Friday, November 27, 2009

A Letter to Mother

Dear Mom,

Now I realized how difficult being a mother is. Now I wish I would have helped you more with the chores around our home. I wish I would have known the exhaustion that a mother feels at the end of each day. You never stopped loving me and you never ever left me even though at times you probably felt like it.

I always had a new pair of shoes at the beginning of each school year, and you would wear the same pair of shoes for more years. You always put me first and yourself second. There are so many things you did without a second thought. You took care of me when I was sick, even though you were sick, too. You went nights without sleep from worrying. You made sure that every morning I was up and off to school. There are so many more things that I could list, but I would never be able to remember them all.

I took up most of your time, leaving you with no time for yourself. You put aside your hobbies, and you barely took the time out to have a coffee with your friends.

What a sacrifice you made to raise me. Thank you, Mom, so much, for every second of the day that you cared and guided me to be who I am today.

Now I understand the exhaustion, the worries, sacrifices and I understand something else that I never did before, the love that a mother has for her children is the most powerful, protective, caring, emotional, sacrificing love that will ever exist on this earth.

I have to say it again, Mom. Thank you with all my heart, and I want to tell you that I love you so very, very much and that I am so proud to tell people that you are my mother.

I hope that I can do a great job just like you are and have been to me.

Love,

your daughter




Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha 1430H

Selamat menyabut ketibaan 10 Zulhijjah buat semua. Untuk renungan (juga komenan, hehe!!) , saya petik keratan berita pada 17/8/08 yang lalu untuk tatapan bersama.

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menegur kaedah pengendalian kursus haji sekarang yang dibuat terlalu lama sehingga menimbulkan tanggapan di kalangan umat Islam bahawa ibadat itu amat sukar untuk dilaksanakan.

Menurut beliau, ibadat haji sebenarnya hanya mengambil masa tiga hari, namun kursus yang dibuat berbulan-bulan lamanya malah ada yang mencapai setahun dengan bacaan-bacaan yang ditokok-tambah dan diajar dengan cara yang sukar dan menyusahkan.

Jelasnya, kursus haji yang profesional perlu disampaikan dengan kemas, cepat dan mudah difahami oleh bakal haji dan ia sebenarnya tidak perlu mengambil masa yang lama malah cukup dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Katanya, masalah yang berlaku sekarang ialah apabila kursus dibuat terlalu lama, ia dijadikan ruang perniagaan untuk memperkenalkan barang-barang keperluan atau buku-buku himpunan ayat-ayat dan doa-doa semasa menunaikan haji.

"Kadang-kadang ia dijadikan ruang untuk ustaz-ustaz memperkenalkan barangan-barangan dia atau untuk tujuan tertentu dan lama-lama ditokok-tambah lagi bacaan-bacaan yang tiada kerana dia nak jual buku-buku dia umpamanya, ini satu perkara yang tidak baik dan menyusahkan," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Mudahkan Pendekatan Islam, Jangan Eksklusifkannya pada Munaqasah Fikru Al-Islami Siri Kelima anjuran Yayasan Islam Terengganu (YIT) di sini, semalam. Mohd. Asri memberitahu, haji adalah satu ibadat yang mudah dan tempoh kursus yang sesuai adalah antara seminggu hingga dua minggu, malah itu pun sudah dikira lama.

"Kursus yang lama menimbulkan salah faham sesetengah pihak iaitu kalau mereka gagal ikuti kursus itu mereka tidak boleh faham haji. "Haji bagi saya kursusnya beberapa jam saja kita sudah boleh faham, kalau kita bagi kursus seminggu dua tak apalah tapi tak kan aktiviti haji yang tiga hari itu terpaksa diterangkan sampai setahun ataupun tujuh hingga lapan bulan," ujarnya.

Menurutnya, kursus haji yang kebanyakannya dikendalikan penasihat haji, masjid-masjid dan ustaz sekarang diadakan setiap minggu dari awal tahun sehingga tempoh lapan bulan dan setahun. Jelasnya, salah satu sebab ia mengambil masa lama adalah kerana ada tokok-tambah dalam bacaan seperti ketika tawaf dan sai yang tidak pernah diajar dalam al-Quran atau hadis.

"Misalnya pusingan dalam tawaf kita letakkan tawaf utama baca ini...tawaf kedua baca ini...sai pertama baca ini...sai kedua baca ini...ini semua perkara tambahan yang tidak perlu kerana sebenarnya dalam hadis hanya ada dua tiga tempat saja yang ada bacaannya," ujarnya lagi. Jelasnya, jemaah haji Malaysia memang terkenal kerana tertib semasa mengerjakan ibadat itu, namun ia bukan disebabkan faktor kursus sebaliknya ia memang sikap semulajadi mereka yang bersopan santun.

Untukmu Husna - Kenangan 1981



Sewaktu emak mengandungkanmu, aku sudah berusia 9 tahun. Dalam usia sebegitu, aku sudah boleh mengingati setiap detik waktu yang emak lalui selama 9 bulan 10 hari membawamu di dalam rahimmya dengan penuh kasih.

Aku bersekolah petang dalam darjah tiga di SK Mulong. Hanya aku yang bersekolah petang waktu itu. Abang Lutfi dalam darjah lima dan bakal berhadapan dengan peperiksaan penilaian. Aziah pula baru masuk darjah satu, dan baru berkenalan dengan dunia persekolahan. Rifqi sedang lasak dalam usia 5 tahun dan Muhammad masih seorang anak kecil berusia 2 tahun yang manja dan merengek meminta itu dan ini.

Ayah akan keluar ke pejabat seawal jam 7 pagi. Kami tidak perlu dihantar ke sekolah kerana jarak sekolah yang sangat dekat dengan rumah, membolehkan kami berjalan kaki sahaja. Hm, cukup praktikal dan strategik sekali kedudukan rumah sewa kami di Kedai Mulong waktu itu. Sekurang-kurangnya, kos tambang bas sudah mampu ayah jimatkan. Sebaik abang Lutfi dan Aziah ke sekolah, akan tinggallah emak, aku, Rifqi dan Muhammad di rumah.

Sebagai suri rumah, emak memang cekap. Namun dengan situasinya yang sedang membawa kandungan baru itu, tentu sahaja tenaga emak tidak sekuat mana. Rutinnya, emak akan memulakan tugas dengan mengemas rumah, kemudian membasuh kain (waktu itu tiada mesin basuh) dan memasak sebelum ayah pulang makan tengah hari jam 12.45. Waktu tidak sepanjang mana, rengekan Muhammad pula tidak mengira masa. Mujur Rifqi sudah boleh dilepas bermain dengan anak-anak jiran di halaman rumah.

