Saya sebenarnya tak khuatir jika peperiksaan high stake dikembalikan. Tapi saya khuatir budaya yang datang bersama dan pernah ada itu muncul kembali.
Budaya menekan • Budaya membanding• Budaya ranking
Eleh, macam tak kenal orang kita.
3️⃣ Dari luar nampak macam semangat nak cemerlang.
Tapi dari dalam, ia sebenarnya satu ekosistem yang bernafas dengan ketakutan — takut gagal, takut disalahkan, takut dibandingkan.
Dan bila ketakutan jadi bahan bakar sistem pendidikan,
yang lahir bukan murid bijak — tapi manusia yang selalu cemas. Yang malam-malam dewasanya didatangi mimpi-mimpi ngeri sentiasa dalam rasa cemas.
4️⃣ Budaya membanding ini macam virus.
Ia menjangkiti semua peringkat: murid, guru, sekolah, malah ibu bapa.
Semuanya terperangkap dalam gelanggang prestasi.
Semuanya sibuk berlari, tak sedar ke mana arah sebenar mereka pergi.
5️⃣ Murid akhirnya jadi mangsa paling sunyi.
Tak sempat berehat.
Tak sempat bermain.
Tak sempat jadi kanak-kanak.
Hidup mereka berpusing antara sekolah, tuisyen, kelas tambahan.
Semua atas nama "masa depan", padahal masa depan itu sedang mereka korbankan hari ini.
6️⃣ Ibu bapa pula jadi askar tak sedar diri.
Terpaksa berlawan dengan ibu bapa lain,
memastikan anak mereka "tak kalah".
Semuanya kerana takut — takut dibanding, takut dilabel gagal. Takut dilabel mak pak tak guna sebab tak tekan anak.
Sampai ada yang lupa, kejayaan sebenar bukan dalam markah, tapi dalam jiwa yang tenang dan yakin dengan diri.
7️⃣ Guru pula tersepit antara dua api.
Antara kasih kepada murid, dan tekanan sistem yang menuntut angka.
Antara naluri mendidik, dan KPI yang menuntut result.
Bila guru hilang jiwa, pendidikan pun kehilangan arah.
8️⃣ Peperiksaan yang sepatutnya jadi alat, akhirnya jadi senjata.
Bukan untuk ukur murid,
tapi untuk menilai orang dewasa yang mana yang lebih pandai MENEKAN murid atas nama kecemerlangan (KONON)
9️⃣ Kita tak perlukan peperiksaan besar untuk jadikan sistem ini bermaruah.
Yang kita perlukan adalah pentaksiran yang jujur, autentik, dan berjiwa.
Pentaksiran yang bantu murid faham diri mereka, bukan takut pada silap mereka.
🔟 Pentaksiran sekolah sekarang boleh jadi lebih kuat of course kalau ia diperbaiki.
Rubrik yang jelas.
Standard kebangsaan yang adil.
Guru yang DILATIH sebagai penilai profesional, bukan operator markah.
Dan laporan pelajar yang tunjuk potensi, bukan sekadar perbandingan.
1️⃣1️⃣ Pendidikan mesti kembali kepada tujuan asalnya iaitu MEMBINA manusia. Bukan sahaja dalam akademik semata.
Kita kena nilai pelajar secara holistik: akademik, karakter, kreativiti, empati.
Kita kena percaya bahawa tak semua kecemerlangan datang dalam bentuk gred A.
1️⃣2️⃣ Kementerian Pendidikan Malaysua perlu berhenti menilai sistem dengan ranking negeri atau peratus lulus.
Mulakan reformasi pentaksiran sebenar, yang percaya pada profesionalisme guru dan perkembangan murid.
Bukan lagi sistem yang hidup dengan ketakutan, tapi dengan kepercayaan.
1️⃣3️⃣Kalau budaya membanding kembali, yang akan mati bukan markah, tapi jiwa pendidikan itu sendiri.
Dan bila jiwa itu MATI, semua yang tinggal hanyalah angka di atas kertas.
Sedangkan tugas kita bukan melahirkan angka,
tapi MANUSIA.
Isunya sekarang anak-anak tak fokus pada pendidikan itu bukan salah tidak ada exam/peperiksaan..tetapi salah ibu bapa yang tidak cakna dalam ilmu keibubapaan. Semuanya harap pada sekolah untuk betulkan anak-anak mereka..sedangkan mereka lah yang daripada umur awal berikan gajet pada anak-anak, yang babysitting anak dengan tablet dan phone, bagi tengok YouTube dan sebagainya.
Bila anak sendiri taknak belajar.. disalahkan sebab tiada peperiksaan. Memang dasar!
M Tazli Azizan.
No comments:
Post a Comment