Wednesday, July 06, 2022

Hala Tuju

Semakin serabut saya memikirkan betapa caca marbanya masyarakat kita dalam mendefinisikan pendidikan. Sepertinya mentaliti rakyat Malaysia masih terperangkap dalam kisah-kisah lama yang sudah tidak relevan dengan realiti dunia sekarang.

Baca sahajalah pandangan majoriti guru di laman Facebook Kami Guru Malaysia, semua seperti enggan keluar dari kepompong menjadikan peperiksaan seumpama pertandingan. Juga meletakkan bilangan A sebagai lambang kejayaan serta menjadikan pendidikan sebagai gerbang menuju kekayaan.

Tolonglah!

Saya sakit dan gelisah melihat betapa sempitnya mereka meletakkan definisi pendidikan. Rendah dan tiada kelas.

Entah bila mereka akan faham takrif sebenar pendidikan adalah sangat luas dan mengatasi segala elemen-elemen yang mereka inginkan. Bukan peperiksaan, bukan A berbilang-bilang juga bukan gaji berkoyan-koyan yang perlu kita kejarkan. Bukan!

Susah saya mahu ertikan, dan sesusah itulah hati saya sekarang.

No comments:

Post a Comment