Sebagai anak perempuan sulung yang sudah pun sunti, tentu tenagaku berharga juga. Lalu selesai sarapan, mandi dan mengemas beg sekolah, emak akan meminta aku menjaga Muhammad. Memang susah sebab Muhammad sangat 'melekat' dengan emak. Tetapi umpanan yang paling mengena ialah mengajaknya ke kedai untuk membeli gula-gula sugus. Dia akan dengan rela hati mendepangkan tangannya untuk turun dari dukungan emak, dan menerima dukungan aku pula! Maka aku pun terhinggut-hinggut berjalan sambil mendukung adik kecilku itu ke Kedai Mulong, berbekal duit dari emak (selalunya 20 sen saja) untuk membeli gula-gula sugus. Aku tidak terus balik, kerana emak pesan, biar dia siap membasuh dan memasak dulu baru bawa adik pulang. Aku akan bertenggek di pasar yang masih kosong (waktu itu pasar basah di Kedai Mulong hanya dibuka selepas zohor) dengan kawan baikku, Wan Fairoz, yang ayahnya ialah pekedai runcit di situ. Kami akan bersembang sambil bermain-main dengan Muhammad yang sudah hanyut dalam nikmat sugusnya... Kadang-kadang Wan Fairoz bawakan ais krim dari kedainya untuk kami. Hampir jam 11 pagi, barulah aku pulang semula ke rumah.

Setiba di rumah, emak sudah siap menyidai kain, maka bolehlah aku serahkan Muhammad padanya dan giliran aku pula untuk bersiap ke sekolah. Aku akan turun jam 12 tengah hari.

Hari minggu pula, emak akan meminta aku membantunya membasuh kain. Selalunya, dia akan menyental kain-kain kotor dan meminta aku membilasnya, jadi cepatlah siap basuhan emak. Aku masih boleh ingat wajah emak dengan perutnya yang memboyot menyental kain waktu itu, sambil mulutnya bercerita itu dan ini, kadang-kadang gigih berleter... hehehe!!

Emak melahirkanmu sewaktu musim hujan, dalam cuti sekolah. Jam 2.30 petang, suara tangisan pertamamu memecah kesunyian dan kami yang berada di ruang tamu tersenyum gembira. Dapat adik baru... yea!!!

Bila tiba waktu menamakan bayi, maka kami mula memikirkan pelbagai nama yang indah-indah. Mo' Ma' yang sedang menunggu keputusan STPM waktu itu, turut memberi cadangan. Semua nama yang dicadang bermula dengan Noorul. Tetapi kami tidak berani memberitahu ayah, entah kerana segan, ataupun takut!

Rupanya ayah tahu kami sukakan nama Noorul, sebab itulah dia memilih nama Noorul Husna - cahaya kebaikan. Kami hanya tahu nama pilihan ayah itu apabila ayah menunjukkan surat beranak kepada kami.

Sewaktu darjah empat, aku bersekolah pagi. Rutin yang kulalui sewaktu darjah tiga sudah tiada lagi. Abang Lutfi dan Aziah pula yang bersekolah petang, maka tugas menjaga adik terpikul di bahu mereka pula! Bila aku pulang dari sekolah, adik Husnaku sedang nyenyak tidur di dakapan ibu. Hanya pada waktu petang sahaja aku akan berpeluang membawanya bersiar-siar (berderap!!) ke rumah kawan-kawan aku.

Hari ini, adikku genap berusia 28 tahun dan sudah pun bergelar ibu. Satu gelaran keramat yang memang menjadi impian setiap wanita. Maka syukurilah anugerah Allah ini, kerana dengan pengalaman yang satu ini memberi kelebihan untukmu mengerti kesukaran seorang ibu membesarkan bayinya. Engkau akan lebih memahami kasih sayang seorang ibu kerana engkau juga seorang ibu.

Selamat Ulangtahun buat Husna, semoga sentiasa ceria, sihat dan bahagia. Hargailah setiap detik usiamu kerana ia anugerah tidak terhingga. Jaga Sufi dan Abe Yi baik-baik.....

Tuesday, November 24, 2009

Aidiladha vs Aidilfitri

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Manakala Hari Raya Aidilfitri (bahasa Arab: عيد الفطر 'Ayd al-Fiṭr "perayaan fitrah") pula disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Perayaan Aidiladha berlangsung selama empat hari dari 10 Zulhijah hingga 14 Zulhijah. Selama empat hari itu disunatkan berkorban dan daging korban akan diagih-agihkan kepada mereka yang miskin sebagai satu cara penyucian jiwa bagi mereka yang kaya.

Kita juga sewajarnya menziarahi sanak-saudara dan keluarga terdekat serta kenalan untuk menguatkan ikatan persaudaraan sempena menyambut Aidiladha. Kegembiraan meraikan hari raya amat digalakkan dalam mentauhidkan Allah.

Ibadat korban mencerminkan dua perkara. Pertama, ia adalah wasilah atau perantaraan bagi mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga dan masyarakat. Kedua, ibadat korban mencerminkan sifat keihsanan yang sangat dianjurkan Islam.

Tetapi apa yang berlaku di tanah air kita ialah semakin ramai menjadi kurang prihatin dan memahami tujuan sebenar sambutan hari raya seperti yang disarankan agama. Pada pertengahan Ramadan sudah berkumandang lagu raya seolah-olah kita lupa sebenarnya ibadat berpuasa menuntut pengorbanan nafsu yang tinggi.

Media elektronik berlumba-lumba meraih penonton dengan menghidangkan pelbagai rancangan hiburan, hinggakan semakin ramai terpaku di hadapan televisyen dan amalan untuk menziarahi sanak saudara serta sahabat handai makin dilupakan.

Cuti umum Aidiladha pula dianggap seperti hari cuti biasa, diisikan dengan tidur atau membasuh kereta. Mungkin ramai beranggapan Aidiladha khusus bagi mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah menyebabkan ramai yang tidak berapa mengambil peduli untuk meraikan Aidiladha.

Sudah sampai masanya kita kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk menyambut hari raya supaya pengisian yang dilakukan mendapat keredaan Allah. Wang untuk membeli pakaian baru adalah lebih baik digunakan untuk melaksanakan ibadat korban.

Kemungkinan kita boleh meraikan Aidiladha tahun ini dengan mengorbankan seekor lembu yang dikongsi bersama ahli keluarga, kemudian daging korban diberikan kepada orang miskin atau komuniti orang asli supaya dapat merasai nikmat keimanan serta penghayatan Aidiladha.

Umat Islam mesti mengagungkan dan membesarkan hari perayaan agama mengikut konsep yang sebenarnya. Kita perlu mengetahui tujuan sebenar atau cerita di sebalik sambutan hari raya supaya mendapat rahmat daripada Allah.


Friday, November 20, 2009

We Are The World

There comes a time
When we head a certain call
When the world must come together as one
There are people dying
And it's time to lend a hand to life
The greatest gift of all

We can't go on
Pretending day by day
That someone, somewhere will soon make a change
We are all a part of
God's great big family
And the truth, you know love is all we need

We are the world
We are the children
We are the ones who make a brighter day
So let's start giving
There's a choice we're making
We're saving our own lives
It's true we'll make a better day
Just you and me

Send them your heart
So they'll know that someone cares
And their lives will be stronger and free
As God has shown us by turning stone to bread
So we all must lend a helping hand

We are the world
We are the children
We are the ones who make a brighter day
So let's start giving
There's a choice we're making
We're saving our own lives
It's true we'll make a better day
Just you and me

When you're down and out
There seems no hope at all
But if you just believe
There's no way we can fall
Well, well, well, well, let us realize
That a change will only come
When we stand together as one

We are the world
We are the children
We are the ones who make a brighter day
So let's start giving
There's a choice we're making
We're saving our own lives
It's true we'll make a better day
Just you and me

Tentang Ulama 1

Dipetik dari ibnusair.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah...

