Sunday, August 26, 2012

Ujian Allah

Setiap manusia memang tidak akan mampu mengelak daripada menerima ujian hidup kerana hidup ini sendiri adalah satu siri ujian. Jika kita susah, itu ujian. Tetapi perlu diingat, senang dan mudah juga ujian. Jika kita derita, itu ujian. Namun kita harus tahu, bahagia itu juga ujian. Segalanya ujian, dalam bentuk yang tersendiri. Dan kita wajib menerima ujian kita dengan redha. Allah tidak akan menguji seseorang dengan ujian yang tidak mampu dilaluinya.

Walaupun begitu, siapalah kita untuk menentukan rupa bentuk ujian orang lain. Janganlah sesedap rasa menyimpulkan, “Allah dah bagi dia harta yang banyak, sekarang Allah nak uji dia, bagi penyakit pula” apabila seorang yang kaya raya terkena penyakit kronik. Atau pun, “Allah tak bagi dia anak, sebab tu Allah bagi dia duit banyak.” Pulak?

Habis tu, apa hal pula dengan orang kaya, berharta, beranak pinak dan sihat sejahtera sampai ke tua? Allah tidak menguji dia kah? Allah tidak adilkah?
Bukan kita orangnya untuk menentukan setiap ujian itu. Biarlah ia antara Allah dan hamba-Nya. Cukuplah jika kita tahu, ujian Allah itu hadir kerana Allah kasihkan kita. Hitunglah diri kita, sebelum menghitung orang lain. Jadilah Muslim yang sebenar-benarnya, yang sentiasa bersangka baik bukan sahaja sesama manusia, tetapi bersangka baik dengan Allah jua.

Wallahua’lam.

2 comments:

  1. kesimpulannya, kesenangan atau kesusahan, kedua2nya adalah UJIAN daripada Allah!!

    "Dialah yang mencipta kematian dan kehidupan - untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia maha perkasa lagi maha pengampun" (Al-Mulk:2)

    ReplyDelete
  2. Yup, tepat sekali. Terima kasih atas kesimpulan yg baik ini...

    ReplyDelete