Tuhan, beri saya kekuatan. Tak mudah mendidik ketabahan untuk terus kekal di tempatnya. Ada waktu-waktunya ketabahan itu tergelincir, dan batin saya menjerit. Jeritan tanpa suara, yang tiada siapa mendengar.
Tuhan, saya mencuba. Janganlah menghukum saya atas setiap kekurangan. Berdepan dengan karenah yang tidak terjangka, saya tidak menyalahkan sesiapa walaupun diri saya sendiri. Saya mencuba lagi untuk memberi sehabis baik.
Tuhan, ampuni saya. Saya terlalu lemah dan kadang-kadang emosional mengatasi rasional. Saya tidak mahu jatuh tanpa bangkit kembali. Terima kasih kerana peluang ini tetapi maafkan saya jika tidak terpenuhi.
Tuhan, bantulah saya!

No comments:
Post a Comment