Segala pujian itu selayaknya untuk Pencipta yang Maha Esa, menciptakan manusia bermula dari satu (Adam) kemudian dikembang biakkan dengan diciptanya Hawa daripada Adam, sehinggalah umat hari ini.

Selawat dan salam sejahtera ke atas junjungan, utusan terakhir, kekasih Allah Taala, Muhammad SAW, Ya Allah, sejahterakanlah Muhammad SAW beserta keluarganya, sepertimana Kau sejahterakan Ibrahim dan keluarga Ibrahim.

Baru-baru ini, di facebook, laman Amin, ada tertulis satu pautan yang merujuk kepada Mohd Rifqi Mydin, lalu Amin menambah di situ:

'Jika dalam kalian ingin mengetahui siapa yang mengajarkan aku AlQuran dan isinya, sehingga yang baik dalam diriku menjadi seperti ini, maka lihatlah dia (Mohd Rifqi Mydin)'

Beliaulah Ustaz Rifqi yang bagi sesiapa pernah mendengar ceritanya, maka beliau adalah guru Amin. Secara berterus terang, Amin tidak pernah tahu tentang hari lahirnya, namun yang hanya kenal ialah pada sifat fizikal dan peribadinya.

Suaranya garau, namun amat memikat dan menawan, di tambah dengan aksesori loghat Kelantan, memang ternyata gelaran Ustaz itu sesuai tersandang di bahunya. JIka beliau bukan Ustaz sekalipun, maka manusia sekelilingnya akan tetap memandangnya seperti Ustaz. Pernah satu ketika dahulu, Ustaz Rifqi beritahu Amin:

'Amin, nanti kalau dah besar jangan jadi Ustaz (cikgu) di sekolah, jadilah jurutera ke, doktor ke, tapi dalam menjadi jurutera dengan doktor itu, kamu merupakan Ustaz a.k.a ProTaz.'

Namun apakan daya, nasihatnya amat senang didengar, tapi Kehendak Allah Taala membatasi, belajar kini untuk sekadar mengekalkan senyuman pada ibu dan ayah.

Ustaz Rifqi berbadan tegap, dadanya bidang, tidak beberapa berisi perutnya, tingginya melebihi Amin, dalam lebih kurang lima sentimeter. Wajahnya putih bersih, terpancar cahaya AlQuran yang bersinar terang, lantaran dia merupakan manusia yang mengamalkan AlQuran dan Hadis Nabi Muhammad SAW secara bersungguh-sungguh dalam kehidupan sehariannya. Jalannya segak, dan apabila bertemu dengan sesiapa jua pun, maka dia akan mengahadapkan seluruh tubuhnya ke arah manusia yang dia jumpa itu. Apabila dia bertemu dengan manusia yang lebih tua, maka dia akan membongkokkan badan hanya sedikit bersalaman dengan manusia tersebut, lantaran menghormati mereka. Wajahnya tiada misai, hanya diserikan dengan janggut yang berhelai-helai, dahinya lebar, dan ternampak kesan sujud pada dua bahagian di dahinya. Itulah tanda-tanda manusia yang beriman.

'Muhammad itu Rasulullah, dan manusia yang berada di sampinngnya (Muhammad) sangat keras dalam menghadapi orang-orang kafir yang hendak menghancurkan Islam, dan sangat berkasih sayang antara satu sama lain, sentiasa kelihatan mereka melakukan rukuk dan bersujud, lantaran mencari fadhilat dan keredhaan Allah Taala, jelas kelihatan di wajah mereka kesan-kesan sujud...' (AlFath, ayat terakhir)

Apabila dia membaca AlQuran, suaranya kadang-kadang dilembutkan, kadang-kadang dikeraskan, lantaran dia memahami selok belok bahasa Arab dengan baik. Bacaan AlQurannya cukup merdu didengar, tidak menjela-jela, tidak juga bersyahdu-syahdu. Ustaz telah menghafaz banyak ayat dalam AlQuran, malah dia jarang melupakannya, terutama juzuk 21 dan juzuk 20.

Ustaz merupakan antara manusia paling sibuk di Skudai dan Johor Bahru, hampir setiap malam, Ustaz akan keluar ke mana-mana tempat untuk memberikan kuliah. Kuliah yang selalu disampaikan bertajuk ringkas sahaja, tetapi Ustaz mampu mengolahnya, disertakan dengan hujah AlQuran dan Hadis yang cukup menyentuh hati. Pernah satu ketika, malam Ramadhan, Ustaz menjemput Amin, menemaninya ke Masjid Pulai Indah yang baru sahaja didirikan, dan Ustaz diminta menyampaikan sedikit tazkirah selepas Solat Witir.

Amin bertanya pada Ustaz, "Ustaz, dah sediakan teks tazkirah malam ini?" Ustaz hanya tersenyum, lalu menggeleng sambil berkata," Saya pergi ceramah mana pernah buat teks, kadang-kadang itu idea dapat mencurah-curah waktu nak berikan tazkirah. Alhamdulillah, waktu kita nak bercakap itu, Allah Taala, bukakan pintu rahmat dan ilmu."

Malam itu, Ustaz memang tiada persediaan apa-apa untuk memberikan ceramah, tetapi tazkirahnya hanya diambil daripada doa solat witir yang dibaca oleh bilal baru sahaja selepas solat. Maka Ustaz mengulas secara detail, apakah yang dimaksudkan dengan setiap baris doa yang bilal bacakan tadi. Cukup terkesan di hati makmum, walaupun tiada persediaan.

Ustaz mengajarkan Amin AlQuran selama dua tahun, maka dialah manusia yang mendengar Amin membaca AlQuran lalu jika salah, maka dia menegur dengan lembut, sehingga Amin mendapat apa yang baik untuk dibacakan. Ustaz mengajar Amin menyebut huruf zho mengikut lahjah Arab yang tepat. Sehingga kemuncak dua tahun, Ustaz berkata pada Amin:

"Habis sudah segala ilmu yang Ustaz tahu pasal tajwid ini, Ustaz ajarkan pada Amin."

Rasa seronok sangat waktu mendengar kalimah itu. Ustaz jugalah yang mendorong Amin, malah menjadi pendorong kuat dalam menghafaz AlQuran sepenuhnya. Ustaz telah mempunyai maahad tahfiz tersendiri di Repek yang Ustaz usahakan dengan sahabat-sahabatnya. Hendak menceritakan dorongan yang kuat itu, sehinggakan Ustaz sanggup sediakan satu tempat khas untuk Amin belajar di maahad disertakan dengan yuran pengajian pecuma setiap bulan. Malah Ustaz memberikan pilihan kepada Amin untuk belajar daripada mana-mana guru tahfiz yang Amin minat dan suka. Kalau Amin mahu bersendirian di maahad sehinggakan guru itu hanya untuk Amin pun, Ustaz telah sediakan. Namun, Ustaz tahu ibu tidak membenarkan Amin melalui jalan tersebut. Wallahu alam, atas sebab apa sekalipun, Amin tiada tahu.

