Saturday, July 09, 2022

Mi Kari Nyonya

Hari ini 9 Zulhijjah 1431, hari Arafah dan umat Islam disunatkan berpuasa. Saya tidak pula berpuasa hari ini kerana sejak Selasa lalu ada sedikit pendarahan yang meragukan saya. Setelah 9 bulan saya tidak mengalami keuzuran bulanan, kali ini ia tiba. Apa daya, saya reda.

Suami saya berpuasa. Sahur pagi tadi saya sediakan nasi goreng dan telur mata untuknya. Semoga dia baik-baik sahaja hari ini kerana semalam perutnya meragam. Berkali-kali juga berulang ke bilik air. Sebagai isteri yang amat mencintai suami, saya tidak putus berdoa agar sakitnya itu akan sembuh jua.

Sarapan pagi saya, suami belikan nasi berlauk. Baik kan suami saya, walaupun dia puasa tetap dia memenuhi tuntutan saya yang kelaparan ini.

Untuk tengah hari, saya mahukan sesuatu yang berbeza. Beberapa minggu lepas saya membeli mi kari nyonya jenama OCOC dari Shopee. Saya terpengaruh dengan promosi yang saya baca di Facebook. Katanya mi kari ini sihat, tiada MSG.


Harganya boleh tahan, RM18.50 untuk tiga bungkus. 

Senang saja memasaknya, cuma didihkan air dan masukkan mi serta perencah. Saya masukkan juga ayam dan udang. Selepas beberapa minit, saya hidangkan.

Eh, sedap!


Sedap betullah. Rasa macam mi kari original tu. Kalau ada daun sup, bawang goreng, telur rebus dan sayur-sayuran mesti rasanya lagi kebaboom! Sebagai peminat mi kari, saya berpuas hati dengan kualiti mi ini dan mengesyorkan untuk anda mencuba.

Serius, memang sedap!

No comments:

Post a Comment