Monday, November 02, 2009

Rawatan Percuma Pegawai Kerajaan dan Pesara Kerajaan

3. Pegawai-pegawai dan keluarga mereka hendaklah mendapatkan rawatan mereka di hospital-hospital atau klinik-klinik Kerajaan yang berhampiran dengan stesyen mereka. Sekiranya seseorang pegawai perubatan tempatan mengesahkan bahawa seseorang pegawai itu atau keluarganya perlu mendapat rawatan dari pegawai-pegawai perubatan di tempat lain, maka dia atau keluarganya boleh menuntut elaun-elaun seperti dalam Bab B Perintah-perintah Am seolah-olah dia atau keluarganya di dalam perjalanan kerana urusan resmi. Tetapi sekiranya pegawai itu sendiri ingin hendak mendapatkan rawatan dari seorang pegawai perubatan di tempat lain tanpa nasihat dari pegawai perubatan tempatan maka elaun-elaun seperti di atas tidak boleh dituntut.

4. Seseorang pegawai yang mendapat rawatan dari seorang doktor prevet akan menanggung segala perbelanjaan bersabit dengan rawatan tersebut. Sebagai seorang pesakit kepada seseorang doktor prevet, dia juga akan dikehendaki membayar apa-apa bayaran perundingan apabila doktor tersebut memanggil seorang pegawai perubatan atau doktor pergigian untuk rundingan atas kesnya.

5. Apabila isteri kepada atau seseorang pegawai memilih untuk bersalin di tempat yang lain daripada hospital dan dia dirawati oleh seorang pegawai perubatan, maka. pegawai perubatan itu boleh mengenakan satu bayaran mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan. Bayaran sedemikian tidak akan dikenakan apabila isteri atau pegawai itu dinasihatkan untuk bersalin di rumah oleh seseorang pegawai perubatan.

Tafsiran keluarga pegawai

"Keluarga pegawai" bermakna, bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. Di mana ada disebutkan dalam bab ini tentang tuntutan-tuntutan yang boleh dibuat bagi keluarga seseorang pegawai, maka anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun; atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun. Walau bagaimanapun anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak akan dipakai. Istilah "anak" akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang.

1 comment:

  1. masalahnya hassan saqqaf yang jadi guru kepada zamihan dan di agung2kan oleh zamihan ini adalah berfahaman sufi dan ahbash! dia menipu dan tidak amanah dalam menaqalkan maklumat dan kata-kata ulama!

    adapun Dr asri,,kami tidak melihatpun dia ini hanya berpegang dengan pandangan al-bani semata2. dalam takhrij hadis pun kadang2 banyak juga yang dia tak setuju..

    ramai lagi pandangan ulama2 salaf yang disebutkan oleh Dr asri selain albani. tidak bermakna bahawa Dr asri membawa mazhab baru dan menolak mazhab syafie. fahami bagaimana imam an-nawawi ketika mentarjih masalah yang kadang2 tidak setuju dengan imam syafie pun....

    ReplyDelete