Ustaz pernah berkata kepada Amin: 'Betapa ruginya masyarakat kerana sanggup memberikan satu juta kepada perkara yang lagha, sedangkan satu juta tersebut mampu menghasilkan 100 pengahafaz AlQuran yang baik dan berakhlak.'

Allahu akbar! Kata-kata itu sangat terkesan dan sehingga hari ini, masih lagi terngiang-ngiang dalam ingatan, bagaimana Ustaz menyampaikan kata-kata itu...

Ustaz merupakan orang yang banyak bersabar dalam ceramahnya. Walaupun Ustaz sibuk, dia tak pernah menghampakan permintaan manusia yang berharap akan penyampaiannya. Di bibirnya, sentiasa berzikir, dalam keretanya, tiadalah yang lain didengar, melainkan AlQuran. Namun dalam pada itu juga, masih ada manusia yang bersalah anggapan tentang Ustaz. Masih ada lagi pihak tertentu yang mengecam Ustaz sedangkan apa yang disampaikan hanyalah Fadhilat membaca YaSin...

Sedih Ustaz ketika itu. Ustaz sangat sedih dengan perkara yang terjadi ketika itu. Janganlah kita sesekali menolak Ulama, kerana mereka jualah pewaris nabi Muhammad SAW...

bersambung, Wallahu alam.

Gambar lama... dan kisahnya

Muhammad, Husna, Emak dan Rifqi.

Gambar ini diambil sekitar bulan Ogos 1984, lebih kurang jam 6.30 petang di rumah jiran kami, Cikgu Rohani Abdullah.

Kisahnya, Cikgu Rohani baru balik dari mengajar di SMK Mulong (sesi petang), dan datang ke rumah emak mengambil anaknya Muhammad Amin yang berusia 8 bulan (dijaga emak sepanjang Cikgu Rohani bekerja). Dia mengajak emak ke rumahnya untuk sama-sama bergambar. Emak setuju saja, dan meminta Muhammad (masa ini berusia lima tahun) dan Husna (3 tahun) ikut sekali. Saya dan Aziah pun ikut juga, tetapi disebabkan kami masih berpeluh dan sangat comot kerana baru lepas bermain dengan kawan-kawan, emak tak benarkan kami bergambar. Rifqi yang baru balik dari sekolah (masa ini dia darjah dua di SK Mulong) dibenarkan "turut serta".

Maka bergambarlah mereka dengan gembiranya. Gambar di atas ialah satu daripada beberapa keping gambar yang "berjaya" dirakam... hehe!


Thursday, November 19, 2009

Selamat bercuti sekolah

Esok, bermulalah cuti akhir tahun bagi sekolah di negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Sekolah di negeri-negeri lain pula akan mula bercuti pada lusa.

Cuti hujung tahun kali ini agak pendek, hanya 44 hari sahaja berbanding 51 hari pada tahun 2008.

Ramai yang berkata, bertuahnya menjadi guru kerana diberi rehat sebegini lama. Tak perlu ke sekolah tetapi gaji tetap diterima seperti biasa. Boleh tidur bangun di rumah atau berlibur di mana-mana tempat menarik bersama keluarga.

Sekali fikir, benar juga. Memang itulah kelebihan bagi mereka yang bergelar guru.

Hakikatnya, inilah sahaja cuti yang kami ada. Cuti penggal persekolahan. Itu pun kami perlu hadir ke sekolah juga kerana bertugas pada hari-hari tertentu, selain menghadiri mesyuarat yang diadakan sepanjang cuti. Rasanya tidak kurang dari 5 hari setiap daripada kami perlu ke sekolah dalam cuti ini. Selain cuti penggal ini, kami hanya diberi 7 hari cuti rehat khas dalam setahun. 7 hari sahaja.... Maka dicampur tolak dan dikali bahagi, sama sahaja rupanya dengan orang lain!

Sesi persekolahan pada tahun 2009 ini berjumlah 195 hari (tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada hari Sabtu) berbanding bukan guru yang bertugas 245 hari. Rasanya tiadalah berbeza sangat jika diambilkira jumlah cuti rehat yang diperuntukkan.

Apa pun, selamat bercuti buat semua guru Malaysia. Semoga cuti ini memberi ruang buat kita muhasabah diri dan mempertingkat hasil kerja pada tahun mendatang. Cuti, cuti juga tetapi peningkatan profesionalisme jangan dilupa!

Tuesday, November 17, 2009

SPM 2009


Esok, 18hb November 2009 akan bermulalah peperiksaan SPM, dimulakan dengan kertas Bahasa Melayu.

Tahun ini saya hanya mengajar satu kelas tingkatan lima sahaja. Itu pun mata pelajaran Matematik, bukan Matematik Tambahan seperti selalunya. Apa pun mata pelajaran yang saya ajar, saya pastikan saya buat sehabis baik dan sedaya upaya demi membantu pelajar-pelajar saya mencapai kecemerlangan.

Bagi pelajar-pelajar aliran Sains, mata pelajaran Matematik bukanlah dianggap 'killer subject' malahan mata pelajaran ini antara yang paling mudah sebenarnya. Mereka lebih memberi tumpuan kepada mata pelajaran seperti Fizik, Kimia, Biologi, dan Matematik Tambahan yang lebih susah. Maka beruntunglah saya mengajar Matematik, kerana pelajar-pelajar telah memiliki kemampuan untuk 'score' mata pelajaran ini, walaupun hakikatnya masih ada segelintir yang perlu dibimbing. Setiap tahun, jika dianalisis keputusan peperiksaan SPM, maka akan nampak sangat jelaslah bilangan pelajar mendapat A bagi Matematik mengatasi mata pelajaran lain. Memang nyata, Matematik SPM sekarang amat mudah.

Teringat kisah sewaktu saya belajar dahulu. Dari tingkatan satu, malahan dari sekolah rendah lagi mata pelajaran yang saya gemari hanya satu - Matematik. Bagi saya inilah mata pelajaran yang paling senang dan seronok dipelajari. Saya tidak perlu bersengkang mata mentelaah, cuma memberi tumpuan sewaktu guru mengajar hingga faham sepenuhnya dan teruskan dengan membuat latihan. 'Nikmat'nya membuat latihan Matematik bagai satu terapi buat saya. Tiada satu mata pelajaran pun boleh menandingi kenikmatan belajar Matematik (juga Matematik Tambahan).

Waktu itu, saya paling tidak suka mata pelajaran Geografi. Pada saya, ia tidak menarik dan saya malas membaca buku teksnya. Teruk, kan?

Apabila saya melangkah ke tingkatan empat, saya jatuh cinta dengan Matematik Tambahan sehinggakan saya abaikan mata pelajaran lain. Itulah sahaja mata pelajaran yang saya 'hadap' setiap hari tanpa jemu. Kimia? Fizik? Saya rasa pening bila memikirkannya! Malah Matematik juga saya ambil lewa kerana ia tidak mencabar langsung!

