Begitulah berakhir penantian yang penuh dengan emosi dalam kaum keluarga arwah. Saya yang bukan siapa-siapa dengan arwah, sentiasa tidak dapat mengawal perasaan yang berkecamuk setiap kali cerita ini terpampang di mata. Marah, benci, sedih, kesal, semuanya berbaur. Bayangkanlah ibu bapa dan keluarganya. Tidak terhuraikan barangkali.
Sejak kisah ini mengisi ruang massa pada Jun 2017, perasaan yang membelenggu saya hingga kini tetap sama saat membaca setiap tulisan. Menatap wajah Zulfarhan pula seperti melihat wajah anak sendiri. Terasa sekali pedih luka yang tidak tertanggung, dan tidak terfikir saya kekejaman sebegitu wujud dalam kalangan pelajar universiti. Terkait pula dengan isu bomoh, lagi membuat saya berapi-api.
Allahuakbar! Terasa seperti mahu gila memikirkan kebejatan sebegini. Betapa budaya buli menjadi suatu yang sukar dibendung, entah kerana apa. Sepertinya membuli orang lain itu perkara biasa, malah mereka seolah bangga dengan keupayaan membuli dan menghukum kawan yang disangka bersalah. Tiada common sense langsung mereka ini. Hanya memuaskan nafsu jahat tanpa rasa bersalah.
Semoga pedih ini hanya sekali ini. Semoga tidak berulang lagi kisah kejam yang tidak bermoral ini, yang memalit rasa gagal dalam jiwa pendidik seperti saya.
No comments:
Post a Comment