Pagi ini, hati terdetik mahu memakai baju yang sudah bertahun-tahun tidak saya pakai. Baju kain broked berwarna ungu yang saya beli pada tahun 2016 dengan harga RM200. Lama saya simpan baju itu, rasanya sudah dua tahun saya tidak memakainya.
Baju itu agak keras kainnya sebab itu saya jarang pakai. Entah kenapa hati saya dibuka untuk memakainya hari ini. Terasa ayu pula bila saya berbaju ungu muda dipadankan dengan selendang kain satin berwarna raisin purple. Ish.. wanita melayu terakhir sungguh! Mesti suami saya terpegun melihat.
Selesai bersiap, saya berkata "tengok, saya pakai baju lama hari ini" sambil menggayakan baju itu di depan suami saya. Tahu apa responnya?
"Awak ni kan, asyik pakai baju sama je, pada hal penuh almari tu dengan baju tapi duk ulang baju yang itu juga..."
Eh?
Apa sebenarnya yang lelaki pandang pada wanita bernama isteri ini ya? Dia boleh kata saya asyik pakai baju sama, padahal dah dua tahun baju ini saya simpan dalam bilik hujung itu dan baru malam tadi saya selongkar bawa keluar.
Ah!!!
No comments:
Post a Comment