Kesannya, dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan empat, saya amat cemerlang dalam Matematik Tambahan, tetapi mata pelajaran lain cuma cukup-cukup makan sahaja. Tetapi entah mengapa nama saya tersenarai dalam kelas pelajar cemerlang di tingkatan lima. Saya rasa nak pengsan bila nampak nama saya berada sebaris dengan 24 orang pelajar lain yang memang cemerlang habis-habisan! Bila saya tanya cikgu, rupanya mereka menyusun kelas hanya berpandukan markah Matematik Tambahan tanpa mengambil kira mata pelajaran lain. Pada pandangan mereka, pelajar yang bijak Matematik Tambahan ialah pelajar yang cemerlang dan boleh dilentur dengan mudah untuk mata pelajaran lain. Saya kelu seketika.... Bukan apa, saya takut sebab bakal dikelilingi pelajar-pelajar hebat seperti Fadzli, Juli, Zamzila, Azni dan Maizan. Kerdilnya rasa diriku waktu itu! Apatah lagi sahabat-sahabat baik saya semua di kelas lain. Lagilah saya rasa risau, macam mana saya nak belajar dalam kelas yang dipenuhi kawan-kawan baru ini?

Rupanya hikmah yang tersembunyi sangat besar. Dengan berada di dalam kelas golongan 'elit' ini, saya mula berubah. Saya tingkatkan 'darjah kerajinan' saya dan cuba untuk bersaing dalam mata pelajaran lain juga. Kelas saya mendapat guru-guru yang hebat-hebat belaka. Cikgu Zawawi Ahmad (Matematik Tambahan), Cikgu Mek Eshah Awang (Matematik), Cikgu Mohd Noor Che Lah (B. Melayu), Cikgu Zuraida Zakaria (English), Ustaz Yusoff Salleh(PAI), Cikgu Ahmad Zaki Esa (Sejarah), Cikgu Siti Fatimah (Biologi), Cikgu Yusof Ahmad(Kimia) dan Cikgu Ahmad Kamal Abu Bakar (Fizik). Dengan bantuan guru-guru yang tidak pernah jemu mendidik kami, maka saya dapatlah menduduki SPM dengan jiwa yang tenang dan tenteram, dengan penuh keyakinan. Terima kasih guru-guruku....

Esok, perasaan yang bagaimanakah bakal dirasai oleh anak-anak murid saya? Baru tadi salah seorang daripada mereka memberitahu, "Cikgu, saya rasa berdebar. Tak boleh nak study..". Saya cuma meminta agar mereka jangan rasa tertekan dan tenangkan jiwa. Harap-harap mereka akan dapat menduduki peperiksaan yang sangat penting ini dengan dada yang lapang. Insya Allah!



Sunday, November 15, 2009

Kenangan baju oren


Gambar ini diambil oleh ayah pada tahun 1978, sewaktu saya baru berusia enam tahun dan adik saya Noor Aziah berusia empat tahun. Baju yang saya pakai itu berwarna oren, manakala baju Aziah pula putih. Emak beli baju-baju ini daripada seorang wanita Kemboja yang datang menjual pakaian dari rumah ke rumah. Wanita Kemboja ini fasih berbahasa melayu loghat Kelantan walaupun nadanya sedikit berlainan.

Saya suka baju ini kerana pada pandangan saya baju ini sangat cantik. Ia dibuat daripada kain plain georgette dan dialas dengan kain jersey. Saya hanya sempat memakai baju ini selama setahun sahaja, kerana apabila saya naik darjah satu, baju ini diberi kepada Aziah pula. Bukan sebab saya tak muat baju ini, tetapi Aziah yang tak muat bajunya! Nampak tak bajunya agak kecil dan singkat? Jadi saya yang baik hati ini dengan penuh rela memberi secara percuma sahaja baju saya ini kepada Aziah... hehehe!!

Jadi, saya sudah tiada baju lagi, terpaksalah pakai baju sekolah sahaja sebagaimana yang terakam dalam gambar di bawah.


Hehehe... jangan percaya, saya acah saja!! Sebenarnya gambar ini dirakam sewaktu saya baru balik dari sekolah. Jadi belum sempat tukar baju, stokin pun belum buka terus bergambar! Tengoklah, Aziah dengan bangganya memakai baju oren saya itu.... huhuhuhu!!!


Anak emak, anak ayah


Jam menghampiri dua petang. Saya baru selesai mengawas peperiksaan di kelas tingkatan satu yang terletak di aras tiga bangunan. Entah kenapa hati saya terasa hendak turun melalui tangga hujung bangunan dan melintasi kelas-kelas kosong di aras satu. Tiada apa-apa niat di hati, sekadar ingin melihat-lihat suasana sahaja, sementelahan pula sudah hampir sebulan kelas-kelas itu kosong kerana pelajar-pelajar tingkatan tiga tidak lagi menggunakan kelas sebaik tamat PMR baru-baru ini.


Dari jauh saya bagai ternampak kelibat manusia di dalam salah satu kelas kosong tersebut. Saya menjenguk melalui tingkap yang terbuka, dan saya dapati ada dua pasangan ‘kekasih’ sedang ber’dating’. Seorang pelajar lelaki tingkatan empat yang saya cukup kenal kerana saya mengajar kelasnya sedang ber’dating’ dengan pelajar perempuan tingkatan tiga. Satu lagi pasangan ialah pelajar lelaki tingkatan lima yang akan menduduki SPM tiga hari sahaja lagi, dengan teman wanitanya yang saya kurang pasti dari tingkatan berapa.


Hati saya rasa terbakar. Saya melontarkan suara yang agak kuat, meminta mereka segera keluar. Pelajar lelaki tingkatan lima itu dengan selamba menjawab, “release tension, cikgu!” tanpa ada rasa bersalah sedikit pun. Saya makin sakit hati.


“Kamu buat perkara tak baik macam ni, ingat mak bapak kamu kat rumah tu suka sangat ke?”

Mereka masih tidak berganjak, dan menjawab lagi, “Alah cikgu, kami jauh ni, bukan rapat!” sambil mengisyaratkan pada ruang antara mereka yang sejarak tak sampai dua kaki pun!

“Kalau dah benda tak baik, tak baik jugalah..! Cepat keluar!” Belum sempat banyak lagi leteran saya hamburkan, guru disiplin rupanya sudah berada di belakang saya. “Ada apa cikgu?” Guru itu bertanya.

“Ni hah! Dua pasangan kekasih sedang ber’dating’”, jawab saya dan terus berlalu untuk memberi ruang kepada guru disiplin itu bertindak. Memang ‘rezeki’ budak-budak itu, kerana guru disiplin tersebut tiba tepat pada waktunya.


Dalam hati, saya berkira-kira sendiri. Suatu waktu dahulu saya juga pernah remaja. Jiwa saya juga seringkali terusik dan terbuai dengan keseronokan sedemikian rupa. Apatah lagi belajar jauh dari keluarga, yang tidak tahu pun kelakuan anak gadis mereka ini. Baikkah di sana? Bercampur dengan budak-budak masjid pun emak ayah tidak tahu, bergaul dengan budak-budak nakal pun emak ayah tidak mampu melarang. Semuanya terlindung selagi bijak menyimpan rahsia.


