Situasi I (di KFC)
- Selamat petang kak. Nak makan sini ke?
- Ya, makan sini. Bagi akak snack plate dua ya.
- Kak, kita ada offer. Kalau kak ambil dua dinner plate, harga dia sama saja dengan dua snack plate. Akak
dapat enam ketul ayam. Untung kak.
- Ya ke? Tapi enam ketul banyak sangatlah, tak habis nanti... Tak pe, bagi je snack plate dua.
- Ok kak.
Situasi II (di pasar)
- Makcik, kangkung ni berapa?
- Dua ikat seringgit. Tapi anak ambil tigalah..
- Tak apalah makcik, tiga banyak sangat. Dua pun cukup.
Banyak lagi situasi yang lebih kurang sama saya alami. Selalunya begitulah, bila hidup cuma berdua, tak perlu sangat membeli dalam kuantiti yang banyak. Orang bagi offer pun tak sudi. Bagi percuma pun menolak!
Bukan menolak rezeki sebenarnya, tetapi enggan membazir. Jika saya ambil dua dinner plate, saya dapat enam ketul ayam pada hal saya dan suami cuma berdaya habiskan dua ketul seorang sahaja. Yang dua ketul lagi tu apa cerita? Simpan esok? Tentu dah berubah rasa, kan? Lainlah jika kami bertiga, tentu sedang elok dengan enam ketul ayam goreng itu.
Kes kangkung itu pun sama juga. Kangkung kan tak boleh simpan lama, cepat layu. Buat apa beli banyak kalau dua ikat pun saya dah boleh masak empat kali! Makcik tu faham agaknya, jadi dia beri saya percuma sayur lain - lada hijau, cili padi dan tomato.Terima kasih...