Tuesday, December 09, 2025

Derhakakah?

Jika saya boleh memberi nasihat untuk semua orang di negara ini, saya mahu sangat meminta agar usahlah memiliki minda yang suka menghukum. Boleh tak kalau kita jangan memandang buruk setiap yang orang lain lakukan yang tidak selari dengan fikiran kita?

Apabila tersapa tulisan ini, saya begitu kagum dengan tindakan seorang anak yang sangat prihatin dengan keperluan ibunya. Malang sekali, kekaguman saya tidak dirasai oleh manusia manusia di sekelilingnya. Jika tulisan ini benar, maka malang sungguhlah anak ini kerana dilingkungi manusia yang judgemental. 

Didiklah hati kita untuk sentiasa nampak sisi positif dalam apa jua tindakan orang lagi selagi ia masih dalam landasan kemanusiaan dan tidak melanggar syariah. Saya penat membaca dan mendengar segala ulasan masyarakat kita yang mudah mahu menuduh dan menyalahkan individu yang melakukan perkara berbeza daripada mereka.

Saya cuma ingin tahu, di manakah lokasi rumah orang tua swasta ini? Saya berminat untuk mendaftar diri sendiri.

No comments:

Post a Comment