Tetapi hati saya terlalu sayangkan emak dan ayah. Saya tidak tergamak melakukan perkara yang saya tahu akan menjadi kemarahan mereka. Saya tidak sanggup melihat emak dan ayah kecewa kerana saya. Jangankan melakukan kesalahan disiplin, terlebih menggunakan wang yang ayah kirim pun boleh mengundang tangisan pada malam hari. Bersalah rasanya apabila wang yang ayah kirim untuk bekalan dua minggu diguna hanya untuk beberapa hari. Saya dapat rasakan betapa susahnya ayah mencari duit, menyara kami lapan orang, kerana itu saya cuba untuk berhemah dalam perbelanjaan harian saya.


Walaupun semua kesilapan dan kejahatan itu terlalu dekat dengan saya, terlalu hampir bagai dialas sehelai kain nan nipis namun wajah emak dan ayah lebih kuat menabiri tindakan saya. Bukan tiada senior atau rakan sebaya yang bercinta, berdating dan tertangkap lalu dihukum sewaktu perhimpunan mingguan. Malah kesalahan-kesalahan lain seperti merokok, ragging, mencuri, ponteng, keluar asrama tanpa kebenaran sering sahaja berlaku. Nama sahaja asrama penuh tetapi masalah disiplin tetap wujud. Seringkali apa yang saya fikirkan apabila mendengar kes-kes sebegini ialah, tidakkah mereka sayangkan emak dan ayah mereka? Sebelum melakukan apa-apa tindakan, tidakkah mereka rasa bersalah melukakan hati kedua-dua insan yang telah terlalu berjasa kepada mereka?


Entah mengapa, saya rasa simpati kepada ibu bapa pelajar-pelajar tadi. Anak-anak mereka lebih mementingkan perasaan sendiri berbanding ibu bapa mereka. Semoga Allah membuka dan melembutkan hati-hati mereka, dan insaf sebelum perkara-perkara yang lebih dahsyat berlaku.


Amin.

Saturday, November 14, 2009

Umi Husna, Bonda Asma'

Semalam genap 45 hari usia Wan Sufi Nasirullah. Sudah tentu Umi Husna ialah insan yang paling gembira kerana akhirnya tamat juga tempoh berpantang selama 44 hari. Tahniahlah buat Umi Husna, kerana berjaya menamatkan pantang dengan sempurna, walaupun sesekali bagai kedengaran juga suara rungutan tentang isu makanan tak berkhasiat! Hmmm.. Apa pun, petua orang lama dalam berpantang ini tidak boleh dibuang terus walaupun kita yang 'moden' ini terasa tiada alasan atau bukti saintifik yang menyokong amalan mereka.

Sebagai permulaan sebuah "kehidupan baru", kami berlima - saya, suami, emak, Husna dan Sufi - bersedia untuk menziarah Bonda Asma' di Meranti. Ini kali pertama Sufi dibawa keluar berjalan-jalan, tetapi dia asyik tidur saja. Mungkin gerakan kereta kami umpama ayunan buaian buatnya!

Dengar cerita, Bonda Asma' agak keletihan sehari dua ini. Kami juga rindu benar padanya. Jam 10.00 pagi kami bertolak ke rumahnya, dan tiba sekitar jam 10.30 pagi. Sesampai di rumahnya, kami di sambut oleh bibik dan anak-anak Bonda Asma'. rupanya Bonda Asma' dan Ayah Su tiada di rumah kerana berkunjung ke asrama Maahad Muhammadi lilbanat, melawat anaknya yang belajar di sana. Agak terkilan, tetapi mujurlah mereka semua sudah dalam perjalanan pulang. Jadi kami sabar menunggu sambil berbual-bual dengan bibik Santi yang peramah.

Jam 11.20 mereka tiba di rumah, dan sempatlah kami berbual dan bertanya khabar sambil minum teh dan makan kuih muih yang sedap-sedap belaka. Bonda Asma' memang kelihatan agak lemah, tetapi kami rasa kagum sungguh dengan semangat kentalnya. Walaupun kesakitan dia tetap melayan kami dengan sebaik-baik layanan
.

Jam 12.00 kami meminta diri untuk pulang.

Sepanjang perjalanan pulang, saya berdoa agar Bonda Asma' diberi kekuatan untuk meniti takdir Allah ini. Semoga Allah mengampuninya dan kita semua.





Thursday, November 12, 2009

Cemburukan Bidadari?

Artikel ini saya terima melalui e-mel saya, oleh sahabat saya Rofizah a.k.a Opie. Sama-sama renungkan dan jangan segan-segan untuk mengomen....:-)

“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”
Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha.. Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan ‘bidadari’, aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?
Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.!!

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..”

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur’an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?
Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi. “Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai*ketua bidadari*. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?
Tidak juga.Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi "uruban atraaba", yang apabila diterjemahkan bermaksud: “sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.

Di dalam bahasa Arab, kalimah "uruban" juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah "atraaba" pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..*for guys only*. ;-j

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

“Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”. (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar kami pula ambil alih!” ..mungkin itu yang mereka kata.

“Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!” Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi *shopping* ke?” ; )

“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua *file/software* yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak ’search’ apa, sampai termenung di depan super komputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’… ‘latest design’ kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (”you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta- juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita. “Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?” .. cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. “Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

“Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi.”

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra’ dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorang pun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan *real-life catalogue* ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;- ..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya. ..atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di rumah’ saja.. ;-j

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. *Qaalu salaaman-salaama~ * Lelaki dan wanita saudaraku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN!

Tuesday, November 10, 2009

Duit oh Duit!!

Kawan-kawan saya tengah bercerita dengan penuh semangatnya tentang promosi pinjaman peribadi oleh Bank Rakyat. Kata mereka, dengan kadar serendah 3.25%, sangat rugi jika tidak meminjam sekarang.

Rugi tidak meminjam?

Pernyataan itu rasa saya perlukan sedikit penjelasan.

Memang tidak dapat dinafikan betapa mudahnya kakitangan kerajaan mendapatkan pinjaman peribadi sehinggakan ia dianggap satu keperluan. Kadangkala ia bukan keperluan pun, tetapi keinginan untuk memegang duit dalam jumlah yang banyak dengan segera tanpa menghiraukan beban pada hari kemudian menyebabkan mereka begitu teruja dengan tawaran sebegini.

Lain orang lain persepsinya.


Pada saya, meminjam ialah apabila kita sudah tiada pilihan lain. Contohnya, hampir mustahil dapat memiliki rumah sendiri tanpa membuat pinjaman. Itu tidak mengapa kerana rumah ialah aset tetap yang susutnilainya hampir tiada, malah mungkin bertambah seiring masa. Yang lebih baik sebenarnya ialah menyimpan. Malangnya, sifat suka menyimpan agak kurang menyerlah dalam kalangan masyarakat kita. Seringkali mereka melebih-lebihkan gaya dan penampilan walaupun hakikatnya wang simpanan tidak sampai pun sepuluh ribu. Benarlah kata pepatah lama, biar papa asal bergaya - kerana itulah mentaliti masyarakat kita.

Beringatlah sebelum masa sukar tiba. Kita sering dialunkan dengan lagu dendangan Raihan yang diadaptasi dari Hadis Nabi

"..ingat lima perkara sebelum lima perkara
lapang sebelum sempit.."

