Tuesday, December 09, 2025

Gelora Cintaku


Tiba-tiba terjumpa lagu ini di Youtube. Tiba-tiba ingatan menerjah ke tahun itu, 1987. Pada usia 15 tahun, saya menerima lagu ini sebagai gambaran perasaan hati saya. Walaupun liriknya menggambarkan perasaan seorang lelaki, tetapi saya bayangkan sayalah lelaki itu. Aduhai, meruntunnya!

Benar, kualiti lirik lagu pada waktu itu sungguh tinggi dan berseni. Melodi lagu ini dicipta oleh Baharom Paiman manakala liriknya ditulis oleh S. Amin Shahab. Ia dinyanyikan dengan merdu sekali oleh Jamilul Hayat, dan ini adalah lagu daripada album pertamanya. Berkali-kali mendengarnya pun saya tidak pernah jemu.

Bayangkanlah gelora perasaan seorang gadis kecil 15 tahun pada waktu itu. Dan saya yakin, semua gadis yang mencapai usia ini akan diusik gelora rasa yang sama.

Pelabuhan di laut sepi
tiada teman mengukir janji
tiada badai menggoncang hati
terapunglah ku sendiri.

Kian lama ku mengharapkan
badai dan taufan menghantar teman
menghempas kalbu mengerah rindu
membangkitkan gelora cintaku.

Aku hanya pelaut yang malang
tak berteman tiada haluan
hanya ada mimpi dan hayalan
mencari sang duyung
nasib tak beruntung
bahteraku karam
di larut malam.

Sesekali hinggap sang camar
membawa khabar sedih rasanya
tiada gadis jujur setia
menunggu pulang pelaut malang.

Aku hanya pelaut yang malang
tak berteman tiada haluan
hanya ada mimpi dan hayalan
mencari sang duyung
nasib tak beruntung
bahteraku karam
di larut malam.

Pelabuhan di laut sepi
tiada teman mengukir janji
tiada badai menggoncang hati
biarkanlah aku menyendiri.



Nota:
Jamilul Hayat ialah adik kepada penyanyi Dato' Jamal Abdillah.

No comments:

Post a Comment