Sejak 2008, saya menggunakan telefon ini sepenuhnya. Pernah beberapa kali saya beli telefon yang baru tetapi K660i ini tidak mampu saya tinggalkan. Ada keistimewaan yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Ia banyak memberi kemudahan dan saya selesa dengannya.
Saya mampu berinternet dengannya tanpa masalah. Facebook, blog, apa sahaja. Mengambil gambar juga amat mengujakan, dengan kualiti yang superb. Walaupun tanpa flash dan cuma 2.0 MP, saya sentiasa berpuas hati dengan hasilnya. Lagi, beratus-ratus lagu ada di sini. Ya, saya penggemar muzik jadi membawanya bersama-sama saya adalah satu kemestian. Bunyinya juga bagus, tiada masalah. Oh ya, aplikasi permainannya juga menarik. Malah, saya mampu memuat turun permainan-permainan percuma dari laman web Sony Ericsson.
Masa berlalu, menjadikannya semakin berusia. Kini, mengecajnya sahaja memakan masa berjam-jam. Baterinya sudah saya ganti baru tetapi tetap gagal berfungsi dengan baik. Saya sedih untuk meninggalkannya. Kenangannya terlalu banyak namun siapa mampu menolak fitrah?
Esok, saya bercadang untuk ke kedai Samsung di KB Mall, mencari sesuatu yang lebih baik. Mungkin Samsung Galaxy S Advanced untuk menggantikan SE ini. Nantilah, jika ia menjadi kenyataan, saya bakal berkongsi lagi di sini.
No comments:
Post a Comment