Friday, July 15, 2022

Aidil Adha 1443

Tanggal 10 Julai lalu, hari Ahad, kami menyambut hari raya Aidil Adha dengan sederhana namun penuh kesyukuran. Sekolah diberi cuti lima hari, bermula Jumaat dan berakhir pada Selasa. Alhamdulillah.

Cuti umum hari raya Aidil Adha di Kelantan hanya dua hari tetapi pada Selasa itu kerajaan negeri mengisytiharkan cuti peristiwa. Terima kasih, walaupun pada saya dua hari sudah mencukupi.

Kali ini saya tidak berkesempatan solat Eid kerana keuzuran. Jam 9.00 kami turun dari rumah menuju ke rumah mek dan rumah ma.

Ma mengambil satu bahagian daging korban jadi kami beramai-ramai memasak di rumah ma untuk makan tengah hari.

Jam 2.30 petang, saya pulang ke rumah.

Pada Isnin, saya tidak ke mana-mana, hanya berada di rumah meraikan tetamu yang hadir. Sahabat suami saya, CikgubAyub datang sekeluarga dan bersarapan di rumah kami. Pada masa yang sama, saya memasak untuk sarapan pagi kepada jemputan kami, pengantin baru Azrie dan Shahila. Saya memasak untuk 4 orang sahaja, jadi apabila Cikgu Ayub sekeluarga datang, suami saya belikan nasi berlauk untuk mereka berenam.

Selasa, masa untuk saya berada di rumah ma bersama adik-adik. Kebetulan kami mahu ke G Orange Mall untuk belikan ma mesin basuh baru, dapatlah kami turut berkumpul sambil makan-makan KFC dan nasi yang ma masak.

Rabu, sekolah kembali. Kali ini sekolah saya berkenduri dua ekor lembu. Penat, tetapi teruja juga. Biarlah apa orang kata, saya ok saja.

No comments:

Post a Comment