Jujurnya, saya tidak gemar dan tidak mendapat kepuasan dengan PdPR ini. Bayangkan mengajar Matematik Tambahan secara online, boleh fahamkah? Bagaimana saya boleh memberi tunjuk ajar yang berkesan jika hanya sehala? Google Meet tidak seperti kelas di sekolah kerana banyak yang tidak dapat saya sampaikan.
Oh ya, saya tidak pernah melakukan pengajaran dan pembelajaran secara Google Meet. Saya tahu bukan semua anak murid saya akan wujud dalam sesi itu jadi saya guna kaedah lain.
Kaedah Youtube.
Maaf, saya tahu ada yang marah apabila guru menggunakan kaedah ini tetapi pada saya ini yang lebih amali. Murid saya boleh menonton berkali-kali dan jika tidak faham, tanya saya. Kemudian mereka akan siapkan latihan dan saya akan semak. Begitu.
Tetapi saya masih menanti kelas fizikal untuk mengulang kembali semua yang diajar di alam maya ini. Baru ada kepuasan.
Bila sekolah bermula pada 4 April nanti, saya minta mereka bersedia untuk pulang jam 5 petang. Sungguh!
No comments:
Post a Comment