Peranan latar belakang pengajian dalam menentukan hala tuju aliran pemikiran agamawan menjadi punca perselisihan antara Dr Asri (pelopor gerakan salafi) dan Zamihan Mohd Zain (penyokong kuat aliran tradisi). Kedua-dua mereka terdidik di tempat yang sama iaitu Jordan. Dr Asri sebagai mahasiswa Jordan yang banyak membaca kitab karangan ulama' Arab, dan menyukai pandangan Nasiruddin al-Albani tokoh hadis yang hebat, apabila pulang ke Malaysia telah berusaha mengembangkan pandangan yang beliau peroleh di Jordan. Persoalannya, adakah pandangan baru beliau itu sesat? Jawabnya, tidak. Cuma suasana masyarakat Malaysia yang terdidik dengan fiqh mazhab Syafii, akidah Asyairah dan tasawwuf al-Imam al-Ghazali sudah melekat kukuh dan itulah method yang mendominasi kebanyakan ulama' Malaysia terutamanya guru-guru pondok dan ustaz-ustaz lama.
Suasana ini seharusnya difahami oleh Dr Asri. Berdakwah ini perlu ada hikmatnya. Method aliran salafi (pegangan Dr Asri) ialah method nassi (textual). Ini bererti apa-apa yang dinaskan oleh al-Quran dan Hadis sahih sahaja yang diterimanya. Kalau tiada disebut dalam dua sumber tersebut, maka apa-apa amalan pun beliaunggap bid 'ah yang sesat. Oleh itu lahirlah fatwa beliau yang membid'ahkan tahlil, zikir kuat, Yaasiin malam Jumaat dan banyak lagi.
Dalam suasana Malaysia, method penerimaan ulama terhadap nas ialah boleh mentafsirkannya. Maka amalan tahlil tidak bid'ah kerana walaupun nabi tidak buat tetapi al-Quran mengarahkan berdoa kpd si mati. Baca Yaasiin malam Jumaat memang nabi tidak buat tetapi nabi kan suruh baca al-QURAN. bila Dr Asri menyatakan pandangan beliau secara keras, sebahagian ulama' Malaysia tidak dapat menerimanya. Antaranya ialah graduan Jordan yang bernama Zamihan Md Zain. Maka berkonfliklah kedua-dua mereka. Zamihan yang berasal Dr Kelantan terdidik di pondok-pondok sebelum ke Jordan. Bila sampai di sana beliau mengagumi syeikh Hasan al-Saqqaf. Beliau berguru dengan ulama tersebut yang memang amat kontra pandangannya dengan al-Albani( tok guru Asri). Syeikh Hassan al-Saqqaf membawa aliran mazhab Syafii seperti aliran yang telah kukuh di Malaysia. Dr Asri tidak pernah belajar Pondok, jadi beliau tidak ada ‘filter’ untuk menyaring pandangan. Zamihan pula tidak mahu tukar pandangan sebab ‘filter’ beliau amat tebal, beliau mahukan cara Malaysia sahaja. So Asri membid'ahkan (mensesatkan) Zamihan dan Zamihan mensesatkan puak Wahabi dan menganggap Dr Asri pelopor gerakan tersebut di Malaysia. Gerakan Salafi di Malaysia hanya boleh diamalkan di Perlis sahaja. Di negeri lain belum boleh diterima. So Dr Asri tidak diberi peluang mengajar di masjid di negeri lain jadi kena tangkaplah ulama' terbabit.
PANDANGANKU
Ustaz Mohd Rifqi tidak suka mengatakan seseorang yang berfahaman wahabi (salafi) macam Dr Asri dan pengikutnya itu sesat sebab kalau kita sesatkan mereka, kita perlu tahu aliran salafi inilah yang mendominasi Mekah Madinah. Kalau kita ke Mekah kita solat belakang siapa? bukankah imam-Imam sana berfahaman salafi?
