Semalaman malam tadi, saya mencari maklumat di internet. Mulanya, saya tetarik dengan Samsung Galaxy S Advance. Harga pasarannya RM1399.00 dan baru sahaja dilancarkan sekitar Februari lalu. Pun, saya tahu kemungkinan handphone itu belum ada di sini kerana terlalu baru. Lalu saya menyasarkan pilihan kedua saya untuk Samsung Galaxy W dengan harga pasaran RM989.00.
Jam 9.29 pagi, saya dan suami menuju ke KB Mall untuk mencari idaman hati. Saya tidak mahu membeli di kiosk telefon lagi kali ini kerana sasaran saya ialah sesuatu yang original, yang lebih memberi kepuasan di hati saya. Premis Samsung Mobile di Aras 1 KB Mall saya masuki, disambut senyum manis pekerjanya yang masih muda.
Bila saya bertanyakan Samsung Galaxy S Advance, katanya belum ada. Benar telahan saya, kerana model impian saya ini masih sangat baru maka tidak sempat tiba lagi di pasaran Kelantan. Saya meminta pilihan kedua saya, Samsung Galaxy W, yang dilancarkan sekitar Ogos tahun lalu.
Hmm, nampak bergaya juga. Spesifikasinya lebih rendah daripada Galaxy S tetapi saya rasa sesuai untuk saya. Tidak mengapalah rendah pun asalkan saya boleh berinternet dan menyimpan gambar serta lagu kegemaran. Tanpa banyak soal jawab, saya setuju membeli.
Malam ini, saya akan study handphone baru saya ini. Semoga saya tidak kecewa seperti sewaktu membeli Sony Ericsson Xperia X8 dahulu....
No comments:
Post a Comment