur di dalam beg bimbitnya itu pasti tidak mencukupi. Dia pastinya tidak memerlukan pakaian itu sama sekali. Pastinya semua itu hanyalah untuk mengaburi mataku.
Patutlah dia ingin benar aku pulang ke rumah mama sepanjang peninggalannya itu. Ah, kononnya bimbangkan keselamatanku berada di rumah berseorangan sepanjang ketiadaannya. Liciknya dia merancang semua itu, sehingga sanggup memandu lewat malam dari Kuala Lumpur ke Kuantan untuk menghantarku ke rumah mama dan berpatah balik semula awal pagi esoknya. Katanya demi kasih padaku! Naifnya aku kerana kasih padanya! Dan kasih padanyalah yang masih kurasa. Tiada dendam, tiada benci. Hanya kasih padanya yang semakin mendalam. Semakin mendalam.
Mungkin benar ingatan mama kepadaku dulu ketika papa meninggalkannya kerana seorang wanita lain. Katanya, perempuan walaupun mempunyai ramai kekasih pada zaman gadis, akan tetap setia pada seorang lelaki apabila bergelar isteri. Tetapi lelaki, bagaimana sekali pun setianya kepada seorang gadis ketika bergelar kekasih, tidak dapat menjanjikan kesetiaan yang sama kepada seorang isteri. Apakah Adi juga seperti lelaki-lelaki itu? Apakah Adi juga seperti papaku?
Pastinya Adi juga begitu. Pastinya sudah ada perempuan lain menggantikan Sara di hatinya. Pastinya perempuan itu lebih disayangi sehingga Sara sanggup Adi lukai dan lupa segala janji. Janji untuk melindungi Sara sehingga ke akhir hayat. Kata Adi, hanya kuasa Tuhan yang mampu memisahkan Sara dan Adi. Kini hanya setelah dua tahun kita layari hidup bersama, Sara Adi khianati.
Benarlah juga kata mama, perempuan tidak mudah keluar dari perkahwinannya meskipun ada seribu faktor dalaman yang menolak, tetapi lelaki sanggup, meskipun hanya kerana satu faktor luaran yang menarik! Hanya kerana satu! Seperti papa, pastilah faktor yang satu itu juga yang merampas Adi daripada Sara. Pastilah perempuan jalang itu!
"Mama, Sara nak balik KL esok," jeritku pada mama ketika kami menghadap hidangan makan malam. Mama tersentak. Dia kemudian tunduk memandang nasi di pinggannya.
"Sara nak ambil balik GTi tu, itu kereta Sara. Adi belikan untuk Sara. Sara tak rela Adi usung perempuan lain di dalam kereta Sara. Sara akan ambil balik kereta tu." Aku hentakkan camca di tangan pada pinggan nasiku. Berterabur nasi di atas meja.
Ina yang sebelum itu pura-pura tidak mendengar, terus bangkit dari kerusinya dan berlari memanjat tangga. Aku mendengar pintu kamarnya terhempas kuat. Apakah dia juga seperti mama, sering tidak bersetuju apabila kuungkit tentang perempuan jalang itu? Ah, mama, dia pastinya perempuan jalang. Kalau dia perempuan baik pastinya rumahtangga Sara tidak dia rosakkan.
Dan malam itu seperti malam-malam sebelumnya, aku berdiri lagi di tingkap kamarku yang terbuka menatang dingin angin malam. Cahaya bulan menyuluh bangku bambu di bawah pohon ceri di halaman dan mataku terpaku di situ. Ia tempat kegemaran Adi kalau sesekali kami pulang ke rumah mama. Adi gemar sekali memetik gitar dan mengalunkan suaranya yang lembut dan romantik di situ. Aku akan selalu ingat lagu "Permata" nyanyian Kopratasa ysng kini bagaikan fobia untuk Ina mendengarnya.
(Bersambung)

Mohon diletakkan nama penulis asal 'SURIA MATILDA' di entri ini... Ia diletak tanpa memberi kredit knp penulis asal seolah2 karya anda!
ReplyDeleteSalam Saudari Suria, saya mohon maaf atas kelalaian saya itu. Saya ada menyebut cerpen ini dipetik dari Majalah Jelita Nov 2002 di shoutbox saya, tapi sudah terkebelakang. Maaf kerana tidak peka. Sebenarnya saya tidak menyangka blog ini dibaca ramai, ia lebih kepada blog keluarga sahaja. Kerana itu saya sedikit cuai. Harap maafkan saya....
ReplyDeletePuan Noor... Maaf jugak sbb saya tak tau Puan ada tulis di shoutbox... Sebenarnya saya agak emosional pasal cerpen ni sbb sebelum ni ia pernah diciplak oleh seorang penulis dr Sabah & karya ciplak itu telah disiarkan pula oleh majalah Jelita tahun berikutnya... Apapun, tq kerana berminat utk mengabadikan cerpen itu di blog puan... Selamat maju jaya..
ReplyDeleteTidak mengapa, saya faham. Lagi pun memang kesilapan saya yang tidak peka. Apa pun, saya memang gemar cerpen ini dan membacanya berkali-kali. Cerpen yang sangat menyentuh hati dan bahasa yang indah sekali. Teruskan berkarya, semoga sukses..
ReplyDelete