Kali terakhir kaki saya menjejak tanah haram ialah enam tahun lalu. Kami bermusafir berdya sahaja pada 14 Januari 2020 dan pulang sepuluh hari kemudian.
Seperti semua orang yang pernah ke sana, kami memohon doa agar Allah mengizinkan kami kembali lagi. Kembali menunaikan ibadah umrah dan kami mahu beri yang lebih baik daei yang pernah kami beri.
Takdir yang tertulis, selepas enam tahun pulang, kami masih tiada peluang ke sana. Rindu di hati tidak terkira tetapi ruang seperti tidak mesra. Ada kekangan yang menghalang kami ke sana walaupun kemampuan kewangan ada.
Ya Allah, sungguh saya terlalu rindu. Saya mahu menghadiahkan umrah untuk arwah ayah saya lagi, juga untuk saudara-saudara saya yang telah pergi maka Engkau berilah ruang itu untuk saya. Amin.
No comments:
Post a Comment