AYAHANDA Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra Ibni
Almarhum Sultan Yahya Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja
Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu, pagi tadi.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, baginda mangkat pada 8.11 pagi.
“Dengan
sangat kedukaan dan kemashyuran dilafazkan iaitu Yang Maha Mulia Sultan
Ismail Petra yang dihormati dan dikasihi telah mangkat pada jam 8.11
pagi hari ini bersamaan 28 Muharram 1441 Hijrah.
“Oleh
itu ketahuilah bahawa dengan perintah titah Sultan Kelantan, Sultan
Muhammad V adalah ditentukan perkabungan kerana kemangkatan Sultan
Ismail iaitu mulai hari ini.
“Istiadat
pengebumian akan dilakukan selepas solat Asar hari ini,” katanya dalam
sidang media Pengumuman Kemangkatan di Bilik Gerakan Kota Darulnaim di
sini, hari ini.
Beliau berkata, untuk istiadat pengebumian, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan akan melakukan perbincangan rasmi selepas ini.
“Bagi menghormati perkabungan, kita juga mengisytiharkan cuti peristiwa selama dua hari bermula esok,” katanya.
No comments:
Post a Comment