Hari ini sepanjang waktu PdPc saya berada di Bilik Seminar 1 menemani murid-murid saya membuat latihan Matematik. Esok, Isnin 1/12/25 mereka akan menduduki peperiksaan Matematik SPM.
Ada debar di wajah mereka, saya boleh nampak itu. Kertas Matematik KSSM ini luar biasa sedikit kerana format soalannya tidak boleh diramal. Rasa kasihan juga pada murid-murid saya ini tetapi inilah usaha saya yang ada buat mereka, selain doa yang tidak pernah putus.
Saya sentiasa mengasihi anak-anak murid saya, sejak dari hari pertama menjadi guru sehinggalah ke hari ini. Mereka umpama anak saya sendiri dan saya sentiasa mendoakan mereka.
Buat anak-anak 5C2 dan 5C4 tahun ini, cikgu doakan semoga kalian dapat menempuh peperiksaan esok dengan tenang dan mendapat keputusan cemerlang. Amin.

No comments:
Post a Comment