Monday, April 02, 2012

Meluah Rasa

Sekurang-kurangnya ia menyingkir sedikit resah yang bersarang dalam jiwa. Bukan resah sebenarnya, tetapi lebih tepat menyampah!

Maafkan saya. Ini blog saya. Saya hadirkan blog ini untuk saya berkongsi rasa, tidak kiralah ia rasa yang bagaimana. Kerana saya ini manusia biasa.

Sahabat, saya bekerja di sini untuk menyumbang bakti menabur jasa. Bukanlah saya mahu dijunjung disanjung atas setiap titik peluh yang gugur tatkala menyiap segenap tugasan yang ada kalanya saya rasa bukan tanggungjawab saya pun (sebahagiannya). Bukanlah pula saya mahu dipuji dikenang atas ketidakkisahan saya menanggung segala beban walaupun bukan bahu saya tempat ia sepatutnya terpikul. Saya cuma mahu sedikit rasa rendah diri. Sedikit rasa memahami dan mengerti.

Anda bukan boss saya, cuma kebetulan saya hadir sedikit terkemudian. Anda memang ketua di bahagian ini tetapi tugas anda bukan pengarah. Saya melaksana tugas di unit ini yang berkaitan dengan tanggungjawab saya, yang memang di bawah bidang kuasa saya, bukan kerana saya ini orang bawahan anda.

Telinga saya sedikit berdengung mendengar nada arahan anda, kerana saya tahu mana tugas saya dan mana tugas anda. Saya bukan mengada-ngada, cuma pada banyak ketika saya rasa tidak senang dengan habit anda yang gemar mengarah itu dan ini tanpa mahu tahu tugas siapakah yang anda arah itu!

Itu sahaja coretan saya. Walaupun anda tidak membacanya.

No comments:

Post a Comment