Maaflah, tak sempat difoto hidangan hari ini. Terus ngap. Dah kenyang baru teringat. Teruknya!
Pagi ini saya berkelas tambahan di sekolah. Jam 10.00 selesai, tetapi saya belum mahu pulang. Kebetulan suami pun ada tugas di sekolahnya. Apa yang saya buat? Saya sediakan bahan untuk kelas esok dan siapkan jawapan untuk tujuan semakan nanti. Senang.
Sedang saya ralit bekerja, perut terasa lapar. Teringat foodpanda tetapi takut belum sempat foodpanda sampai suami dah sampai dulu. Rugi.
Teringat pula saya pada koperasi. Ada kot makanan yang boleh saya beli di sana, roti atau biskut pun jadilah buat alas perut. Saya menelefon sahabat saya Mas Adiera yang sentiasa berada di koperasi. Katanya, marilah Kak Ti, ada banyak makanan ni.
Oh baru saya teringat, hari ini hari jadi dia. Happy birthday Mas! Terima kasih bagi Kak Ti makan mihun dan roti jala.
Suami saya menelefon, dan saya bersedia untuk pulang. Rupanya suami saya juga sudah makan jadi kami sama-sama kenyang. Tak perlulah singgah kedai, kita terus balik ya.
Di rumah, saya tidak terus rehat. Walaupun kenyang tapi saya siapkan juga makan tengah hari yang mudah - sup ayam dan ikan gelama goreng. Dah siap masak, saya tidur.
Jam 3.00 petang baru kami makan. Perut memang dah kembali lapar. Jadinya sedap sungguh sup ayam dan ikan gelama goreng itu. Apa lagi dicecah sambal belacan Adabi.
Sekian catatan hari ini.
No comments:
Post a Comment