Memang saya meminati beliau, tetapi tidak pernah membeli sendiri album beliau kecuali mendengar dari kepunyaan orang. Saya suka Sudirman kerana originaliti beliau yang tiada pada orang lain. Lagu-lagunya dekat dengan masyarakat, walaupun lagu cinta.
Hujung minggu itu, ada paparan kisah Sudirman dalam Nona di TV3. Saya menonton dengan asyik, dan penghujungnya saya menangis. Sayu benar mengikuti liku hidupnya. Seorang anak kampung yang kehilangan ibu sejak kecil, hidup bermanja dengan ibu tiri tetapi berjaya menjejakkan kaki ke universiti sehingga bergelar peguam. Pun beliau nekad memilih bidang seni untuk diperjuang dan desas desus menyatakan inilah penyebab isterinya mohon berpisah. Sedih bukan?
Apa pun, beliau sudah pergi dan bekas isterinya sudah bahagia dengan kehidupan baru. Segala ketetapan Allah itulah yang terbaik. Semoga damailah Sudir di sisi-Nya.
No comments:
Post a Comment