Tiba sudah bulan terakhir dalam kalendar setiap tahun, yang sinonim dengan hujan dan cuti sekolah.
Sesi persekolahan kali ini, cuti hujung tahun hanya tiga minggu sahaja menjadikan ia cuti hujung tahun terpendek dalam sejarah. Sewaktu sistem tiga penggal dahulu, cuti hujung tahun ialah selama tujuh minggu iaitu bermula pada minggu kedua bulan November sehingga tamat Disember.
Seiring masa, juga seiring perubahan daripada sistem tiga penggal kepada sistem dua penggal, cuti hujung tahun menjadi lebih pendek. Selepas perubahan itu dilakukan pada awal 1990an dan sebelum negara bergelut dengan Covid pada tahun 2020, cuti hujung tahun ialah 5 ke 6 minggu panjangnya. Selepas banyak berlaku ketidaktentuan cuti dalam era PKP pada 2020 dan 2021, takwim persekolahan terpaksa diubahsuai dan jumlah cuti sudah caca marba.
Tahun 2025 menjadi tahun terakhir sesi persekolahan yang tidak mengikut piawai. Tahun 2026 bakal menyaksikan takwim persekolahan kembali kepada sistem dua penggal yang asal dan tidak lagi terlajak ke tahun seterusnya.
Selamat datang 2026.


No comments:
Post a Comment