Lalu berpusu-pusulah manusia menyerbu kedai emas, rela beratur panjang dan menunggu lama asalkan boleh membeli emas pada harga rendah.
Ya, rendahlah setakat ini. Tetapi yakinkah mereka yang selepas ini emas tidak turun lagi? Rasanya harga emas memang akan terus menurun dalam sebulan dua ini atas faktor-faktor yang pelbagai. Jadi bolehlah bersedia untuk terus membeli.
Saya pun akhir-akhir ini jadi minat juga pada emas. Jika dahulu saya lebih suka menyimpan tunai, kini rasanya tunai yang ada sudah melebihi sasaran. Wah! Apa salahnya saya bertukar kepada emas pula tanpa mengurangkan tunai yang ada?
Memikirkan harga sedang menjunam itu, saya teringin sekali membeli lagi. Baru saja pada Sabtu dua minggu lepas saya membeli sebentuk cincin Xmen seberat 3.73 g dengan harga RM960 di Kedai Emas Daud Yusof Kota Bharu, sekarang saya teringin lagi.
No comments:
Post a Comment