Monday, August 01, 2022

Musafir



Pada Jumaat 30 Julai lepas, saya bermusafir menuju ke Cameron Highlands bersama teman-teman sekerja untuk sedetik rehat minda.

Di belakang, saya tinggalkan suami sendirian di rumah. Juga saya melupakan sebentar ziarah emak minggu ini. Mentua saya yang tidak sihat sudah berminggu-minggu, juga saya tinggalkan sebentar.

Kakak ipar saya yang sudah berhari-hari demam dan muntah, tidaklah dapat saya menziarah.

Tuhan, saya mohon waktu untuk saya peruntukkan kepada diri sendiri kali ini. Perjalanan ini seperti satu ruang kebersendirian untuk saya, dan sekadar itu.

Kami bermalam di Perumahan Makmur (PRIMA) dan terpaksa melalui kesesakan jalan raya yang teruk kerana pengunjung sangat ramai, tetapi kami gembira seadanya.

Alhamdulillah, kami selamat kembali pada jam 9.00 malam Sabtu 31 Julai dengan hati yang girang.




No comments:

Post a Comment