Ada orang cakap PRU16 dah tak lama dah, saya sendiri jangkakan PRU akan berlaku pada suku pertama 2027. Campur tolak lebih kurang 1 tahun lebih sikit.
Kalau korang perasan, ramai Penyokong Perikatan Nasional membayangkan yang mereka akan menang kali ini. Tak pasti la mereka ni ambil keyakinan tu berdasarkan statistik mana maybe berdasarkan like dalam Facebook kot.
Kelakar.
Tapi yang pasti..sampai hari ini PN masih tak mampu mengemukakan calon Perdana Menteri dari blok pembangkang. TS Muhyiddin pun sekarang ni ibarat telur di hujung tanduk. Saya rasa jika PN gagal kali ni di PRN Sabah, panglima-panglima dia akan terus tendang dia dari takhta Parti Bersatu. Kalau nak kata Hamzah Zainuddin lah yang akan jadi calon PM... hihihihi... jujur la .. adakah majoriti rakyat akan menerimanya?
Itu realiti PN hari ini , blok pembangkang yang masih hidup atas semangat kebencian dan Perjuangan mereka pula hanya berdasarkan satu tajuk yang sangat mudah “asal bukan Anwar”. Tapi dalam politik, semangat anti seseorang tak cukup. Rakyat nak tahu siapa yang lebih baik, bukan siapa yang lebih lebih banyak like dalam media sosial.
Kalau betul PN sudah bersedia menjadi kerajaan semula, sepatutnya mereka dah ada belanjawan alternatif, pelan ekonomi yang boleh lawan dasar-dasar kerajaan Madani. Tapi yang berlaku sebaliknya. Bila tiba musim Belanjawan, PN senyap sunyi. Yang keluar cuma kritikan longgar konon belanjawan kerajaan tak bantu rakyat tapi bila disuruh bentang versi mereka sendiri, takdek katanya. Bila keluar cadangan pun, lebih banyak yang kelakar dari yang logik: nak turunkan cukai, naikkan subsidi, tapi langsung tak tahu dari mana nak datang duit. Janji boleh membuatkan penyokong mereka ternganga kira ok lah tu.
Dalam sistem demokrasi matang, pembangkang yang serius akan bertindak seperti “kerajaan menunggu” lengkap dengan pelan dasar, jurucakap bayangan dan strategi nasional. Tapi PN masih berfikir macam parti ceramah. Masih main sentimen agama dan kaum untuk tutup kelemahan diri. Bila ditanya tentang pelaburan asing, mereka sibuk dengan isu moral. Bila bercakap soal geopolitik, mereka ulang skrip anti-Barat tanpa faham realiti hubungan antarabangsa. Politik mereka tak berkembang, cuma berputar pada sentimen lama.
Sebab tu walau macam mana pun PN cuba lukis naratif “kerajaan gagal”, rakyat tak nampak alternatif. Nak ganti Anwar Ibrahim dengan siapa? Mereka pun tak tahu. Dalam politik, persepsi kepimpinan itu segalanya. Dan bila orang bandingkan wajah-wajah pembangkang dengan PMX, beza dia sangat jelas. PMX berada dikelas dia yang tersendiri dan tiada satu pun pemimpin PN yang dapat berdiri sama tinggi dengan dia. Dia bukan sekadar Perdana Menteri, tapi satu jenama kepimpinan. Dunia kenal dia bukan sebab jawatan, tapi sebab intelek dan perjuangan. Dari zaman reformasi, dia dah terbukti tahan diuji. Dia faham selok-belok ekonomi dunia sebab itu bila bercakap dengan pelabur asing, nada dia berbeza. Dia bukan merayu, dia meyakinkan. Bila berunding dengan kuasa besar, dia tak tunduk, tapi dia tahu bila perlu beralah demi manfaat negara.
PMX juga satu-satunya pemimpin yang berjaya satukan kerajaan campuran yang dulunya mustahil bersatu. Gabungkan PH, BN, GPS, GRS tu bukan kerja mudah. Ia perlukan kepimpinan, kebijaksanaan dan keikhlasan yang tak semua orang ada. PN yang kononnya kuat pun gagal jaga rakan sendiri malah Bersatu dengan PAS pun dah mula saling curiga. Isu duit la, sokongan kepada siapa jadi calon PM lah.. banyak isu.
Dari segi hubungan antarabangsa, PMX berjaya kembalikan maruah Malaysia. Pelaburan masuk dari seluruh dunia bukan sebab negara kita cantik, tapi sebab kepimpinan kita stabil. Dunia pandang pada Anwar kerana dia faham bahasa diplomasi dan ekonomi. Sementara itu, pembangkang masih sibuk berdebat dalam ruang maya, bercakap tentang konspirasi dan teori kosong yang tak bantu rakyat.
Hakikatnya mudah.. dalam mana-mana negara, kepimpinan diuji melalui idea. Dan setakat ini, dalam PN tak ada seorang pun yang punya kaliber, karisma dan kedalaman pemikiran seperti Anwar Ibrahim. Mereka boleh cuba serang, boleh buat persepsi, tapi mereka tak boleh hasilkan pemimpin sepertinya.
Sebab itu walau dihentam kiri kanan, PMX masih bertahan. Kerana dia bukan bergantung pada populariti semata, tapi pada kekosongan alternatif di sebelah sana. Dalam politik, kadang-kadang kuasa bukan kekal kerana kuat, tapi kerana lawan terlalu lemah.
Dan itulah keadaan politik Malaysia hari ini di satu pihak ada Anwar dengan hala tuju dan keyakinan yang tinggi, di satu pihak lagi ada pembangkang yang masih sibuk mencari siapa nak duduk di kerusi calon Perdana Menteri Dan Kehilangan arah dalam perjuangan mereka.
Jadi.. tiada pilihan lain, Undilah Pakatan Harapan di PRU 16 nantiπππ
No comments:
Post a Comment