Ayah Mad sedang diuji, dan saya sebagai anak saudara hanya mampu mengirim doa. Ayah Mad tinggal di Narathiwat, kami di Malaysia tidak berupaya merentas sempadan untuk menziarah. Tinggallah Ayah Mad dijaga dua daripada enam orang anaknya, kerana empat orang lagi berada di luar Thailand.
Bukan mereka sengaja enggan pulang, tetapi SOP yang perlu dipatuhi menjadi penghalang. Susah sekali untuk mencari ruang, terpaksa hanya sekadar mendengar berita saban hari melalui kiriman pesanan dan panggilan telefon.
Ayah Mad terlantar dalam kesedihan. Bergelut dengan perasaan hiba dan fizikal yang lemah, siapalah yang boleh mengharap keajaiban?
Tuhan, Engkau jua Maha Pelindung. Jagalah Ayah Mad sebaik-baiknya agar dia tidak terus terseksa dengan suasana. Amin.
No comments:
Post a Comment