Dari sini saya hanya memerhati. Kebanyakan pesakit terdiri dari warga emas yang bermasalah diabetes. Khabarnya doktor ini pakar dalam merawat pesakit diabetes yang kronik. Ada yang sudah pun dinasihat oleh doktor hospital untuk dipotong kaki tetapi bila dirawat di sini, kakinya sembuh.
Penyakit dan usia, seperti tidak boleh dipisahkan lagi, ia berubah secara langsung. Semakin kita berusia akan semakin banyaklah penyakit yang ada dan semakin perlu dijaga orang. Bagaimana saya nanti?
Di sini, mereka datang ditemani orang muda. Mungkin anak, mungkin menantu atau mungkin cucu yang memimpin tangan mereka ke bilik doktor. Samalah dengan mek, dia akan ditemani suami saya apabila dirawat nanti. Tiada yang sendirian tanpa teman, kerana kudrat mereka tidak mengizinkan.
Pun saya tidak mahu risau pada masa depan yang dalam genggaman Tuhan. Apa pun tulisan takdir untuk saya, saya tetap redha. Pada setiap masa saya meminta agar jalan di hadapan saya dipermudah agar saya tidak akan menyusahkan siapa-siapa pada hari tua saya nanti.
No comments:
Post a Comment