Adik bongsu saya yang seorang ini memang suka balik kampung. Tak cuti pun dia tak kisah, hujung minggu yang dua hari itu pun dia selit. Memang kebongsuannya amat ketara dalam bab ini, tak boleh kalau tak jumpa ma lama sangat.
Jumaat lepas, dia sampai dari JB naik bas. Kebetulan saya ada ruang untuk bersantai di rumah ma sebab suami saya ada kelas tambahan. Terus saya memohon izinnya untuk berada di rumah ma sampai tengah hari, memasak dan makan ramai-ramai dengan adik-adik yang lain juga. Dia takde hal, okay je.
Perkara pertama yang perlu dilakukan sebaik sampai di rumah ma ialah shopping. Kali ini saya dan si bongsu ini keluar ke G Orange menaiki grab kerana tiada kenderaan. Okay je, semuanya berjalan lancar. Lepas shopping, acara seterusnya ialah memasak. Ringkas dan mudah je menu pilihan kami, yang penting ada rencah kasih sayang.
Lepas Jumaat, kami sama-sama menikmati hidangan yang disediakan dengan penuh rasa kesyukuran.
No comments:
Post a Comment