Perlukah saya salahkan sebuah kenyataan, yang saya ini kepunyaan orang? Atau salahkan diri yang tidak pandai membahagi ruang?
Ma tetap tersenyum dan menerima segala alasan saya, dan tidak pernah menunjuk marah atau kecewa. Ma sentiasa begitu, memberi anaknya ini kemaafan sebelum sempat saya memohon.
Ma!
Saya selalu rasa bersalah, tetapi saya tidak pernah mahu berubah. Saya terlalu berserah, terlalu menyerah.
Entah tulisan yang bagaimana lagi mampu saya nukilkan, semua seperti tidak menggambarkan rasa yang bergetar dalam dada.
No comments:
Post a Comment