Dan foodpanda, saya pun mahu begitu. Sejak mengetahui tentangnya, saya terus memuat turun aplikasinya dari Play Store Apakan daya, rumah saya di ceruk kampung yang bukan laluan foodpanda. "Service is not available at your area". Maka mendengarlah sahaja kisah kawan-kawan lain yang sudah advance memesan makanan dari foodpanda.
Awal persekolah baru-baru ini, saya dapati foodpanda sudah beroperasi di sekitar Ketereh dan Kadok. Apa lagi, sifat mahu mencuba saya ini tidak pernah hilang. Saya terus memulakan operasi memesan makanan foodpanda di SMK Kg Chengal bersama rakan rapat saya, Kak Sham.
Risau juga kalau-kalau Pengetua tidak benarkan pembelian begini. Tapi saya laparlah Boss!
Akhirnya berkali-kali juga saya memesan apabila perut lapar. Maklumlah, kantin sekolah saya tutup awal sejak PKP ni.
Hari ini saya mencuba di rumah pula. Cubaan pertama membeli dari Chicken Rice Shop di G-Orange gagal kerana mereka membatalkan pesanan saya dek ketiadaan rider. Boleh pulak macam tu ya!
Saya mencuba lagi memesan dari McDonalds Kok Lanas. Dapat! Wow!
Sekarang saya menanti suami saya pulang untuk lunch dengan McDonalds yanh dipesan dari foodpanda.
No comments:
Post a Comment