Saturday, February 27, 2021
Kesedaran
Dia Telah Pergi
Wednesday, February 24, 2021
PdPR
Tuesday, February 23, 2021
Foodpanda
Monday, February 22, 2021
Sudirman
Terasa Sayu
Hari ini bermulalah perjuangan mereka. Anak-anak kelahiran 2003 ini berdepan cabaran yang tidak terduga apabila SPM mereka tertunda berkali-kali akibat pandemik. Tentunya pelbagai rasa berbaur, dan bukan sedikit air mata yang tumpah. Dijenakakan sebagai anak murid lebih umur pun, mereka tidak pernah terasa. Semangat mereka tetap utuh dan membara-bara.
Saya tidak meminta banyak. Saya bersama-sama mereka sejak 2018, menyusur jalan perjuangan SPM ini dan saya mengasihi mereka seikhlasnya. Doa saya tidak pernah padam agar Allah lapangkan hati mereka dan memberi yang terbaik untuk mereka. Apa pun keputusan mereka nanti, saya akan tetap berbangga. Menempuh laluan ini dengan kekuatan hati yang bukan calang-calang, sudah menjadi bukti sebuah kecekalan. Teruskan langkah anak-anakku, hidup di depan menanti.
Muhammad Amin dan Ain Aliah, doa Umi tetap melimpah-limpah. Jangan pernah berhenti berlari kerana pejuang itu tidak kenal lelah. Allah ada, sentiasa melindungi dan memayungi kalian. Semoga laluan untuk kalian tempuhi sentiasa dipermudah.
SPM 2020 membuka lembaran sejarah, menjadi titik permulaan perubahan yang mungkin berangkai-rangkai. Kita akan tetap bersedia untuk segalanya.
Semoga Allah reda.
Muhammad Amin, gambar 2007 |
Ain Aliah, gambar 2006 |