Sunday, February 14, 2021

SPM 2020

Menjadi satu yang berbeza, SPM kali ini memaknakan sejuta rasa. Bukan hanya pada murid-murid, pada guru juga terlukis rasa yang penuh abstrak. Tidak terungkap. 

Segalanya sentiasa tiba-tiba. Pengumuman yang dibuat sering tidak memberi ruang untuk kami bertindak apa lagi merancang apa-apa. Semuanya dilalui sebegitu sahaja, seadanya. Sehingga sepertinya perasaan kami ini bukan lagi dipermainkan, tetapi diterbangkan oleh angin lalu.

Tabahlah. Itu sahaja yang kami mampu.

Untuk anak-anak yang cikgu kasihi, perjuangan kalian tetap perlu diteruskan. Biar pun seperti tersekat-sekat tetapi jadikanlah itu cabaran. Semoga jalan di hadapan akan terus terbentang untuk kalian susuri dengan semangat yang tidak pernah padam.

Seminggu lagi. Harap tidak lagi tertunda. Permudahkanlah Ya Allah. 

1 comment:

  1. Seperti yang dialami Puan pada tahun 1989 dulu, mungkin berulang lagi murid-murid kena resit ujian untuk Sejarah Kertas 2. Bocor lagi.

    ReplyDelete