Tuesday, November 11, 2025

Ulasan

Pada pandangan saya, seorang ahli politik dan ketua negara tidak boleh terlalu idealis. Dalam dunia sebenar, politik bukan sekadar tentang cita-cita dan prinsip, tetapi tentang kebijaksanaan menyesuaikan diri dengan realiti. Kalau terlalu idealis, cepatlah “mati” dalam gelanggang politik. Pemimpin mesti pandai membaca situasi, berstrategi, dan tetap berpegang pada nilai tanpa menjadi buta pada keadaan.

Saya juga percaya, seorang pemimpin perlu berkebolehan dalam pelbagai aspek — ekonomi, sosial, pentadbiran, malah komunikasi dengan rakyat. Bukan mudah menjadi nakhoda negara. Sebab itu saya melihat PMX sebagai pemimpin yang paling layak setakat ini. Walaupun tiada yang sempurna, beliau tetap “the lesser evil” yang memiliki ketahanan dan kebolehan luar biasa.

Saya berharap beliau terus diberi peluang untuk penggal seterusnya. Bukan kerana fanatik, tapi kerana saya ingin melihat sejauh mana dasar Ekonomi Madani benar-benar membuahkan hasil di lapangan. Kadang-kadang, perubahan besar perlukan masa dan kestabilan. Dan untuk itu, kita perlukan pemimpin yang kuat, realistik, dan tahan diuji seperti beliau.

No comments:

Post a Comment