Ustaz Mohd Rifqi pula berpandangan, tidak patut membid'ahkan amalan ulama' dahulu seperti tahlil, zikir kuat selepas solat, baca Yaasiin malam Jumaat, dan seumpamanya. Antara sebabnya ialah datuk Ustaz Rifqi (iaitu Tuan Guru Haji Walong) pun ulama' tradisional yang amalkan semua ini. Tak kan Ustaz Mohd Rifqi nak sesatkan datuknya sendiri sedangkan beliau kenal datuknya dan tahu cara Allah khatamkan hidupnya dengan husnul khatimah.
Penyelesaiannya ialah Dr Asri perlu faham suasana Malaysia dan jangan semata-mata berpandangan dengan pandangan al-Albani sahaja. Perlu juga Dr Asri mengkaji method dan aliran ulama' Malaysia. Manakala Zamihan pula jangan terlalu keras menghukum wahabi. Menghukum wahabi dengan sesat satu hukuman yang keras dan tidak baik.
Satu usaha kecil Ustaz Mohd Rifqi ialah menerbitkan buku amalan sunah selepas solat yang menghimpunkan dalil-dalil yang menunjukkan amalan berzikir ulama' dahulu adalah sunnah juga yang tidak dianggap sunnah oleh ulama' Mekah madinah(salafi), tetapi satu sunnah untuk masyarakat Malaysia yang tidak faham Arab dan tidak pandai hadis.
Wahai pendokong kepada kedua-dua golongan, bertoleransilah, jangan tangkap Dr Asri, itu kerja bodoh yang menjatukan agamawan, dan Dr Asri pun jangan sesatkan (bid'ahkan) amalan ulama' dahulu, sebab itu pun kerja bodoh yang bukan keutamaan rakyat Malaysia hari ini.
Cubalah kedua-dua ulama' dan pendokong kedua-dua fahaman ini duduk semeja berbincang titik persamaan, merungkai masalah umat di Malaysia yang lebih penting, seperti masalah remaja yang amat menakutkan, masalah kerajaan Malaysia yang BENCIKAN Islam, MASALAH SISTERS IN ISLAM dan banyak lagi.
Saya pun ustaz juga, tetapi bila kita bermasyarakat dan bekerja untuk betulkan masyarakat , kita tak sempat nak bicarakan perselisihan kecil ini. Masyarakat kita cukup mengharap kepada ustaz. Jangan kelirukan masyarakat dengan ketaksuban pandangan kita . Masyarakat kita sudah teruk rosaknya, mereka amat memerlukan panduan kita. Kembalilah berdamai. Janganlah habiskan masa di Mahkamah saman menyaman.
Kerajaan pun janganlah diam sahaja. Panggil dan diskusikan setiap pandangan dan tetapkan pandangan yang paling relevan dengan masyarakat Malaysia agar tiada lagi kekeliruan timbul dalam masyarakat.
pembetulan, dr asri pernah belajar di pondok.
ReplyDeletetiada siapa yg mahu berbalah. cuma ada sekolompok yg datang membawa pembaharuan.
pembaharuan untuk memastikan Islam menjadi pilihan. agar muda mudi dan bukan Islam memilih Islam kerana mudah dan modennya Islam.
agar tidak ada nanti pemuda Islam yg berkata, Islam ini kolot. padahal yg kolot ialah PENGAMALAN ISLAM YG BUKAN DARI NABI.
sebanarnya, apa yang menjadi perbalahan ialah apabila gerakan pembaharuan itu disekat. itu yang menimbul permusuhan. jika dibenarkan dan disebarkan, tiada pun yang berbalah.
kerana yang dtg memperbaharu itu, bukan datang unutk berbalah. tetapi datang membawa hujah.
malulah jika yang berstatus ustaz/ustazah, berjubah dan berkopiah, tetapi berbalah berebut pengaruh dan pengikut.
bentangkanlah hujah kpd ummah, biar ummah menilai sendiri. jgn disekat2..jgn diberi alasan, 'nanti masayarakat keliru'..masyarakat kini masyarakat berilmu,masyarakat bertanya, bukan hanya mengikut.