Wednesday, December 31, 2025

Helaian Terakhir



Saya tamatkan 2025 di sini. Seperti orang lain juga, saya mahu menyimpan kenangan itu, yang pernah hadir memberi pelbagai rasa kepada saya sepanjang tahun itu.


Ia tercatat kemas dalam helaian buku yang saya namakan diari. Diari ini begitu setia dan sangat saya percayai. Banyak kegunaannya kerana segala aktiviti yqng saya lakukan saya catat dalam buku ini tanpa gagal. Bila perlu, saya akan membelek helaiannya satu persatu dan mencari kembali rasa yang pernah ada.

Untuk 2026 ini juga, telah saya sediakan buku yang serupa. Saya tenang dan lega setiap kali menulisinya.

Selamat Datang 2026. Semoga cahaya yang dibawa menyinar dalam bahagia.

Amin.

No comments:

Post a Comment