Ia bukan sekadar lagu untuk halwa telinga. Ia sesuatu yang wajar kita fikir dan praktikkan supaya masa depan kita dan keluarga kita tidak menjadi satu bentuk pertaruhan. Benar, kakitangan kerajaan sering bertanggapan bahawa mereka tidak perlu menyimpan kerana masa bersara nanti mereka bakal menerima pencen bulanan dan rawatan hospital percuma. Rupanya itu sahaja objektif hidup mereka yang berfikiran begini!

Tidak salah bergaya, tetapi berpada-padalah, dan suaikan dengan kemampuan diri. Bergaya keterlaluan mungkin boleh dihukum membazir kerana ia sudah melebihi keperluan sendiri. Fikir-fikirkanlah...

Monday, November 09, 2009

Keluarga

Bacalah dengan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara".

Kami amat bersopan dan saling menghormati, kami saling melambai sambil berlalu pergi, tetapi di rumah lain pula ceritanya. Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda.

Lewat petang, tika memasak makan malam, anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam, Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh. Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh!" Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku. Aku tidak sedar betapa kasarnya kata-kataku.

Sedang aku berbaring di katil mendengar muzik, terdengar suara halus datang membisik, "Bila bersama orang tak dikenali, Begitu bersopan dan merendah diri, tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci. Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, akan kau temui bunga-bungaan berterabur. Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu. Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan ungu. Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu. Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu".

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali. Airmataku mencurah-curah. Senyap-senyap aku kebiliknya dan melutut di katil, "Bangunlah, anakku, bangunlah sayang. Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu?"

Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak. Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang ungu".

"Maafkan ibu, atas sikap ibu tadi".

"Oh, ibu, itu tak mengapa, Saya tetap sayang ibu melebihi segala".


Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang ungu".


Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari? Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat. Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. Bukankah begitu? Jadi apakah maksud yang tersirat? Tahukah anda makna "FAMILY"? FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


"HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Sunday, November 08, 2009

Salam Pagi Ahad

Hari ini cuaca lebih terang daripada semalam. Cahaya matahari sudah menyelinap masuk menembusi tingkap-tingkap rumahku! Mungkin kain di jemuran akan kering sempurna sebentar lagi. Perut juga sudah kenyang, baru lepas sarapan nasi kerabu yang suamiku belikan, dengan nescafe o panas. Segar rasanya....

Oh, lupa nak ucapkan tahniah buat skuad Hoben Jang Hoben yang bergaya sekali menundukkan keegoan Kelantan malam tadi. Itulah adat permainan, kalah bukan tak pandai, cuma tak ada rezeki. NS 3, Kelantan 1 menobatkan NS sebagai pemilik Piala Malaysia 2009. Kelantan perlulah berusaha lebih gigih agar dapat menjulang juga piala idaman itu pada tahun hadapan atau tahun hadapan hadapan!

Walaupun begitu, jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana sudi menghadiahkan cuti kepada kami hari ini. Memang seronok bila meraikan cuti percuma begini. Seronok yang sangat luar biasa kerana ia hadir tanpa disangka. Tetapi esok segalanya akan kembali rutin. Fikiran dan jiwa akan kembali difokuskan pada tugas yang bertimbun di sekolah.

Pertamanya, pelajar-pelajar tingkatan 4 akan diuji mata pelajaran Matematik dalam peperiksaan akhir tahun esok. Ini bermakna saya akan menerima empat set kertas jawapan pelajar untuk dilangsaikan sebelum cuti sekolah bermula. Selain itu, sijil kokurikulum pelajar tingkatan lima juga masih belum ditaip. (Eh, kerani ke aku ni?) Rekod stok CD dan harta modal PPSMI juga dipertanggungjawabkan kepada saya untuk mengemaskini.

Khamis ini, mesyuarat guru akan berlangsung. Selepas itu tinggal lagi lima hari untuk sesi persekolahan 2009 sebelum kami semua bercuti panjang bermula 20hb November. Cuti? Berapa hari sangatlah sebenarnya yang dapat diistilahkan cuti bagi saya, kerana bermula Disember saya akan menghadiri mesyuarat pemeriksaan kertas 2 Matematik Tambahan SPM 2009 pula. Selalunya ia akan berlanjutan hingga sebulan, bermakna sepanjang cuti akhir tahun ini saya tidak berpeluang ke mana-mana....

Sebentar sahaja rupanya tempoh setahun ini. Bagai masih terasa meriahnya sambutan 2009, kini 2010 rupanya sedang menanti giliran untuk dirai kedatangannya. Pejam celik, pejam celik, begitulah hidup yang perlu diselusuri dan dilalui, dengan pelbagai rencah, beban dan tanggungjawab, pada diri, keluarga dan juga pada Tuhan, sehinggalah kita pejam tak celik-celik!!

Wallahua'lam.

Saturday, November 07, 2009

Sejukkkkkk......

Musim tengkujuh tiba lagi. Saya sentiasa gemarkan musim ini kerana suasananya sejuk, nyaman dan tenang. Tetapi kasihan pula kepada mereka yang terlibat banjir, kerana bukan sesuatu yang menyeronokkan untuk berpindah randah. Setakat hari ini, sudah ada pusat pemindahan banjir dibuka kerana hujan yang turun tanpa henti sejak seminggu lalu sudah mula melimpahkan air sungai Kelantan.

Teringat musim banjir sewaktu di asrama, 20 tahun yang lalu. Hujan lebat sedikit pun tidak meresahkan kerana setiap jalan yang kami lalui - dari asrama ke kelas, ke dewan makan atau ke surau - semua berbumbung, maka tiada payung diperlukan, tetapi asrama kami pernah dinaiki air sehingga ke tangga, dan kami terpaksa mengharung air untuk ke dewan makan. Mujurlah ia berlaku pada hari minggu. Jika tidak sukar juga untuk mengharung air dengan pakaian sekolah!

Apabila air sudah mengelilingi kami, maka akan wujud pelbagai idea bukan-bukan terutama dalam kalangan pelajar putera. Bayangkan, mereka mengutip udang-udang kecil dan memasukkannya ke dalam mi segera sebagai penyedap rasa! Boleh pula tekak mereka menerima udang-udang tersebut ya!

Saya teringat sebuah lagu dendangan Allahyarham Zubir Ali dan kumpulan Harmoni yang dirakam sekitar tahun 80-an. Lagu puisi itu menceritakan nasib nelayan pada musim tengkujuh. Indah sekali melodi dan liriknya, tetapi saya lupa tajuknya.

Ini liriknya.

Wajah laut dan perahu tua
Adalah rakan setia hidupku
Aku yang sentiasa
Merindukan senyum
Dan tawa anak isteriku

Ombak laut Cina Selatan
Adalah suara tangisan ku
Sorang nelayan kecil
Memperjudikan hidup
Bersama doa dibibir gersang

Ikan dan camar lebih mengerti
Tragedi hidup kami
Dari mereka yang berjanji
Dengan kata bak puisi

Laut ngeri di bulan Disember
Adakalanya lebih simpati
Kerana mengambil diri
Dan melimpahkan rezki
Serentak pada hidup kami

Tiap subuh pantai berselimut sepi
Menanti berita kematian
Dari saujana lautan


Friday, November 06, 2009

Isu Dr MAZA

Banyak pihak yang menulis tentang isu penangkapan Dr MAZA ini. Silalah klik pautan di bawah untuk bacaan anda, dan buatlah kesimpulan sendiri..... :-)

Faisal Tehrani


Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Lobai Tampin

Zaharuddin Ab Rahman


Zamihan Mat Zin

Thursday, November 05, 2009

Pandangan Ustaz Rifqi

Peranan latar belakang pengajian dalam menentukan hala tuju aliran pemikiran agamawan menjadi punca perselisihan antara Dr Asri (pelopor gerakan salafi) dan Zamihan Mohd Zain (penyokong kuat aliran tradisi). Kedua-dua mereka terdidik di tempat yang sama iaitu Jordan. Dr Asri sebagai mahasiswa Jordan yang banyak membaca kitab karangan ulama' Arab, dan menyukai pandangan Nasiruddin al-Albani tokoh hadis yang hebat, apabila pulang ke Malaysia telah berusaha mengembangkan pandangan yang beliau peroleh di Jordan. Persoalannya, adakah pandangan baru beliau itu sesat? Jawabnya, tidak. Cuma suasana masyarakat Malaysia yang terdidik dengan fiqh mazhab Syafii, akidah Asyairah dan tasawwuf al-Imam al-Ghazali sudah melekat kukuh dan itulah method yang mendominasi kebanyakan ulama' Malaysia terutamanya guru-guru pondok dan ustaz-ustaz lama.

Suasana ini seharusnya difahami oleh Dr Asri. Berdakwah ini perlu ada hikmatnya. Method aliran salafi (pegangan Dr Asri) ialah method nassi (textual). Ini bererti apa-apa yang dinaskan oleh al-Quran dan Hadis sahih sahaja yang diterimanya. Kalau tiada disebut dalam dua sumber tersebut, maka apa-apa amalan pun beliaunggap bid 'ah yang sesat. Oleh itu lahirlah fatwa beliau yang membid'ahkan tahlil, zikir kuat, Yaasiin malam Jumaat dan banyak lagi.

Dalam suasana Malaysia, method penerimaan ulama terhadap nas ialah boleh mentafsirkannya. Maka amalan tahlil tidak bid'ah kerana walaupun nabi tidak buat tetapi al-Quran mengarahkan berdoa kpd si mati. Baca Yaasiin malam Jumaat memang nabi tidak buat tetapi nabi kan suruh baca al-QURAN. bila Dr Asri menyatakan pandangan beliau secara keras, sebahagian ulama' Malaysia tidak dapat menerimanya. Antaranya ialah graduan Jordan yang bernama Zamihan Md Zain. Maka berkonfliklah kedua-dua mereka. Zamihan yang berasal Dr Kelantan terdidik di pondok-pondok sebelum ke Jordan. Bila sampai di sana beliau mengagumi syeikh Hasan al-Saqqaf. Beliau berguru dengan ulama tersebut yang memang amat kontra pandangannya dengan al-Albani( tok guru Asri). Syeikh Hassan al-Saqqaf membawa aliran mazhab Syafii seperti aliran yang telah kukuh di Malaysia. Dr Asri tidak pernah belajar Pondok, jadi beliau tidak ada ‘filter’ untuk menyaring pandangan. Zamihan pula tidak mahu tukar pandangan sebab ‘filter’ beliau amat tebal, beliau mahukan cara Malaysia sahaja. So Asri membid'ahkan (mensesatkan) Zamihan dan Zamihan mensesatkan puak Wahabi dan menganggap Dr Asri pelopor gerakan tersebut di Malaysia. Gerakan Salafi di Malaysia hanya boleh diamalkan di Perlis sahaja. Di negeri lain belum boleh diterima. So Dr Asri tidak diberi peluang mengajar di masjid di negeri lain jadi kena tangkaplah ulama' terbabit.

PANDANGANKU

Ustaz Mohd Rifqi tidak suka mengatakan seseorang yang berfahaman wahabi (salafi) macam Dr Asri dan pengikutnya itu sesat sebab kalau kita sesatkan mereka, kita perlu tahu aliran salafi inilah yang mendominasi Mekah Madinah. Kalau kita ke Mekah kita solat belakang siapa? bukankah imam-Imam sana berfahaman salafi?

Ustaz Mohd Rifqi pula berpandangan, tidak patut membid'ahkan amalan ulama' dahulu seperti tahlil, zikir kuat selepas solat, baca Yaasiin malam Jumaat, dan seumpamanya. Antara sebabnya ialah datuk Ustaz Rifqi (iaitu Tuan Guru Haji Walong) pun ulama' tradisional yang amalkan semua ini. Tak kan Ustaz Mohd Rifqi nak sesatkan datuknya sendiri sedangkan beliau kenal datuknya dan tahu cara Allah khatamkan hidupnya dengan husnul khatimah.

Penyelesaiannya ialah Dr Asri perlu faham suasana Malaysia dan jangan semata-mata berpandangan dengan pandangan al-Albani sahaja. Perlu juga Dr Asri mengkaji method dan aliran ulama' Malaysia. Manakala Zamihan pula jangan terlalu keras menghukum wahabi. Menghukum wahabi dengan sesat satu hukuman yang keras dan tidak baik.

Satu usaha kecil Ustaz Mohd Rifqi ialah menerbitkan buku amalan sunah selepas solat yang menghimpunkan dalil-dalil yang menunjukkan amalan berzikir ulama' dahulu adalah sunnah juga yang tidak dianggap sunnah oleh ulama' Mekah madinah(salafi), tetapi satu sunnah untuk masyarakat Malaysia yang tidak faham Arab dan tidak pandai hadis.

Wahai pendokong kepada kedua-dua golongan, bertoleransilah, jangan tangkap Dr Asri, itu kerja bodoh yang menjatukan agamawan, dan Dr Asri pun jangan sesatkan (bid'ahkan) amalan ulama' dahulu, sebab itu pun kerja bodoh yang bukan keutamaan rakyat Malaysia hari ini.

Cubalah kedua-dua ulama' dan pendokong kedua-dua fahaman ini duduk semeja berbincang titik persamaan, merungkai masalah umat di Malaysia yang lebih penting, seperti masalah remaja yang amat menakutkan, masalah kerajaan Malaysia yang BENCIKAN Islam, MASALAH SISTERS IN ISLAM dan banyak lagi.

Saya pun ustaz juga, tetapi bila kita bermasyarakat dan bekerja untuk betulkan masyarakat , kita tak sempat nak bicarakan perselisihan kecil ini. Masyarakat kita cukup mengharap kepada ustaz. Jangan kelirukan masyarakat dengan ketaksuban pandangan kita . Masyarakat kita sudah teruk rosaknya, mereka amat memerlukan panduan kita. Kembalilah berdamai. Janganlah habiskan masa di Mahkamah saman menyaman.

Kerajaan pun janganlah diam sahaja. Panggil dan diskusikan setiap pandangan dan tetapkan pandangan yang paling relevan dengan masyarakat Malaysia agar tiada lagi kekeliruan timbul dalam masyarakat.